Tuesday, August 09, 2005

al-Rad 20

Surah Al-Rad

20.(Iaitu) orang2 yang memenuhi janji Allah dan tidak merosakkan perjanjian

20.Such as keep the pact of Allah, and break not to covenant.

20.Al laziina yuufuu nabia’hdillahi walaa yan_khuduu nal mii sak.

Mufradat

1. allazi/orang2/isim/muzakar/jama’/3/hum
2. yuufuuna/mereka menepati/fe’el mudhari’/muzakar/jama’/3/hum
3. bi/dengan/haraf jar
4. a’hdi/janji/isim/muzakar/mufrad/3/huwa
5. yan_khuduu/mereka merosakkan/fe’el mudhari’/muzakar/jama’/3/hum
6. al mii sak/ikatan janji/isim/muzakar/mufrad/3/huwa

Recall

*Bahasa Arab ada 3 je..isim.fe’el dan haraf jar…
*Bila jumpa isim dgn fe’el baru kita I’rab..jumpa haraf jar..xperlu I’rab
*Kalau isim …cari setakat jantina,jumlah dan dommir sahaja tapi kalau
fe’el kena cari faa’el dan maf’ul..kadang2 bila ada fe’el..takde pula faa’el so feel tadi jadi naibul faa’el.ini juga di panggil bina’majhul..nak kenal maf’ul,mesti berbaris di atas (fathah)
*Fe’el pula ada 2.satu fe’el madhi dan satu lagi fe’el mudhari’.fe’el madhi ni,fe’el yang telah berlaku(past) dan fe’el mudhari’ ia,sedang berlaku(present).kalau nak kenal fe’el madhi….melalui maksud ayat (telah)atau ia berbaris di atas.kalau nak kenal fe’el mudhari’ pula melalui ayat (ia,sedang) atau tambah ya di awalnya.contoh doroba(pukul) dhod di atas do ,ro di atas ro, ba di atas ba ..semua berbaris di atas,jadi ini fe’el madhi kalau fe’el mudhari’ pula dia tambah ya kat depan jadi yadribu.
*Macam mana nak kenal isim atau fe’el?..kalau isim.ada alif lam diawal dan dihujungnya baris bawah..tanwin ,mudof.fe’el pula baris depan
*bila haraf jar masuk dalam isim, ia akan membaris bawahkan isim selepasnya..eg. bi a'hdi

Fe’el ada 2 je kat sini

yuufuuna/mereka menepati/fe’el mudhari’
-faa’el :allazi/orang2
-maf’ul :a’hdi/janji

yan_khuduu/mereka merosakkan/fe’el mudhari’
-faa’el :allazi/orang2
-maf’ul :al miisak/ikatan janji

s/mary

ayat ni connect dgn ayat sebelumnya.sapa golongan yang mengambil pelajaran?
ada 2 golongan.satu menepati janji dan satu lagi yang tidak merosakkan perjanjian
Tahu kan perjanjian apa?

“Bukankah aku ini tuhanmu:Mereka menjawab Betul (Engkau tuhan kami).Kami menjadi saksi Kami lakukan demikian itu agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan ‘sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang2 yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan)
Al-A’raf/ 7:172

-uitm jerebu asap dah 2 hari...
-harap lisa tak lupa perjanjian lisa dengan ALLAH..
-Moga ALLAH tetapkan iman sampai ke mati.

ana pejuang islam.

No comments: