Sunday, November 27, 2005

Bestnyer...kata2

Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Ya Allah Ya tuhanku..
Lisa rela berkorban masa,harta,hatta nyawa sekalipun untuk menyampaikan risalah mu..
Lisa berikrar akan menyambung perjuangan dan amanah Allah seperti mana yang di lakukan oleh Rasuluallah saw...
Lisa akan tetap tsabit dgn jalan dakwah ini..
insya ALLAH..dengan bimbingan..Mu

ameen..

cinta Allah cinta yang kekal selamanya..
namun hadirkanlah seseorang......

Tuesday, November 22, 2005

My bezday

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya telah bertambah usia lisa..
Moga Allah berkati dan melimpahkan rahmat kepada hambanya yg soleh.
Sebuah lembaran baru dan pastinya masing2 punyai impian dan cita2 yang hendak digapai.
Bagi lisa,nikmat Islam dan Iman lah yang perlu di pertahankan oleh seorang yang beragama Islam.Sebarang bentuk penolakan terhadap iman dan Islam sebaik2nya dihapuskan dan sentiasa lah mencari mekanisme yg boleh meningkat kan iman kita dari sehari ke sehari...

Sebagai seorang manusia kita memang tidak dapat lari dari berbuat dosa,tidak akan sempurna ..cuma kita perlu berusaha untuk mencapai tahap yang terbaik dari sebelum diri kita hari ini.Mustahil seorang penagih dadah akan menjadi ustaz pada keesokan harinya..,cuma mungkin kita perlu bagi gelaran tersebut padanya bila masa dia dapat mengubah dirinya dengan tidak menagih dadah lagi.
Kelemahan dan kesilapan masa silam sebenarnya merupakan guru yang terbaik buat kita dan niatkan setiap penghijrahan yang kita lakukan kerana Allah dan rasul..

Lisa sebenarnya tidak suka melihat masa silam kerana banyak sungguh kesilapan yang telah dilakukan.tapi di sebalik semua lakaran hidup tu,terlukis satu pengalaman yang begitu mematangkan akal fikiran.Setiap hari manusia akan berhadapan dengan ujian Allah..dan sudah pastinya ujian untuk para pendakwah amat panjang dan sukar.Moga kita semua mendapat bimbingan dari Allah.dan sabar ye...

Kata2 perangsang untuk diri.
Diri ini...hanyalah seorang pengembara di bumi ALLAH..
tiada apa yg menjadi milikku segalanya...
semuanya pinjaman dari Mu.
Dari Mu aku datang..
kepadaMu jua aku akan kembali...
sesungguhnya aku inginkan keredhaan Mu dalam setiap apa yg aku lakukan& setiap apa yg bakal aku tempuhi,
hanya kepadaMu aku berserah..
Moga akan di berikan ketabahan dan kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuhi liku2 kehadapan di dunia yg fana dan yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yg kekal abadi..

Ikrar
Ana sayapkiri suami...
ana nak mati syahid...
ana nak bertemu dengan al-mustaffa...
ya rabbul 'Izzati tempatkanku di jannatu naim..
firdausi...
bersama para pencintaMu..
Ya Allah Ya Muhaiminun...
Ya Syaafi..Ya Khaafi...
Tuhan Yg Agong...
ku serahkan jiwa ini pd Mu ..
terimalah pengabdian ini....
(selalunya lisa akan ulang ikrar ni supaya tsabit lisa di jalan dakwah.Pengulangan berulang2 kali ini perlu di samping bersama bai'ah solehah)

Bingkisan penghargaan
Alhamdulillah..
terima kasih pada guru2....
terima kasih pada ummu dan abi..
terima kasih pada sebuah persahabatan..
terima kasih pd sahabat2 ana
terima kasih ...pada semua ...


*ikut calendar masihi lisa dah 23 tahun
*ikut calendar hijrah lisa dah 24 tahun/safar

Bible-Soal Jawab

Berhubung Isu Pembacaan Bible
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ.
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [al-Nahl 16:125]
Demikianlah maksud firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang pastinya menjadi prinsip utama semua pendakwah yang menjemput orang ramai ke arah agama Islam. Berdasarkan ayat ini juga, masing-masing pendakwah mencari dan menyusun manhaj dakwah yang sebaik-baiknya, selari dengan kepada siapa dakwahnya ditujukan. Asalkan, manhaj dakwah tersebut tidak menceroboh ke dalam batasan-batasan yang dilarang dalam Islam.

ISU :
1) Terdapat hadith sahih yang melarang perbuatan membaca Bible.
2) Jika kita mencari kesilapan di dalam Bible, ini akan memberi peluang untuk mereka membetulkan kesilapan mereka.

PENGHUJAHAN :
dua persoalan yang timbul
1) Persoalan Pertama : Hadith Sahih Melarang Membaca Bible
Umar dilarang membaca kitab kaum Yahudi dan Nasrani.
Tujuan mengemukakan ayat-ayat akidah yang selari bukanlah untuk menyatakan bahawa Islam dan Kristian adalah sama, tetapi untuk menunjukkan bahawa telah berlaku penyelewengan akidah dalam iktikad umat Kristian masa kini. Maka jika umat Kristian benar-benar ingin memiliki iktikad yang tulen lagi murni, hendaklah dia mengikuti agama yang meneruskan ketulenan dan kemurnian tersebut, iaitu agama Islam.
Hadis yang dimaksudkan adalah apa yang dikhabarkan oleh Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh bahawa ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh pernah mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sambil membawa kitab yang diperolehnya daripada sebahagian Ahli Kitab (yakni kaum Yahudi dan Nasrani). Lalu ‘Umar membacakan kandungan kitab tersebut kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan ini menyebabkan baginda menjadi marah. Lalu baginda bersabda:
أَمُتَهَوِّكُونَ فِيهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ جِئْتُكُمْ بِهَا بَيْضَاءَ نَقِيَّةً لاَ تَسْأَلُوهُمْ عَنْ شَيْءٍ فَيُخْبِرُوكُمْ بِحَقٍّ فَتُكَذِّبُوا بِهِ أَوْ بِبَاطِلٍ فَتُصَدِّقُوا بِهِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ مُوسَى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ حَيًّا مَا وَسِعَهُ إِلاَّ أَنْ يَتَّبِعَنِي.
Adakah orang-orang yang hairan dan syak wahai Ibn al-Khaththab? Demi diriku yang berada di Tangan-Nya, sesungguhnya aku datang kepada kalian dengan (ajaran Islam) yang putih bersih. Janganlah kalian bertanya kepada mereka (Ahli Kitab) tentang sesuatu apa jua kerana mereka akan mengkhabarkan kalian perkara yang benar namun kalian mendustakannya atau (mereka mengkhabarkan kalian perkara yang) batil namun kalian membenarkannya.
Demi diriku yang berada di Tangan-Nya, seandainya Musa ‘alaihissalam masih hidup, nescaya dia akan mengikutiku (ajaran Islam).
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya – hadis no: 15156, akan tetapi sanadnya adalah dha‘if sebagaimana terang penyemak kitab, Syaikh Syu‘aib al-Arna’uth.

Dua Hadis Yang Sahih Dalam Bab Ini.
Sumber daripada Ahli Kitab dikenali sebagai al-Israiliyat dan ia mewakili apa sahaja yang datang daripada mereka, sama ada daripada kitab-kitab atau riwayat-riwayat mereka. Terdapat dua buah hadis sahih yang paling tepat untuk dijadikan sumber kajian tentang hukum merujuk dan menggunakan sumber al-Israiliyat. Pertama adalah hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh di mana beliau menerangkan tindakan kaum Ahli Kitab yang membaca kitab Taurat dalam bahasa Ibrani dan kemudian menafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang-orang Islam. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لاَ تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلاَ تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ.
Janganlah membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka. Akan tetapi berkatalah “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 7542 (Kitab al-Tauhid, Bab apa yang dibolehkan daripada tafsiran Taurat dan selainnya)].
Hadis yang kedua berasal daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma di mana beliau berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ.
Sampaikanlah daripada aku walau satu ayat dan ceritakanlah daripada Bani Israil, tidaklah ia menjadi satu kesalahan. Dan sesiapa yang berdusta di atas namaku maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dalam neraka. [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3461 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab apa yang disebut tentang Bani Israil)]
Pada zahirnya kelihatan wujud percanggahan di antara dua hadis yang sahih di atas. Hadis yang pertama tidak membenarkan pengambil daripada sumber al-Israiliyat: “Janganlah membenarkan Ahli Kitab…” malah ia hanya menyuruh untuk bersifat neutral. Manakala hadis kedua membolehkan pengambilan daripada sumber al-Israiliyat.
Terhadap percanggahan ini atau apa-apa lain yang seumpama, ia hanya wujud pada zahirnya. Para ilmuan Islam telah menggariskan cara-cara untuk menghilangkan percanggahan yang wujud di antara hadis. Adapun di antara kedua-dua hadis di atas, maka penjelasannya adalah seperti berikut:
Tegahan dalam hadis pertama merujuk kepada zaman awal Islam, apabila pegangan umat Islam masih belum kukuh terhadap asas-asas Islam. Dibimbangi mereka akan terpengaruh dengan ajaran al-Israiliyat atau mencampur adukkan pegangan agama mereka antara ajaran Islam dan ajaran al-Israiliyat. Apabila pegangan umat Islam telah kukuh, maka dibolehkan menyampaikan apa yang berasal daripada al-Israiliyat. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (852H) menjelaskan, ketika mensyarahkan kata-kata: “…ceritakanlah daripada Bani Israil, tidaklah ia menjadi satu kesalahan”:
“Iaitu tidaklah dibataskan ke atas kalian berkenaan cerita-cerita daripada mereka, disebabkan sebelum itu terdapat tegahan daripadanya (Rasulullah) shallallahu 'alaihi wasallam daripada mengambil daripada mereka dan merujuk kepada kitab mereka. Kemudian diberikan kelonggaran daripada yang sedemikian. Seolah-olah larangan tersebut berlaku sebelum penetapan hukum-hakam Islam dan kaedah-kaedah agama (sehingga) dibimbangi berlakunya fitnah. Kemudian tatkala hilangnya bahaya tersebut, diberikan izin untuk melakukan sedemikian (menyampaikan daripada sumber al-Israiliyat). Ini disebabkan terdapat iktibar yang dapat diambil pada mendengar khabar-khabar daripada zaman mereka.” [Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (diteliti oleh Fu‘ad ‘Abd al-Baqi & Muhib al-Din al-Khatib; Dar al-Ma’rifah, Beirut, 1379H), jld. 6, ms. 498]
Tegahan dalam hadis yang pertama ditujukan kepada mereka yang tidak mampu membezakan sumber al-Israiliyat, manakah di antaranya yang tulen atau palsu. Manakala hadis yang kedua membenarkan mereka yang mampu membezakan, untuk menyampaikan daripada sumber al-Israiliyat apa yang tulen sahaja. Neraca untuk membezakan antara yang tulen atau palsu adalah al-Qur’an dan hadis yang sahih. Dalam hal ini berkata al-Imam al-Syafi’ie rahimahullah (204H):
“Antara yang sedia dimaklumi adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak membenarkan penyampaian cerita yang dusta. Maka maksud (sabda baginda): “…ceritakanlah daripada Bani Israil…” adalah terhadap apa yang diketahui bukan dusta. Justeru terhadap apa yang dibenarkan (yakni bukan dusta) , maka tidaklah menjadi satu kesalahan ke atas kalian untuk menyampaikannya daripada mereka dan ini selari dengan sabda baginda: “Apabila diceritakan kepada kalian oleh Ahli Kitab, maka janganlah membenarkan mereka dan jangan pula mendustakan mereka.” Tidaklah dimaksudkan sebagai keizinan (daripada membenarkan mereka) mahupun larangan (daripada mendustakan mereka) berkenaan menyampaikan cerita (al-Israiliyat) terhadap apa yang telah diputuskan sebagai benar.” [Fath al-Bari, jld. 6, ms. 499]
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas dan penjelasan para ilmuan tentangnya, dapat dirumuskan bahawa:
Dibolehkan merujuk kepada The Bible sebagai bahan dakwah jika pendakwah itu sendiri memiliki pegangan yang kukuh lagi benar tentang asas-asas Islam.
Dibolehkan merujuk kepada The Bible sebagai bahan dakwah jika pendakwah itu sendiri mampu membezakan yang tulen daripadanya.

Syarat-Syarat Menggunakan The Bible Untuk Tujuan Dakwah.
Sepertimana yang dinyatakan, hadis kedua di atas tidak bermaksud membolehkan penggunaan sumber al-Israiliyat secara mutlak. Kebolehan hanya dikhususkan kepada bahan al-Israiliyat yang tulen. Neraca ukuran bagi menentukan apa yang tulen adalah al-Qur’an dan hadis yang sahih. Di sini Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ.
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. [al-Maidah 5:48]
Dalam ayat di atas, dapat diketahui bahawa antara peranan al-Qur’an ialah “pemelihara” dan “pengawas” kepada kitab-kitab sebelumnya. Pemeliharaan dan pengawasan ini adalah dengan cara membandingkan ajaran kitab yang sebelumnya dengan al-Qur’an. Jika di dapati ajaran yang bersamaan dengan al-Qur’an, bererti ia adalah sesuatu yang tulen daripada kitab tersebut. Jika di dapati ajaran yang bertentangan dengan al-Qur’an, bererti ia adalah sesuatu yang tidak tulen daripada kitab tersebut. Namun perlu diingatkan bahawa perbandingan adalah dalam ajaran yang berkenaan dengan akidah. Adapun hukum-hukam syari‘at, sebahagiannya mungkin sama dan sebahagian berbeza disebabkan bagi setiap umat, Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan syari‘atnya yang tersendiri. Allah berfirman:
لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا.
Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syari‘at dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). [al-Maidah 5:48]
Selain daripada al-Qur’an, hadis-hadis yang sahih juga dapat digunakan untuk membezakan ajaran kitab sebelumnya, antara yang tulen dan palsu. Ini kerana hadis yang sahih secara tidak langsung diturunkan oleh Allah jua.
Setelah dipastikan ajaran akidah yang bersamaan antara kitab yang sebelumnya dengan al-Qur’an dan hadis yang sahih, para pendakwah boleh menggunakannya untuk berdakwah kepada orang Kristian. Dalam hal ini Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللَّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ.
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah.” [Ali Imran 3:64]
Janganlah menggunakan ajaran yang bertentangan atau yang dianggap pelik daripada kitab mereka. Berdakwah dengan cara sedemikian bertentangan dengan firman Allah dalam ayat 125 surah al-Nahl yang dikemukakan pada permulaan artikel ini, yang menyuruh umat Islam berdakwah dengan: “…hikmah dan nasihat pengajaran yang baik.” Lebih dari itu ia hanya akan menimbulkan kemarahan yang akhirnya dibalas dengan mengemukakan apa yang dianggap bertentangan dan pelik daripada ajaran Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan umat Islam:
وَلاَ تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ.
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. [al-An’aam 6:108]
Seandainya mereka enggan menerima dakwah Islam, maka janganlah marah atau mempersalahkan mereka. Sebaliknya berkatalah sebagaimana firman Allah:
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ.
Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” [Ali Imran 3:64]
Sekalipun mereka berbantah-bantahan secara negatif dan bertindak zalim, sikap seorang pendakwah tetap:
وَلاَ تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلاَّ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلاَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَأُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلَهُنَا وَإِلَهُكُمْ وَاحِدٌ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ.
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepada-Nyalah, kami patuh dengan berserah diri.” [al-Ankabut 29:46]
Pendakwah dibolehkan mendoakan laknat ke atas orang yang tetap berdegil daripada menerima ajaran Islam. Ayat berikut menjadi rujukan:
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ.
Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya (ajaran Islam), sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” [Ali Imran 3:61]
Walaubagaimanapun jadikanlah ini sebagai tindakan yang paling akhir. Ini kerana kedegilan orang tersebut mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang jika ia dihilangkan, nescaya dia akan beriman. Antara faktor yang dimaksudkan ialah kelemahan pendakwah itu sendiri, seperti gagal menjelaskan Islam dengan cara yang indah, tidak mampu membersihkan Islam daripada pelbagai salah faham, mengharapkan hasil yang serta merta dan tidak memahami halangan serta tekanan yang mungkin sedang dihadapi oleh orang yang sedangkan didakwahkan itu

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya. [An-Nisa 4:82]
1) Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, telah jelas Allah mengatakan bahawa jika Al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya. Kitab Bible itu bukan dari Allah dan kita sentiasa akan menjumpai perselisihan di dalamnya.
2) Kedua, ilmu perbandingan agama ini terutamanya kajian terhadap Bible bukanlah ilmu yang baru. Ianya telah dipelopori oleh Ibnu Taimiyyah dan ibnu Hazm beratus-ratus tahun yang silam. Mereka sudah membongkarkan kesilapan-kesilapan di dalam Bible sejak beratus tahun yang lepas tetapi sampai hari ini pengkaji-pengkaji Bible masih menemui kesalah di dalamnya.
3) Jika mereka cuba menukar-nukar kandungan Bible, itu akan menjadi salah satu hujah dari ahli-ahli perbandingan agama yang mempunyai simpanan pelbagai versi Bible bahawa Bible ini mempunyai pelbagai versi dan bukannya hanya satu. Walau apa cara mereka, mereka tetap di pihak yang tewas.
4) Jika pihak mereka terus membetulkan Bible tersebut sehingga benar, mereka sebenarnya telah bertemu dengan Islam.
قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللَّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ.
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah.” [Ali Imran 3:64]

Antara tokoh-tokoh terkemuka yang membincangkan isu perbandingan agama adalah seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Hazm,Syeikh Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik.

Perbandingan agama dan mempelajari Bible bukanlah suatu perkara asing di dunia dan di Malaysia khasnya. Pusat pengajian Islam terkemuka seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah mempunyai Jabatan Perbandingan Agama dan subjek khas untuk mempelajari Bible. Begitu juga di Malaysia, universiti-universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa yang mana semuanya mempunyai Jabatan, subjek atau pengkhususan di dalam perbandingan agama yang memerlukan mereka menkaji Bible. Tokoh ulama dunia seperti Dr. Yusuf Al-Qardawi juga menyokong usaha ini.

Contoh Menggunakan The Bible Untuk Berdakwah.
Berikut dikemukakan beberapa ajaran akidah yang terkandung dalam The Bible yang bersamaan dengan al-Qur’an. Sebelum itu sekali lagi ditegaskan bahawa menerangkan kesamaan ini bukanlah untuk membuktikan bahawa agama Kristian dan Islam adalah sama, tetapi untuk membuktikan kepada umat Kristian bahawa satu-satunya agama masa kini yang memiliki akidah yang tulen lagi murni ialah Islam. Maka jika mereka ingin ikhlas dalam iktikad yang tulen lagi murni, Islam sahajalah pilihannya.

Pertama: Konsep Trinity (Tuhan bertiga).
Konsep Trinity membentuk iktikad umat Kristian yang paling penting. Di dalam al-Qur’an Allah Subhanahu wa Ta‘ala mencela iktikad Trinity tersebut. Allah berfirman:
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلاَّ إِلَهٌ وَاحِدٌ.
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. [al-Maidah 5:73]
Jika dikaji The Bible akan ditemui ayat-ayat yang bertentangan dengan konsep Trinity. Ayat-ayat tersebut menerangkan bahawa Allah hanyalah Satu. Antaranya:
One of the teachers of the law came and heard them debating. Noticing that Jesus had given them a good answer, he asked him: “Of all the commandments, which is the most important?” “The most important one,” answered Jesus, “is this: `Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one.” [The Bible (New International Version), Mark 12:28-29]
Bukankah ini sama seperti ayat yang telah kami kemukakan sebelum ini?
قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللَّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ.
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah.” [Ali Imran 3:64]
Jesus, yakni Nabi Isa, bukanlah Tuhan atau sebahagian daripada Tuhan. Perhatikan bagaimana Jesus membezakan dirinya daripada Tuhan:
As Jesus started on his way, a man ran up to him and fell on his knees before him. “Good teacher,” he asked, “what must I do to inherit eternal life?” “Why do you call me good?” Jesus answered. “No one is good - except God alone.” [Mark 10:17-18]
Jesus sendiri tidak mengajar apa-apa melainkan yang diperintahkan oleh Tuhan, menunjukkan beliau bukan Tuhan atau sebahagian daripada Tuhan:
Not until halfway through the Feast did Jesus go up to the temple courts and begin to teach. The Jews were amazed and asked, “How did this man get such learning without having studied?” Jesus answered, “My teaching is not my own. It comes from him who sent me.” [John 7:14-16]

Kedua: Jesus hanya seorang Rasul.
Al-Qur’an telah menegaskan bahawa Jesus, bukanlah Tuhan atau sebahagian daripada Tuhan. Akan tetapi beliau hanyalah seorang Rasul:
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَابَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ.
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu.” [al-Saf 61:06]
Perkara ini juga telah ditegaskan dalam The Bible:
When Jesus entered Jerusalem, the whole city was stirred and asked, “Who is this?” The crowds answered, “This is Jesus, the prophet from Nazareth in Galilee.” [Matthew 21:10-11]

Ketiga: Muhammad adalah pengganti Jesus.
Dalam surah yang sama seperti di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَابَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ.
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad.” [al-Saf 61:06]
Hal yang sama disebut dalam The Bible, dimana Jesus berkata:
“And I will ask the Father, and he will give you another Counselor to be with you forever.” [John 14:16]
Yang dimaksudkan dengan Counselor bukanlah The Holy Spirit sebagaimana dakwa sebahagian pembaca The Bible. Ini kerana The Holy Spirit sudah sedia wujud sezaman dengan The Bible. Counselor yang dimaksudkan adalah seseorang yang akan datang pada waktu kemudian dan dia akan bersama umatnya sehingga akhir zaman, tanpa ada pengganti lain. Tidak ada sesiapa yang menepati ciri-ciri ini melainkan Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Bagindalah Nabi yang terakhir dan risalah Islam yang disampaikannya akan berlangsung sehingga Hari Kiamat. Selain itu kedudukan sunnah baginda yang merupakan sebahagian daripada Islam menjadi baginda sentiasa bersama umatnya sehingga Hari Kiamat.
Demikian tiga contoh tentang beberapa kesamaan antara al-Qur’an dan The Bible. Terdapat banyak lagi kesamaan yang tidak dapat disenaraikan kesemuanya dalam artikel ini. Yang penting, seorang penganut Kristian yang ikhlas lagi jujur kepada dirinya, setelah dia mengkaji kesamaan-kesamaan ini, nescaya akan mengakui bahawa agama Islam adalah pengganti yang benar ke atas agama Kristian, sehingga akhirnya dia beriman kepadanya.

KESIMPULAN
Boleh menggunakan The Bible sebagai bahan dakwah selagi mana pendakwah tersebut mampu mematuhi syarat-syaratnya. Kemampuan ini sudah tentu tidak dimiliki oleh semua orang. Oleh itu bagi mereka yang mampu, teruskanlah.
Manhaj Dakwah adalah pelbagai dan ini tidak dispesifikkan kepada satu usaha sahaja. Usahlah kita pertikaikan mengenai manhaj, yang patut menjadi kerisauan kita adalah mereka yang langsung tidak mahu terlibat di dalam bidang dakwah ini walaupun mempunyai ilmu. Juga yang perlu kita risau adalah mereka (mad’u) yang masih hanyut di luar yang memerlukan bantuan kita. Itu adalah lebih penting dari kita saling mempertikaikan antara satu sama lain.

Thursday, November 17, 2005

Al-Rad 30

Al-Rad 30

30. Demikianlah, Kami telah mengutus kamu pada suatu umat yang sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumnya,supaya kamu membacakan kepada mereka (al-Qur’an) yang Kami wahyukan kepadamu,padahal mereka kufur kepada Tuhan Yang Maha Pemurah Katakanlah:”Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Dia,hanya kepadaNya aku bertawakal dan hanya kepadaNya aku bertaubat.

30.Thus We send thee (O Muhammad) unto a nation, before whom other nations have passed away, that thou mayst recite unto them that which We have inspired in thee, while they are disbelievers in the Beneficient. Say : He is my Lord; there is no God save Him. In Him do I put my trust and unto Him is my recourse.

30. kazaalika ar sal naa kafiiii um_mati_kod kholat min_kobli haaaa uma mul li tat luwa a’laihimullaziiiii aw hai naaaa ilaika wa hum yakfuruuna birrohman. Kul huwarobbii laaaa ila ha illa huwa a’laihi tawakkaltu wa i’lai hi mataab.

Mufradat

1.kazaalika/Demikianlah/isim isyarat
2.ar sal na/Telah mengutuskan oleh Kami/fe'el madhi/muzakar/jamaq/1/nahnu
3.ka/engkau,kamu(Muhammad)/isim/muzakar/mufrad/2/anta
4.fii/di dalam/haraf
5.um_matin/umat/isim/muannas/mufrad/3/hiya
6.kod/sesungguhnya telah/haraf taukid(khusus utk fe'ek madhi je)
7.kholat/telah terdahulu dia/fe'el madhi/muannas/3/hiya
8.kobli/sebelum/isim sungguh
9.um_mamun/umat2/isim/muannas/3/hiya
10.li/supaya/haraf nasab(haraf baris atas)
INGAT!..haraf nasab ialah haraf yg menasabkan (membaris ataskan fe'el mudore' selepasnya)
11.tatluwa/engkau bacakan/fe'el mudore'/muzakar/3/anta
12.awhainaa/telah mewahyukan oleh Kami/fe'el madhi/muzakar/jama'/nahnu
13.arrahman/Pemurah/isim/muzakar/mufrad/3/huwa
14.robbi/tuhan/isim/muzakar/mufrad/3/huwa
15.tawakkaltu/telah tawakal ku/fe'el madhi/muzakar/mufrad/1/ana
16.mataabi/tempat kembali/isim/muzakar/mufrad/3/huwa

INGAT! bila fe'el je baru i'rab.Kalo haraf xyah i'rab kalo isim cari jantina,jumlah&dommir nyer

I'rab

1.ar sal na/telah mengutuskan oleh kami
-faa'el : Allah dan kerajaanNya
-maf'ul :ka
*INGAT! tanda maf'ul mesti baris atas
*INGAT! fe'el yg bersambung dgn dommir(Ganti diri "ka")automatic mesti jadi maf'ul nyer.

2.kholat/telah terdahulu dia/fe'el madhi
-faa'el : ummatin
*INGAT! tanda faa'el baris depan.
-maf'ul : xde

3.tatluwa/engkau membacakan/fe'el mudore'
-faa'el : Muhammad
-maf'ul : allaaziiii

4.awhainaa/telah mewahyukan oleh Kami/fe'el madhi
-faa'el : Allah dan KerajaanNya
-maf'ul : ilaika..."ka"

5.Tawakkaltu/telah tawakal ku/fe'el madhi
-faa'el : Muhammad
-maf'ul :xde

Bahas.

-Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad saw untuk menyampaikan dakwah (kalimah tauhid) seperti nabi dan rasul yg terdahulu sebelum Muhammad kepada umat mereka.
-"Padahal mereka Kufur" means that pada ketika tu masyarakat dalam keadaan jahiliyah.Bayangkan bagaimana method yang perlu kita ambil untuk berdakwah yang ketika itu umat atau masyarakat menyembah berhala.Bila ada satu ajaran baru yang di bawa bertentangan dengan budaya hidup pasti ada pertentangan dan itulah yang di hadapi oleh Rasul selaku penyampai risalah yang di amanahkan oleh Allah.Di sini apa benteng yang paling kuat untuk menembusi kesombongan para jahiliyah? sudah pasti keimanan dan keyakinan terhadap pertolongan Allah dan hari perhitungan menjanjikan kemenangan hakiki milik org islam. Sabar dan tetap tsabitlah kalian semua sahabatku di jalan Allah .Kerana dengan cara ini benteng keegoan manusia dapat di telusi.
-cuma org2 yg ALLAH bg "HIDAYAH" je yang akan menyahut kalimah tauhid ni dan ALLAH berhak memberi sesiapa yang di kehendakinya.
-Salah satu tanda org tu semakin jauh dari Allah.Allah sibukkan dia dgn urusan dunia sehingga xde masa dia beribadat utk Allah dan Melupakan urusan akhirat (kekal selamanya).

Recall

A. Tanda kenal

1)Isim (kata nama)
-ada alif lam
-tanwin
-di hujung baris bawah
-mudof

2)Fe’el (perbuatan)
-madhi(past)-telah-baris atas(fatahah)-kasrah
-mudhariq(present)-sedang/ia-baris depan(dommah)-rufu’
-amar-suruh-tanda mati(sukun)-jazam

3)Haraf jar (kata penghubung)
-bi (dgn)
-I’la (kpd)
-a’n (dari)
-a’la (di atas)
-fi (dlm)
-ka (spt)
-min (drpd)

*haraf jar-haraf yang membaris bawahkan isim yg selepasnya
*lepas haraf mesti isim
*Bila isim dan fe’el baru I’rab

B.I’rab

Isim/Fe’el

Jantina
-muzakar(male)-hujung ayat ya,nun @wau,nun
-muannas(female)-hujung ayat alif,ta atau ta marbutoh(bulat)

Jumlah
-mufrad(1)
-musanna(2)
-jamaq(dia)-banyak

Ganti nama(Domir)
-(1)aku,kau
-(2)engkau,kamu
-(3)dia,mereka

Domir
-(1) ana,nahnu

-(2)
muzakar
-anta-1
-antuma-2
-antum-3

muannas
-n ti-1
-antuma-2-
antunna-3

-(3)
muzakar
-huwa-1
-huma-2
-hum-3

muannas
-hiya-1
-huma-2
-hunna-3

Asas Fe'el Madhi(past tense)-eg:akala(telah makan dia)/jalasa(telah duduk dia)

Ganti nama 1
ana -kata asal+tu-eg:akaltu/jalastu
nahnu -kata asal+na-eg:akalna/jalasna

Ganti nama 2
anta -kata asal+ta-eg:akalta/jalasta
anti -kata asal+ti-eg:akalti/jalasti
antum -kata asal+tum-eg:akaltum/jalastum

Ganti nama 3
huwa-kata asal -eg:akala/jalasa
hiya -kata asal+ta mati-eg:akalat/jalasat
hum-kata asal+wau alif dpn-eg:akalu/jalasu

Asas Fe'el Mudore'(present tense)-eg:yakkulu(sedang makan dia)/yajlisu(sedang duduk dia)

Ganti nama 1
ana -alif+kata asal-eg:aa(2 harkat)kulu/ajlisu
nahnu -nun+kata asal-eg:nakkulu/najlisu

Ganti nama 2
anta -ta+kata asal-eg:takkulu/tajlisu
anti -ta+kata asal+ya,nun-eg:takkuliina/tajlisiina
antum -ta+kata asal+wau,nun-eg:takkuluuna/tajlisuuna

Ganti nama 3
huwa-ya+kata asal -eg:yakkulu/yajlisu
hiya -ta+kata asal-eg:takkulu/tajlisu
hum-ya+kata asal+wau,nun-eg:yakkuluuna/yajlisuuna

Rujukan kita?

...apa yg lisa tulis adalah dari opinion dan dari kelas yang lisa hadir,sebarang kesalahan lisa memohon ampun pada Allah dan lisa harap pembaca semua kembalilah semula pada al-Qur'an dan Hadis Rasuluallah saw sebagai rujukan.
..kelemahan lisa,lisa ni banyak cakap..banyak cakap banyak pula kesalahannya jadi sejak kebelakangan ni >suka explore dari bg hujah sendiri.Tak berani bg hujah kalau xde dalil sahih dari Qur'an dan hadis muktabar
...banyak luangkan masa kat cc sekarang, best explore byk benda.Tak sedar tgk2 dah malam..kadang2 tak makan pun xpe tak perasan pun.rasa macam nak duduk je kat depan komputer ni 24jam cari bahan ilmiah.
...tapi tak sama dengan berguru .Guru > eficient rasanya...coz kita boleh tengok muka tuan guru kita.sejuk mata memandang...
...sejak post dari "something to share" dan "smell something"pasal kenapa blogger,goggle serve benda ni free je,mesti ada something .Dari diari boleh tahu pemikiran,life ,so senang nak attack nanti.Jadi > suka menulis kat diary kembali..hal personal..sometimes kita tak nak share something because kita rasa benda tu bkn utk dikongsi it just 4 rujukan kita je.
..InsyaAllah lisa akan buat mana yg termampu untuk pengkongsian sahabiah semua..

Moga kita dilimpahkan Rahmat dan kasih sayang dari Nya..ameen

Wednesday, November 16, 2005

Al-Rad

Al-Rad 29

29. Orang2 yang beriman dan beramal soleh,bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik

29. Those who believe and do right:Joy is for them, and bliss (their) journey’s end.

29. Allazi na aa manuu wa a’milussoolihaa ti thuu baa lahum wa hus nu ma aa bin.

Mufradat

1.allaziina/org2 yg/isim/muzakar/jama'/3/hum
2.aamanuu/beriman/isim/muzakar/mufrad/3/huwa
3.a'miluu/telah beramal mereka/fe'el madhi/muzakar/mufrad/3/huwa
4.alsoolihaat/amalan2 soleh/isim/muannas/jama'/3/hunna
5.tuubaa/paling bahagia/isim/muzakar/mufrad/3/huwa
6.husna/paling baik/isim/muzakar/mufrad/3/huwa

I'rab

1.a'miluu/telah beramal/fe'el madhi
-faa'el : allaziina

Bahas.

Kampung akhirat adalah kg yang kekal abadi.Dunia ni hanyalah singgahan sahaja,Macam orang pergi belayar,tiba2 nampak pulau..singgah jap ambil buah ke(bekalan makanan),air minuman ke untuk perjalanan seterusnya.Takde org tu menetap kat pulau tu pulak coz dia tahu tujuan dia.Belayar ke destinasi yang PASTI.Jadi bila mati itu pasti dan akhirat itu kekal abadi.Kenapa tidak cuba lengkapkan diri,buat persiapan(bekalan) untuk ke sana?.Orang yang beriman dan beramal soleh Allah akan tempatkannya ke Syurga(nikmat) dan orang yg melakukan kemungkaran dan kejahatan Allah akan tempatkannya ke neraka(azab).Manusia sama ada lelaki atau wanita akan menanggung dosa atau pahala masing2
Sura Isra’ 17:15 “No bearer of burdens shall bear the burden of another”
Suras An-Nisa’ 4:111-112, Al-Fatir 35:18, Az-Zumar 39:7, An-Najm 53:38
.xde dosa warisan.coz kalo ag.Kristian.they believe akn dosa warisan
(Original Sin ).bayi yg lahir tu telah mewarisi dosa Adam dan Hawa.dan cara utk hapuskan dosa tu kena percaya yg Jesus(nabi Isa) sebagai penyelamat,mengorbankan dirinya utk dosa umat.sapa tak terharu kalo ada seseorang yg sanggup mengorbankan dirinya untuk umat.it show about love right?this is the concept of chrisitianity .sapa yg xpercaya akn masuk neraka.kena believe concept of trinity.