Wednesday, April 05, 2006

10 Wasiat Hasan Albana

WASIAT 1 : SEGERA TUNAIKAN SOLAT
10 WASIAT HASAN ALBANA

1.Solat dalam Al-Qur’an
Ø Solat sumber kejayaan S87:14-15,S23:1-2
Ø Solat memelihara dari penyelewengan dan perlakuan maksiat S29:45
Ø Solat merupakan pertolongan paling besar untuk memikul kesusahan S2:45,S2:153,S9:5,S9:11
Ø Solat merupakan salah satu dari perkara2 yang menjamin kemenangan S22:40-41,S11:114
Ø Solat merupakan alamat pertama setelah bertaubat(lepaskan dari hukuman).Sebelum kufur,selepas iman “But if they repent and perform As-Salaat (Iqaamat-as-Salaat) and give Zakaat, then leave their way free.”S9:5,S9:11
Ø Solat merupakan hasil dari sifat istiqamah iman dan melaksanakan al-Qur’an S5:55,S2:3
Ø Solat merupakan matlamat suci bagi para nabi dan rasul S14:40,S19:31
Ø Allah menyebut solat di samping ‘ibadat2 lain dlm al-Qur’an.Iman,taubat,sabar. S29:45,S9:11
Ø Solat diperintahkan agar ditunaikan dan dijaga dengan sempurna S22:78,S24:56, “Guard strictly (the 5 obligatory) as-salawaat (the prayers) especially the middle Salaat (i.e.,the best prayer-;Asr.”S2:238
Ø Solat di medan perang S4:102

2.Orang yang memelihara solat
-Allah mengangkat tinggi kedudukan orang yang memelihara solat S6:90,S24:36-38,S22:34-35,S31:4-5,S35:29-30,S6:92,S23:9-11,S9:18

3.Orang yang mengabaikan solat
-Ditempatkan di neraka saqar S74:42
- Mendapat kesusahan di hari kiamat S68:42-43
- Manusia akan bertindak jahat S19:59,S107:4-5
-Tergolong dalam munafik S4:142,S9:54

4. Al-Qur’an menunjukkan waktu solat
- “Maka dirikanlah solat itu.Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya ke atas orang yang beriman S4:103
- S17:78-“Gelincir matahari(matahari condong dari tgh2 langit menghala ke barat –(Waktu Zohor)sampai matahari tenggelam dgn sempurna(Waktu Asar)
- Waktu Maghrib-tenggelam syafaq merah saki baki kesan peninggalan sinar matahari.Waktu Isyak-hingga naik fajar sidiq dari kesan peninggalan sinar matahari.Waktu Subuh –di waktu fajar

5.Al-Qur’an mempermudahkan solat
-Jika anda sedang bermusafir,sakit,datang dari tempat buang air,menyentuh wanita tetapi tidak ada air,dilonggarkan boleh bertayamum S4:43,S5:6
- Jika kamu sedang bermusafir boleh qasar solat(pendekkan dari 4 rakaat ke 2 rakaat)S4:101

-Boleh menqasarkan solat walaupun sudah aman jika dalam keadaan musafir melalui hadith yang ditanya oleh Omar kepada Rasuluallahsaw.Rasuluallahsaw menjawab “Itulah disedekahkan Allah kepada kamu,terimalah sedekahnya itu”.

6.Solat dan petunjuk nabawi
o Solat merupakan satu rukun dari 5 rukun Islam
o Solat merupakan garis pemisah antara syirik dan iman
o Solat dapat menghapuskan dosa dan kejahatan
o ‘Amal yg paling afdal ialah melakukan solat tepat pada waktunya
o solat yang paling banyak pahala-solat yang dilakukan berjemaah
“Ibn ‘Umar radhiyaallahu ’anhumaa reported: The Messenger of Allah sallahu ‘alaihiwasalam said, salaat in congregation is twenty-seven times more meritorious than a Salaat performed individually”[Al-Bukhaarii and Muslim]
o Solat merupakan fardu 1 diwajibkan dan fardu terakhir yang pupus

Tuesday, April 04, 2006

alyaaism






salam a'laikum..
ni alyaa...he..he.. la..adik kak lisa ni..
saje je nak expose alyaa..
kenal masa class arab kat rumah xifu..
paling rapat ngan ana masa tu..kenal sekali ngan izam..tp izam tak hilang mana tah kat OZ..tak dengar berita?...
wish u d best kat melbourne australia..
miss u a lot...
juga fathim ridayu AUSMAT(canbera)
'aina farhana leong AUSMAT(melbourne)
yusrina AUSMAT(monash)
summayyah AUSMAT(new zealand)...
dina dan feda ALM India
nurul hidayah (ul ul) UK
siti aminah(kak long) dan fatin ALG German
Norshazwani dan Liyana -Russian

Assignment susah!

salam antum semua...
Ya Allah..hambamu sujud syukr padamu memberikan assignment uni yang susah pada hambakerana dengannya ...
hamba lebih ma'rifah padaMu
Engkau ingin mengajarkan pada hambamu ini tawakkalmaka engkau mengaturkan assignment yang susah untuk hambamu ..
ya allah ...hambamu tidur kurang sekali kerana assignment ini..
hambamu berjaga sehingga ke 3-4 am kerana hendak menyiapkan assignment programming ini.
hambamu bersekang mata ..
dan hambamu sudah tidak selera makan kerana ingin menghemat waktu untuk menyiapkan assignment ini..
dan setelah berhari-hari hamba cuba menjawab soalan-soalan ini ,hamba masih buntu pada jawapannyaana sujud syukr padamu ya robbkerana
Engkau mengajarkanku untuk berjaga malam..mengingatkan hambamu untuk solah tahajjud kerana jika assginment itu senang dan sedikit...
hambamu tahu ya ALlahhambamu akan lalai dan lupaakan menghabiskan malamnya dengan tidurdan tidak sesekali bangun menghadapmu dalam ruku..
dan sujud..alhamdulillah
ya Allahhambamu menyangka dengan menelaah berjam-jam hambamu akan dapat menjawab soalan itutidak ...
halus sekali cara engkau mengajar hambamu sifat tawakkal
ya Allah..kerana jawapan itu engkau yang maha mengilhamkan dalam aqal hambamu..dan bukan kerana kerajinan hambamu ..
keupayaan hambamu menyiapkan essay 3000 words bukanlah kerana usaha hambamu semata-matatetapi kerana Engkau mengurniakan padaku tangan untuk menulis dan mata untuk melihat artikel -artikel researchdan sesungguhnya
ya robb..engkau yang maha berkuasa menentukan pergerakan waktu..sama ada hambamu dapat menyiapkan assignment ini menjelang esok hari hanyalah kerana waktu yang Engkau berikankerana sesungguhnya
Engkau berkuasa menarik waktu itudari hambamu...
Engkau berkuasa memendekkan waktu hambamu dengan hanya menghantar malaikat izrail untuk meregut jiwakuya Allah ...
hamba berada di tahun ke 2 universiti pada hari ini kerana kuasa dan iradahmu kerana sudah sekian banyak sahabat hambamu yang gugur (gagal) di tahun pertama dan tidak berupya menyambung pengajian mereka...maka atas kurnia dan rahmahMu hamba dipilih lagi olehmu ya ALlah untuk meneruskan...mempelajari ilmuMu baik ilm Dunya atau akhirohya aLlahkelmarin
Engkau mentazkiah jiwa hambamu dan hambamu memintaEngkau membimbing hambamu untuk mencapai redhomu dalam menyiapkan assignments di uni grade A/B/pass itu bukan atas usaha hambamu
ya ALlah tetapi hanyalah ..atas kehendak dan arrohmaa nir roheem sembahanku ,satu satu nya ilahku..
Posted on: 2006/3/29 9:53

'aina Farhana Leong..

"'aina doakan juga kami di sini,exam final start 17/4/2006,doa akak sentiasa untuk bro and sis in Islam"..

Monday, April 03, 2006

Kewajiban bertudung


Kewajiban Bertudung – Bukan Sahaja Di Dalam Qur’an, Bible Juga Menyatakan!

Kenapa Harus Ingkar?!! Apa alasan anda? Nak Lawan Tuhan?!!


In Qur’an:

Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 33:59)

Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung mereka menutupi dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Daripada Hadith Rasulullah:

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis (menampakkan susuk tubuhnya). Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Hafsah r.a,puteri Abdul Rahman r.a pernah melawat Aisyah dengan memakai tudung yang jarang.Aisyah r.a mengoyakkan tudung itu daripada kepala Hafsah r.a dan memberikannya sehelai tudung yang di buat daripada kain tebal
[Miskath-Malik]

Aishah r.a meriwayatkan bahawa Asma’,puteri Saidina Abu Bakar r.a datang memakai baju jarang.Kemudian Baginda Rasuluallah saw berpaling daripada Asma’ dan berteriak;
“Wahai Asma’! Sesungguhnya apabila seseorang gadis sudah akil baligh tidak harus ada bahagian (badannya) yang didedahkan melainkan tapak tangan dan mukannya
[Riwayat Abu Daud]

“Katakanlah kepada wanita yang beriman””Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kehormatannya,dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa)nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali…….”
[an-nur:31]
The Bible - 1 Corinthians 11

1
Be ye followers of me, even as I also am of Christ.
2
Now I praise you, brethren, that ye remember me in all things, and keep the ordinances, as I delivered them to you.
3
But I would have you know, that the head of every man is Christ; and the head of the woman is the man; and the head of Christ is God.
4
Every man praying or prophesying, having his head covered, dishonoureth his head.
5
But every woman that prayeth or prophesieth with her head uncovered dishonoureth her head: for that is even all one as if she were shaven.
6
For if the woman be not covered, let her also be shorn: but if it be a shame for a woman to be shorn or shaven, let her be covered.

The Bible - 1 Timothy 2

9
In like manner also, that women adorn themselves in modest apparel, with shamefacedness and sobriety; not with broided hair, or gold, or pearls, or costly array;
10
But (which becometh women professing godliness) with good works.
11
Let the woman learn in silence with all subjection.
The Bible - Deuteronomy 22

5
The woman shall not wear that which pertaineth unto a man, neither shall a man put on a woman's garment: for all that do so are abomination unto the LORD thy God.

Qur’an Said

"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: 'inilah dari Allah', (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan." (Al-Baqarah: 79)

Hikmah Bertudung & Menutup Aurat

Melambangkan diri sebagai hamba ALLAH yang taat, beriman, dan bertaqwa.
Menghindarkan diri dari gangguan lelaki (pendedahan aurat berupaya merangsang nafsu lelaki).
Membezakan di antara orang yang bertaqwa dengan tidak.
Sebagai tanda pengenalan bahawa kita adalah Muslim.
Mengelakkan wanita daripada menjadi lambang seks di kalangan lelaki.
Kulit wanita adalah lebih sensitive terhadap persekitaran berbanding kulit lelaki. Penjagaan yang lebih perlu diberikan kepada wanita dengan menutupnya.
Membezakan di antara wanita moden (Muslimah) dengan wanita jahiliyyah. Di mana wanita jahiliyyah kebiasaannya mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat dan ada yang seolah-olah bertelanjang. Kenyataan ini adalah merujuk kepada fenomena sebelum kedatangan Islam dengan selepas kedatangan Islam di zaman Rasulullah s.a.w.
Melambangkan wanita yang tinggi nilainya dan bukan murahan. Setiap yang tinggi nilainya, penjagaannya adalah lebih rapi.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim)

Apa lah guna wajah yang cantik, tetapi hina di sisi ALLAH dan jelek di mata orang yang beriman.

Telah jelas, menutup aurat mempunyai banyak hikmahnya dan ia merupakan satu kewajiban. Dengan menutup aurat, lompang kelemahan wanita akan tertutup. Nafsu manusia yang bergelar lelaki berjaya dikawal, maka dengan itu, keselamatan wanita akan lebih terkawal.

Ia memang terbukti dengan reality, di mana apabila penutupan aurat tidak lagi dititikberatkan, malah wanita dijadikan pula sebagai lambang dan symbol sex, masyarakat kita semakin menjadi haru biru. Di mana, pelbagai gejala durjana seperti sex bebas, rogol, pelacuran, sumbang mahram, serta pencabulan (kehormatan) berlaku di sana sini. Peratusan kes adalah semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ianya bermula apabila nafsu dan keghairahan sex dipublisitikan dengan meluasnya di media-media massa serta media-media cetak. Ianya hanya bermula dengan pembukaan aurat. Memang tidak terjangka, dengan hanya kegagalan dalam mentaati suruhan dan penjagaan aurat, ‘effect’nya begitu besar kepada dunia keseluruhannya. Barulah kita terfikir, betapa agung dan mendalamnya Pengetahuan ALLAH terhadap apa yang diciptakannya. Tiada apa yang sepatutnya kita lakukan melainkan taat. Itulah yang sewajibnya…

Cara pemakaian tudung yang lengkap
1.menutup dada
2.kain yang tebal tidak nipis hingga menampakkan kulit
3.tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan

Fikir-fikirkan lah… adakah anda penyumbang keruntuhan moral dan akhlak ‘insan’…

Thursday, March 23, 2006

Rutin harian-Usrah

Bismillahirrohmanirrohim..


post dari 'aina

pertama kali ana ditarbiyah dalam sistem usrah adalah lebih kurang 1/2 tahun selepas ana memeluk islam ..di sini ana ingin menyingkap apa ertinya usrah (keluarga) bagi diri ana sendiri..........apa specialnya usrah?takder apa-apa yang special kalau dinilai dari segi zahirnya..harus duduk selama lebih kurang 1 jam, membincangkan ttg akhiroh wa dunya dari kaca mata islam harus mendengar sirah dan hadis yang panjang berjela-jela..harus berinfaq dari wang saku sendiri.. (terkurang wang nak gi McD)merasa terganggu kerana harus mutabaah amal sendiri , kenapalah naqib ana suka sgt tanya amal ana?dia ingat dia sendiri byk amal ker?...............................................................................................usrahku keluargakudalam bahasa arab ..usrah maksudnya family ..dan ana alhamdulillah menemukan insan2 yang mengasuh ana,dan mendidik ana bagaikan ibu.ayah.abang.kakak .adik sendiri dalam perjalanan dalam tarbiyah sehingga ke hari ini..mungkin bagi antum ikatan usrah tentunya kurang kuat banding dengan ikatan keluarga sendiri..itu Kerana.......... ayah ibu antum beragama islammaka apa perlunya usrah?kerap kali air mata ana mengalir setiap kali selepas usrah, kerana mengingatkan bagaimana kasihnya insan2 yang luhur mengajar ana akan deen ini..tanpa meminta bayaranmungkin antum tidak pernah mengalami ..dalam usaha ana mencari seorang guru untuk mengajar ana akan deen ini...berapa baldi sudah terisi dengan titisan air mata anakeranaalasan "maaf,saya sibuk .. "saya tak pandai,awak tanya org lain lebih baik....hanya kerana ana meminta secebis ilmu deenullah dari insan insan yang bergelar muslim...hati ana hancur luluh-----------------------------------------------------------------------bagaimana ni;mat nya menjamah hidangan halal di rumah kakak -kakakku ketika mengujungi bila sudah berminggu menjamah yang haram di rumahhanya allah yang tahu nimatnya kuih halal sekeping itu..mungkin antum tidak tahu..kerana sepangjang hayat aLlah telah mudahkan antum mendapt makanan halal dan tiada yang memaksa antum makan yang haram-------------------------------------------------------------------------ni'matnya...allah ...berbicara ttg mu ..di rumahMU setelah berminggu terkurung di rumah menjalankan ibadah padamu dengan terseksa batinhanya bilamana allah menarik ni'mat kesempatan untuksolah di masjid.............menjamah makanan halal............menuntut ilm islamy................barulah ana sujud syukr...pada Yang Maha Esa---------terima kasih ya Allah------------------------------Engkau menarik ni'matnya dari hambamu supaya hamba hargai islam yang Engkau tiupkan pada qalb

Sunday, March 19, 2006

anak ini.

Anak ini ...

assalam
bagi yang sudah bernikah atau belum, rasanya semuanya bila berhadapan dengan insan yang kecil dan menrengek itu --baby --pasti akan timbul rasa kasih yang mendalam dan ingin protect dia dari segala ancaman ,
pasti akan membelai dengan penuh kasih sayang..
pasti akan melakukan sedaya upaya untuk mengajar dia ABC..
pasti akan lahir kegembiraan di hati bila baby melangkah buat kali pertama
bila baby berkata-berkata "ummi ..abah " buat pertama kali...
malah tidak kurang yang akan mengalir air mata melihat telatah seorang baby
...mana insan dewasa yang tidak kasih pada insan kecil ini..
namun........
bila ana dilahirkan .dan ramai lagi bro n sis yang dilahirkan ..tiada siapa yang menyambut tangisan kami...
tiada siapa yang mengazankan kepada telinga kami
tiada siapa yang membelai kami dengan kasih dan sayang...
tiada siapa yang mengajarkan kami iqro dengan insiatif sendiri...
tiada siapa yang mengambil berat tentang kami..
kami disambut dengan hanya kata "alhamdulillah ,....anta/i diberi hidayah oleh aLlah "
kami diajar iqro hanya setelah merayu dan mennangis minta diajarkan...
kenapa antum boleh membelai bayi dengan kasih tetapi dengan kami antum meminta kami untuk berusaha mencari kelas/ guru untuk mengajarkan tauhid?
adakah antum menghantar anak ke sek ? mengajarkan tauhid sejak hari pertama dilahirkan?memberi makan dan minum yang cukup supaya dia membesar dengan sempurna?memandikan bayi antum?
atau antum...
membiarkan bayi antum berjalan sendiri menyekolahkan dirinya sendirimencari makan dan minumnnya sendiri ketika masih 3 tahun/ 2 tahun /1 bulan?membiarkan dia mandi sendiri ketika berusia sebulan?
adakah antum lebih kasar bila membelai bayi lelaki banding dengan girl?pasti tidak!
tidak kira baby girl or boy ..kedua-dua antum tadah bagai menatang minyak yang penuh..
tapi kami?
takperlah ... masyaallah ...anta boleh punya ...dan boleh baca qur'an oklah... dah boleh solah oklah...
adakah sebagai ummi dan abah (sekarang atau suatu hari nanti) antum hanya ingin menyekolahkan anak ke pringkat rendah sahaja?tidak hingga ke uni?
kenapa dengan kami antum berbuat demikian.? hanya mengajarkan kami tadika islami tetapi tidak "menyekolahkan " kami ke uni islamy?
jika di berita hati antum luluh mendengar kisah bayi terbuang di longkang.. ditinggalkan di pintu imam masjid..
ketika kami dibuang keluarga tercinta, siapa yang menyambut tangisan kami?
siapa? .....siapa? ...
*BAGI YANG MEMAHAMI ARTIKEL ANA INI, ANA DOAKAN ANTUM TERGERAK HATI DAN KAKI KE PUSAT MUALAF/JABATAN AGAMA MANA-MANA DAN MENYAMBUT.MENGAZANKAN DAN MENYEKOLAHKAN BAYI BAYI YANG BARU LAHIR ITU SEHINGGA KE PERINGKAT UNI ISLAMY....
AMEEN YA RABBAL 'ALAMEEN

aina Farhana Leong

"aina kak lisa tak berani berjanji tetapi bila aina suruh akak n qamarina follow up kak mastura.Kami cuba.Ingatkan bila kami lupa" ..

Thursday, March 02, 2006

ARABIYAH

MY FIRST SPEECH-Arabic

What is Islam?
Maa huwa al-islaam?

Islam is easy or difficult?
Al-Islaam sahl aw sa'b?

Islam is easy and beautiful.
Al-Islaam sahl wa jamiil.

Islam is an article of faith and behavior.
Al-Islaam ‘aqiidah waa suluuk

Islam is related with the heart
Al-Islaam yata'allaq bil-qolb.

There are problems which are related with psychological matters, for example , ostentation, hypocrisy , humility, etc.
Hunaaka masaa'il tata'allaq bil-umuur al-nafsiyyah, mathalan ar-riyaa' wan-nifaaq wal-khushuu' wa ilaa aakhirihi.

These matters are called the actions of the heart.
Al-‘umuur di tusamma a'maal al-qolb.

The science of tasawwuf explain them.
‘Ilm at-tasawuf yubayyinuhaa

Science is Islam are divided into the science of legal rulings, the science of the articles of faith and the science of the spiritual matters.
Al-ilm fi al-Islaam yanqosim ila ‘ilm al-ahkaam as-shar-‘iyah wa ‘ilm al‘aqoo‘id wa 'ilm al-'umuur an-nafsiyyah.

As for the science of legal rulings,it is related with the science of fiqh.
‘Ammaa ‘ilm al-ahkaam as-shar‘iyah fahuwa yat’allaq bi ‘ilm al-feqah

As for the science of articles of faith. It is called the science of tawhid
‘Amma ‘ilm al-‘aqoo‘id fahuwa yusamma ‘ilm at-tawhid

As for the science of spiritual matters,it explains the matters of the heart.
‘Amma ‘ilm al-‘umuur an-nafsiyah fahuwa yubayyin ‘umuur al-qolb

Why does man need Islam?
Al-insan yahtaaj ilaa al-Islaam leeh/limaazaa?

Why Islam came?
Ja’a al-islaam leeh/limaazaa?

Islam come in order to purity the creed religious innovations and to bring man back to the true original creed.
Al-islaam ja’a alashan yunaqqi al-‘aqiidah min al-bida’ wa yurji’ al-insan ila al-‘aqiidah al-asliyah al-sohihah

Ameen..

Monday, February 27, 2006

PIG FATS!

It has got pig fats in it

E-CODES:

E100,E110,E120,E140,E141,E153,E2??10

E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,E325,E326,E327,E334,E335

E336,E337,E422,E430,E431,E432,E433,E434,E435,E436,E440,E470

E471,E472,E473,E474,E475,E476,E477,E478,E481,E482,E483,E491,E492

E493,E494,E495,E542,E570,E572,E631,E635,E904

BOIKOT DENMARK

berikut ialah barang-barang keluaran Denmark..Famous Denmark Companies:KDDDanfossSadafcoGrundfossKaroline
Famous Denmark Brands:
1)Chewing gum:Gumlink Company under a lot of trade names such as:
. STIMOROL
. Dirol
. Lion chocolate bar
. Schweppes Beverage
. 7UP Beverage
. Canada Dry Beverage
. Halls
. Snapple Juice
. Fertin Pharma
2) Beef Meat : Danish Crown.
3) Emulsifiers, stabilizers, flavorings, sweeteners : Danisco
4) Non alcoholic Beer : Carlsberg.
5) Milk, cheese, butter and milk powder :Arla Foods Company under several trade names such as:Danu BrandMilex BrandPuck CheeseThree Cows BrandRosenborg BrandLurpak Butter
6) Medicine :Lundbeck, Novo Nordisk, Coloplast, Oticon
7) Electronics and Technology :TDC, GN Store Nord, Bang & Olufsen; Nielsen &Nielsen, Grundfos8) Toys : The famous bard LEGO9) Porcelain, glass and silver Products : Royal Scandinavia
10) Lightings and lamps : Louis Poulsen
11) Agriculture : Cheminova
12) Hotel : Radisson SAS
wallahua'lam

post dari www.makannasik.blogspot.com

Denmark country product code

560 Portugal
569 Iceland
570-579 denmark
590 Poland
594 Romania
599 Hungary
600-601 South Asia
880 South Korea
884 Cambodia
885 Thailand
888 Singapore
890 India
893 Vietnam
899 Indonesia
900-919 Austria
930-939 Australia
940-949 New Zealand
950 Head Office
955 Malaysia
958 Macau

Sunday, February 26, 2006

JAKIM

Reply from JAKIM :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2)Kam Lun Tai
3) Lotus Family

Restoran Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2)Chicken Rice shop
3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,

Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :

1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ?? Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.

Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja .
Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

7. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

8. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

9. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

10. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual. 11. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM. 12. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam

Wednesday, February 22, 2006

Bible

Collapsed of the Bible – (PART. 1)

In the current crusade, the Christian world has launched their “scud” (The Holy Bible) in two thousand different languages. For the Arabs alone they have published their Holy Scriptures in fifteen different scripts and dialects.

The Christian world, was long-long time ago launched their attacking toward Islam, al-Qur’an, and all Muslim’s peoples through their millions of slanders where are without any proves which can be acceptable by normal though.

So now, let we prove who are true? Which are the real one “FROM GOD”… al-Qur’an or Bible? That’s eligible the word of ‘HOLY’ put on to the Bible?

Who will be collapsed? We can see now…

Which one contains the real and true word from God… Qur’an or Bible…

Let see

(Part 1)

1. “BASTARD”

This word occurs and repeated THREE times in the Bible.

“The BASTARD shall not enter the congregation of the Lord; even to his tenth generation…” (DEUTRONOMY 23:2)

“And a BASTARD shall dwell in Ashdod…” (ZECHARIAH 9:6)

“But if ye be without chastisement, whereof all are partakers, then ye are BASTARD and not sons.” (HEBREWS 12:8)

2. “ONANISM”

“The withdrawal of the penis from the vagina before ejaculation.” (The New Collins Dictionary). Medical Term – “coitus interruptus.”

“And Judah said to Er’s (deceased) brother Onan. Go and sleep (have sex) with your brother’s widow…

“But Onan knew that the children would not belong to him (i.e. would not carry his name), so when he had INTERCOURSE with his brother’s widow (Tamar), he let semen (the older Versions call it “seed”) spill on the ground, so that there would be no children (no name) for his brother.” (GENESIS 38:8-9)

ana al-fakir wa dhoif ilaALLAH..

Thursday, February 16, 2006

Perjuangan ini

Ya Allah...
Perjalanan ini jauh..
Daku mengharap bimbinganMu..
Cahayalah aku dengan RahmatMu..
Andai ini pena yang terakhir..
biarlah ia sebagai penyelamat buatku..nanti..
di akhirat sana..

Ya ALLAh...
tuhan yang menciptakan daku ..andai nyawa ini jadi taruhannya..
jika darah ini sebagai gantinya..
terimalah penghambaanKu ini..
tidak layak rasanya...berdiri..
kerana nikmat yang di beri..
terasa kaku lidah ini jika tidak dengan kudratMu ..

Ya ALLAH..
pandangan MU padaku amat penting..
Jangan KAu paling walau sedikit terhadapKu..
nanti kusedih Ya Rabb...
diri ini lemah..
azabkanlah daku di sini...di dunia ini ALLAH jika itu ..dapat mengurangkan penderitaanku di akhirat kelak..

Ya ALLAH Maha Pengasih..
Aku telah cuba ..sedaya upaya..seluruh kudratku..
untuk perjuangan ini..
andai aku salah lagi ya ALLAh..
ampunkan daku..
ampunkan daku..
ampunkan daku..
ampunkan daku ..
ampunkan daku..
ampunkan daku yang hina ini..

Aku lemah Ya ALLAH
Aku Goyah YA ALLAH..
Tanpa pertolongan dariMU
siapalah aku..

Jalan ini jalan yang berduri..
ia sunnahtuallah penguji iman kami....
Bukan kaya pilihan ku..
Biarlah bersama Rasuluallah saw..
junjungan yang di kasihi..
Biar terlantar di hina di sini..
agar kelak tersenyum di sana nanti.

Pergi ...sayapkiri!...
jangan toleh ke belakang lagi..
di sana Syurga menanti..
tempat asal kg akhirat kekal abadi..

#Menangislah sahabatku..
kerana semakin mudah manusia menitiskan airmata
semakin dekat ia dengan ALLAh..
semakin sering matanya sembam dengan airmata..
semakin merasa ia begitu bergantung pada YANG MAHA MENGATUR..
semakin mudah kelopak matanya dibanjiri airmata..
semakin ia tahu bahawa segala sesuatu hanya kehendak ALLAH kejadianNYA..#

*ALLAH ...
Jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku..
dengan amaran2 Mu..Penciptaku..
Jika ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dengan tarbiyyah..
Jikaku lemah dan tidak berdaya..
ingatkanlah aku bahawa
KAU sering bersama...
SEtiap waktu,tika dan masa..*

ana al -fakir wa dhoif iLALLAH..

Tuesday, February 14, 2006

Iman

Iman adalah gabungan 3 perkara iaitu membenarkan dalam hati,melafazkannya dengan lidah dan membuktikannyer dengan amal yang soleh.Inilah dia kesempurnaan iman.salah satu xde maka belumlah lagi kita dikatakan mencapai kesempurnaan iman.

Seperti yang berlaku pada bapa saudara nabi muhammad saw.Abu Talib.Baginda mengakui kebenaran Islam yang disampaikan oleh anak saudaranya Muhammad tetapi kerana kedudukan baginda Abu Talib pada masyarakat menyebabkan beliau tidak memilih untuk melafazkan kalimah syahadah.Jadi beliau tergolong golongan orang yang kufar/Kafir.Rasuluallahsaw adalah orang yang paling sedih sekali kerana bukan nyer sekali sekala baginda berdakwah pada bapa saudaranya tetapi berkali2 dan setiap masa kerana kasihnya baginda pada Bapa saudaranya Abu Talib.Azab bagi Abu Talib adalah azab yang paling ringan sekali iaitu memakai sepatu neraka yang azabnyer sehingga mengelegak otak Abu Talib.

Juga seorang sahabat nabi bernama Abdullah bin Ubai bin Salon.melafazkan dengan lidah .Bila rasuluallah bertanya siapa yang mahu beriman pada Allah .Abduallah inilah orang yang pertama mengangkat tangan menyahutnya.Kehebatan abdullah ini bila beliau memberi peringatan sampai menangis para sahabat.Hebat kan?.Tapi beliau tidak membenarkan dengan hati.Menipu,dalam diam2 dia memusuhi baginda rasuluallahsaw.Terbukti dalam perang Ahzab.Ni musuh dalam selimut.munafik,berpura2.Dan kedudukan orang yang munafik ni di akhirat nanti ditempatkan di neraka yang paling bawah sekali ,jahanam,bawah dari kedudukan orang kafir.Nauzubillahi min zalik.Buat peringatan diri juga,ciri2 orang munafik ni bila berjanji ,dia tak tepati,bila di suruh pegang amanah dia kianat,bila bercakap ia berbohong,bila bergaduh dia berlebih-lebihan.

Golongan fasik pula ,membenarkan dalam hati,melafazkan nyer dgn lidah tetapi cuai dalam segi amalan mereka.

Monday, February 13, 2006

Program

Assalamua'laikumwarahmatualllahiwabarokatuh..

Alhamdulillah program yang di anjurkan oleh PMH selesai dah .11 &12 sabtu dan ahad lalu.Program Perbandingan Agama & konsert hadith.

Ana boleh terasa lagi sengal2 satu badan coz terlampau letih.Sahabat ana siap boleh tegur lagi..katanya..mama.."she call me mama coz i'm call her baby"..muka mama memang nampak letih betul..Di akui..mungkin coz ana byk buat kerja 2 ,3 hari ni..takpelah ana dah beriltizam untuk kerja dakwah so kenalah bersabar dengan segala kesusahan.Ana pilih jalan ni.InsyaALLAh..jalan ni yang tetap ana pilih.Minta ALLAH tetapkan hati.

Alhamdulillah terima kasih kat barisan team yang menjayakan program Perbandingan Agama&juga konsert hadith.Org kuat PMH Azmil&Zusuff.Pengarah program Arsyaf Dinie..cian acu banyak buat kerja...Ridwan,Malik,Shamsul,Lukman,Nana,Nini,Fairus,Nyeng, dan ahli PMH yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ni.Adik2 ana yang datang dari INTEC..Aini,Asma',Ain,a'ina,nabieh n etc.Sorry hari ke 2 kak lisa xdapat libatkan diri.Adik2 dari kUTPM..BAdrul Hisyam,Taufik,mat noor, n etc.Ada permintaan dari sahabat ana tentang CD rakaman talk comparative Religion n konsert hadith.If talk Comp. Religion tu boleh tak bagi email masing2. Nanti kak lisa send notes bro shah n engku Fauzi.Pasal konsert hadith tu maaflah untuk rakaman koleksi PMH adalah tapi untuk di jual kami tak minta kebenaran xifu lagi coz ustaz naser yang cipta melodi lagu tersebut xberani nak pandai2 jual but sapa yang record lagu2 malam tu utk koleksi sendiri takpe .

Keseluruhannya ana boleh katakan 65% program tu berjaya alhamdulillah.Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki.
Dari sudut masa..semasa pendaftaran .Jadual dirancang bermula pada 8.3pagi.Panel iaitu Bro Shah dan Engku Fauzi telah datang sangat awal.namun peserta tidak hadir lagi.
Ni jawapan ana:
1)Buat pengetahuan akhwat dan ikhwah semua,selain program Comparative Religion ni,ada 2 program besar yang berjalan serentak.Program ANGGUN &Belia cegah dadah.Program Anggun ni diwajibkan oleh pihak pentadbiran pada para pelajar (tertentu) dan program Belia cegah Dadah ni Mawi yang datang..so mungkin tu mengurangkan bilangan peserta yang hadir
2)Coz talk pada kali ni adalah Siri 1 sama dengan tahun lepas punya.Jadi sahabat2 ana yang tahun lepas dah datang mereka dah tak datang dah.Mereka pilih gi ANGGUN.Nak bergayalah katakan...hm..
3)Jika tahun lepas pendaftaran telah dibooking awal2 maka bilangan peserta telah diketahui.Jadi ana rasa cara tersebut > efficient coz kita tahu bilangan yang akan hadir.Ni boleh mengurang budget dari segi penyediaan makanan dan notes book serta plamplet untuk peserta.

Dalam dakwah bukan kuantiti yang kita inginkan tetapi kualiti bagi setiap seorang yang hadir dalam xtiviti tersebut.bayangkan jika seorang yang hadir dapat berdakwah hanya seorang lagi atau 2 orang lain SUBHANALLAH dakwah Islam akan berkembang insya ALLAH.YA ALLAH Kau tunjukki lah kami.Senang je hanya perlu sampaikan sahaja ilmu yang kita dapat tu pada orang lain yang tidak tahu @ if susah sgt (jika xde skill berdakwah) ajak orang pergi ke program sebegini.Senang kan?

dari sudut tecnical
Masa talk berlaku keadaan sesangatlah sejuk menyebabkan konsentrasi peserta terganggu serta video kat depan tiba2 je padam.Cian bro Shah terganggu cket pembentangan dia.Sebaiklah bro Shah ni pandai kawal keadaan..diteruskan juga dengan kreabiliti beliau yang ada alhamdulillah

Jawapan pihak kami.
1)Sebaik je dapat komen dari peserta ana terus bertindak bagi tahu pengarah.Maklumlah timbalan pengarah katakan.Kami telah cuba sedaya upaya.Masalahnyer system air-cond ni bukan nyer ada kat dewan tu tapi di kawal oleh satu bahagian.Acu dah call bahagian yang berkenaan dan mereka kata mereka telah tinggikan suhu seperti yang diminta.Maaf ye bagi yang rasa nak beku kat dalam tu.
2)Tiba2 video padam.Ni ana tak dapat komen tapi alhamdulillah,ada pihak yang tungkus lumus perbaikinya.

Satu perkara ana belajar dari team-work ni.Kita kena bantu membantu dan banyak bersabar.
Alhamdulillah...

Konsert Hadith tu diadakan matlamatnya untuk memperkenalkan hadith 40 dari karangan Imam An-Nawawi.Dengan harapan selepas ni ramai yang telah berjaya menghafaz hadith 40 ni dan beramal dengan hadith tersebut

.Sebenarnya sebelum program ni di adakan.kami wakil PMH telah pergi ke program UM.DI sana kami bertemu dengan ustaz mazslee malik,Ustaz(xifu)Abdul Naser,Bro Alex n Hafiz X-Factor.Bulan ramadahn tahun lepas,then why not kami bawa pergi ke uitm dan alhamdulillah berjaya juga akhirnya.Sebenarnya strength lisa dengan muzik.Alhamdulillah lisa dalam proses hafaz hadith 1,2,6,35,36,37,40.Target nak hafaz dan beramal dengan hadith 40.Dua 4 me k.Jangan lupa sahabat yang hadir ke konsert hadith tu.Ingat tak pesan Bro Alex?
Berdakwahlah pada non Muslim ..itu responsibility kita orang Muslim

Konsert hadith tu ana xde komen apa2 rasanyer ok je.cuma kupon banyak sangat yang komen tak dapat.


Diriku ini ..khalifatul ALLAH..

Sunday, February 05, 2006

Untuk Panduan Bersama Subject: soal jawab JAKIM & Pengguna
Q : Adakah makanan berasakan daging lembu dan ayam dari Restoran Western Food seperti CHILI's dan Victoria Station disahkan HALAL oleh JAKIM ?

A : rangkaian kedai makan western food seperti Chilli's dan Victoria Station tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM,untuk makluman , adalah menjadi polisi JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang mendakwa menjual makanan halal tetapi dalam masa yang sama turut menyediakan minuman tidak halal atau menu yang tidak halal seperti menyediakan steak yang menggunakan arak sebagai bahan dala! m masakan. nn

Q : Sila beri penjelasan berkenaan dengan status kehalalan Starbucks. Sekiranya pihak Starbucks atau pihak mana-mana sekalipun masih belum menghantar permohonan sijil halal, diharapkan pihak JAKIM dapat mengambil initiatif untuk menunaikan hak mereka selaku sebuah organisasi yang berkaliber. Terima Kasih

A : starbucks tidak tersenarai sebagai pemegang sijil pengesahan halal JAKIM,oleh itu JAKIM tidak mempunyai maklumat bahan-bahan yang digunakan di restoran ini sama ada halal atau tidak. Untuk makluman, pengesahan halal JAKIM adalah dipohon secara sukarela,terpulang kepada syarikat sama ada mereka berminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM atau tidak. Inisiatif untuk mendapatkan logo halal JAKIM perlu dilakukan oleh pihak syarikat sendiri bu! kannya JAKIM, sekiranya mereka sensitif dan peka dengan keperluan pengguna Muslim dan ingin menarik lebih ramai pelanggan maka merekalah yang perlu mengambil tindakan. nn

Q : Assalamualaikum, Saya diberitahu bahwa syarikat colgate telah gagal mendapatkan logo halal. Ini disebabkan pihak colgate telah menggunakan kalsium yang diambil dari tulang babi. Sebenarnya saya telah menggunakan colgate dari kecil lagi. Saya inginkan kepastian supaya jika ia tidak halal dan mengandugi tulang babi, saya akan hentikan serta merta penggunaannya. Terima kasih.

A : Untuk makluman produk colgate adalah halal dan selamat digunakan oleh pengguna muslim, sungguhpun produk ini dibuat di Thailand, terdapat badan islam di Thailand yang telah dilantik ol! eh JAKIM yang mengawasi prosesan produk ini sentiasa halal dan selamat digunakan oleh orang islam. Dakwaan mengatakan produk ini tidak halal adalah tidak benar. nn

Q : Assalammualaikum. Saya mempunyai kemuskilan mengenai beberapa makanan segera di malaysia dimana kebanyakkannya disediakan dalam keaadaan tidak begitu sempurna tetapi memiliki sijil halal dari JAKIM.Saya sering mendapat email mengenai makanan segera seperti KFC dimana didalam email tersebut menerangkan:-
1. Ayam disembelih dalam keaadan digantung
2. Disembelih dalam keaadaan tidak mati sepenuhnya lalu dicelup kedalam air panas.
3. Disembelih oleh orang perempuan
4. Mati dalam perjalannan kekilang penyembelihan dalam keaadaan seperti bangkai tetapi tetap digantung dan disembelih. J
adi KESIMPULANNYA ... SAH KE SIJIL JAKIM YANG DILULUSKAN UTK K! FC dan boleh ke dimakan?

A : KFC telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan dan sentiasa diawasi bahawa penyembelihan ayam untuk KFC adalah sah dan menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak. Sekiranya orang ramai masih meragui sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pengesahan halal di Malaysia, maka rujukan halal manakah lagi yang boleh dipegang oleh orang ramai? Orang ramai sepatutnya lebih bijak menilai maklumat yang diterima adakah benar atau hanya khabar angin yang disebarkan tanpa rujukan yang benar yang sengaja disebarkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu terutamanya persaingan didalam perniagaan

Q : Assalamuala! ikum, Baru-baru ini, suami saya telah membeli satu balang gula-gula jenama Cadbury dan sekarang ini iklannya tersiar di TV -iklan mengenai sampul hari raya.Anak saya ternampak kod E471 di bahagian balang tersebut dan mengetahui yang ianya termasuk dalam sumber yang tidak halal. Beliau keliru dengan logo tanda halal dan kod E471 tersebut. Saya mohon kepastian pihak tuan berhubung perkara ini.

A : Syarikat Cadbury Malaysia telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan setiap produk yang dikeluarkan oleh kilang ini adalah halal dan menggunakan bahan yang halal. E471 yang digunakan didalam coklat cadbury ini telah dipastikan dari sumber yang halal iaitu berasaskan tumbuhan. E471 boleh dihasilkan dari 2 sumber iaitu tumbuhan atau pun haiwan. Bukan semestinya semua E471 adalah haram, perlu dikenalpasti dahulu bahan asas yang digunakan! untuk menghasilkan E471 itu terlebih dahulu. Sekiranya bahan asasnya adalah tumbuhan, E471 itu adalah halal.

Q : ASSALAMUALAIKUM... SAYA INGIN MENGETAHUI STATUS RANGKAIAN RESTORAN SECRET RECIPIE...ADAKAH SYARIKAT INI TELAH MENDAPATKAN/MEMOHON SIJIL HALAL DARI JAKIM...SETAHU SAYA RAMAI DI ANTARA PENGGUNJUNG KE RESTORAN INI TERDIRI DARIPADA MUSLIMIN/MUSLIMAT... SELAIN KEK..TERDAPAT BANYAK LAGI HIDANGAN-HIDANGAN LAIN DISEDIAKAN. SEKIAN, TERIMA KASIH

A : wslm, Syarikat secret recipe telah mendapat sijil halal dari jakim. Sekian terima kasih

Q : Adakah Jakim mengikti! raf produk-produk yang disahkan halal oleh IFANCA, USA (maklumat organisasi seperti di bawah) kerana IFANCA mendakwa ia telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf perihal halal nya produk-produk dari Amerika. Saya telah membeli produk kesihatan SUPA EPA edaran COSWAY yang disahkan halal oleh IFANCA. Pada bungkusan produk dinyatakan sumber gelatin adalah dari 'Bovine'. Saya telah cuba mencari siapakah pengendali / pihak pengurusan IFANCA untuk memastikan kelayakan mereka di dalam mengiktiraf halal nya sesuatu produk tersebut tetapi gagal. Di harap pihak Jakim dapat memberikan pandangan berhubung perkara ini. Terima kasih.

A : IFANCA adalah badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal bagi produk dari USA terutamanya daging dan produk berasaskan daging. Terdapat 2 lagi badan islam dari USA yang juga! telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal kepada produk dari US yang dieksport ke Malaysia iaitu : Halal Food Council South East Asia dari Salisbury dan Islamic Services America dari Iowa.

Q : Assalamualaikum,Saya memohon kepastian daripada pihak yang arif di JAKIM mengenai E471. Adakah ada E471 yang halal? Tidak pula pernah saya jumpa E471 yang halal sumbernya.Boleh dikatakan semua makanan keluaran London Biscuits menggunakan E471..

A: Merujuk kepada senarai pemegang sijil halal JAKIM, London Biscuit adalah tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM dan telah dipastikan oleh pegawai teknologi makanan JAKIM bahawa emulsifier (E471) yang digunakan adalah halal iaitu bahan yang berasaskan tumbuhan. Unt! uk makluman, emulsifier E471 boleh diperbuat daripada dua sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. JAKIM menerima emulsifier (E471) yang berasaskan tumbuhan sebagai halal. Manakala emulsifier yang diperbuat dari haiwan dikategorikan sebagai haram.

Q : ASSALAMUALAIKUM... Adakah kuih bulan jenama KAM LUN TAI telah dihalalkan balik?? A : Kuih bulan jenama Kam Lun Tai telah mendapat sijil halal dari JAKIM. Q : saya menyemak hotel yang disenaraikan mempunyai hidangan halal dalam laman JAKIM dan didapati tiada hotel di Langkawi dan Kedah dalam senarai tersbut. ! Mohon maklum balas.

A : Memang tidak terdapat senarai hotel di Kedah dan Langkawi di dalam Portal Halal JAKIM.Ini kerana hotel tersebut tidak memohon sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Kedah.Oleh itu saudari boleh mencadangkan supaya hotel tersebut memohon sijil halal kepada Jabatan Agama Islam Kedah.

Q : ASSALAMMUALAIKUM, BARU- BARU INI SAYA MENERIMA E-MAIL YANG MENGATAKAN PRODUK KELUARAN HIGH 5 ADALAH TIDAK HALAL UNTUK DIMAKAN. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA AMAT BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MENGESAHKAN PEKARA INI. SEKIRANYA PRODUK TESEBUT TIDAK HALAL DIMAKAN MENGAPA TERDAPAT LOGO HALAL, YANG BOLEH MENGELIRUKAN PENGGUNA.

A : W'salam Saudari yang dihormati, Produk keluaran high-5 telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan setakat ini merupakan pemegang sijil halal JAKIM yang komited. Harap maklum Q : Saya ingin meminta pengesahan JAKIM tentang status produk Ayam 5 Star yang dikeluarkan oleh Perniagaan Pertiwi, yang beralamat di Senawang N.Sembilan. Ini kerana di pembungkusannya terdapat logo HALAL dan popular di kalangan orang-orang Islam kerana rasanya, dan banyak di pasaran-pasaran hypermarket. A : w'salam Saudara yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada JAKI! M. Terima kasih atas pertanyaan anda.

Q : Adakah kabanyakan kerongsong pil-pil mengandungi bahan dari babi?

A : w'salam Saudari yang dihormati, Kerongsong pil (kapsul) ubat mungkin dibuat daripada gelatin iaitu sejenis bahan yang didapati daripada sumber haiwan sama ada lembu,khinzir atau ikan. Terdapat juga kapsul yang dibuat daripada tumbuhan yang dipanggil vegicap. Sila rujuk label ubat/pil untuk keterangan lanjut.

Q : Tuan, sepanjang saya tinggal di Batu Pahat, terdapat dua buah premis restoran yang mempamerkan logo halal di pintu kedai masing-masing. T! etapi, yang pastinya mereka menjual minuman keras. Satu daripadanya yang saya lihat ialah Restoran Grill yang terletak bersebelahan Maybank jalan Rahmat (Bukit Pasir). Apakah tiada seorang Muslim pun yang ambil kisah atau tiada yang perasan. Harap ada tindakan susulan dibuat demi menjaga umat Islam. Terima kasih. Note-premis satu lagi akan saya maklumkan nanti. Ini kerana saya pernah diajak kawan makan kat situ. Masuk aje, dah berbau masam - bau arak. Walhal kat dalam tu ada beberapa keluarga muslim sedang makan. Tak pekakah mereka tu?

A : Sebagai makluman kepada semua pengguna Muslim, JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang turut menjual minuman arak walau pun pihak restoran mendakwa makanan yang disediakan adalah halal. JAKIM mengambil kira dari segi penggunaan perkakasan di restoran-restoran terbabit did! apati terdapat percampuran penggunaan seperti pinggan mangkuk, cawan, periuk, belanga, sinki dan sebagainya dimana tiada pengasingan antara perkakasan untuk minuman/makanan halal dan tidak halal. Dinasihatkan kepada para pengguna Muslim agar tidak terpedaya dengan dakwaan bahawa makanan yang disediakan adalah halal tetapi dari segi penggunaan perkakasan adalah bercampur aduk dengan yang digunakan untuk makanan/minuman tidak halal.

Q : Assalamualaikum Saya inginkan penjelasan dr pihak JAKIM. Saya telah mencari dlm web JAKIM tapi tdk ternampak samada produk COSWAY adalah halal. Adakah produk COSWAY semuanya halal?

A : w'salam Saudari yang dihormati,! Tidak kesemua produk Cosway mendapat pengesahan halal JAKIM kerana sesetengahnya adalah barangan yang diimport dan ada juga yang sedang membuat permohonan pensijilan halal. Sila rujuk semula kepada produk dan nama pengilang untuk membuat pengesahan status halal sesuatu produk tersebut. Sekian, dimaklumkan.

CINTA ANTA DAN ANTI

"Cinta Anta dan Anti "oleh Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalilyang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".Cinta Remaja Dakwah.Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang seringdibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...Salah Faham Ukhuwwah fillahTeringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)

Peringatan ini untuk diri ana sendiri dan juga sahabat2 yg dikasihi sekalian. Semoga kita diberi kekuatan untuk menjauhi segala bentuk tipu daya syaitan. Sama-samalah muhasabah diri. Semoga Allah ampunkan segala kesilapan kita yang lalu.Amiinn..
------------------------------------------------------------------------------------------------
di sini lisa akan bagi komen cket..

Bismillah..YA ALLAh KAU TunJUKKAN JAlan YAng LURUS pada KAMI ya ALLAH..

Dalam seminggu ni lisa agak sibuk dengan class tuisyen arab yang lisa ambil.Agak kurang alert tentang isu semasa .dalam seminggu ni bermula dari tahun baru 1 Muharam ada beberapa perkara menarik yang lisa nak share.

Artikel ni menarik coz penggunaan anta dan anti.Hm maklumlah baru nak berjinak2 dgn penggunaan anta anti ni.Agak terpukul dgn kata2 dan tulisan ust maszlee ni .

Biar lisa gelarkan diri ana kerana sejak lisa belajar bahasa arab seboleh2 nya lisa nak cuba sebanyak mungkin penggunaan bahasa arab. Oops xpelah 4 the first stage anta ,ana ,anti dulu..he..he..

al-yaum jumaat yang lalu ana ditemukan oleh Allah dgn seorang ustazah kat surau pkns,alhamdulillah ustazah tu berjaya menitiskan airmata ana.Ustazah mengajar bab hari kiamat.Betapa sedihnya hati ana hanya Allah yang tahu...dalam 5 hari ana tak menangis...akhirnya berjaya juga ana menangis..malunya pada ALLAh kerana manusia terlalu banyak dosa..dan angkuh..ya Allah ana angkuh rupanya.Banyak kat neraka dari kalangan kaum wanita.....

alyaum sabt ana pergi seminar ke arah memahami paradigma ahli sunnah wal jamaah kat uia gombak.kat sini juga seorang ustaz berjaya menitiskan sekali lagi airmata ana dengan perbentangan beliau pasal sejarah Othmaniyyah.Al-Ustaz Hasrizal b.Abdul Jamil menceritakan 3 tokoh yang memperjuangkan dan mendaulatkan islam iaitu

siasah al-syeikh al-islam mustaffa sabri Efendi

Fikrah yg cuba diperjuangkan
1)Membangunkan umat Islam untuk bangkit menghapuskan segala anasir sekularisme serta pembaratan tamadun dan akhlak
2) Berpegang teguh dgn jalan ahli sunnah wa jamaah
3)Mengembalikan Khilafah Islamiyah

"Semoga Allah merahmati Sheikh al-islam mustafa sabri Efendi yang menjadikan tulang 4 keratnya sebagai tiang penahan rebah Ummah di kala musnahnya Khilafah",

Dakwah Said al-Nursi Badiuzzaman dan Pendidikan Al-Imam al-Mujaddid suleyman Hilmi .

Cuba untuk tidak memisahkan i'lmu science dengan i'lmu al-Qur'an."semoga Allah mengurniakan sebaik2 ganjaran untuk Badiuzzaman said al-Nursi yang kehidupannya dan matinya bujang,kerana telah berkahwin dengan perjuangan yang gigih dan berpanjangan.

Pendidikan al-Imam al-Mujaddid Suleyman Hilmi

Berjuang dalam bidang pendidikan.Takde anak murid.Mengajar ke 2 orang anak perempuannya sebagai platform untuk berdakwah.Moga2 i'lmu yang di turunkan pada anaknya dapat anaknya mengajarkan pada suami dan anak mereka.masa ni kerajaan Turki telah mensekularkan pendidikan sekolah.pemisahan agama dlm kehidupan terutama pendidikan sekolah.

Sedih cara strategi Suleyman hilmi ni berdakwah.

1)Anak murirnya selalu bertukar tempat dan bersembunyi dan di mana2 sahaja kawasan yang lapang dan selamat.Berbeza dgn ana di sini yang di beri dengan kemudahan dan keselesaan tempat.
2)Mereka mengambil upah bercucuk tanam pada siang hari dan malamnya menuntut i'lmu.
3)Dan akhirnya beliau menyuruh anak muridnya bila sampai satu tahap agar berpindah ke tempat lain sebagai persediaan Dakwah di kawasan tersebut."Semoga Allah merahmati insan seperti Suleyman Hilmi Tunahan yang memikul amanah mendidik anak bangsa agar sinar Islam terus bercahaya di celah2 gelombangRiddah Ataturk dan regimnya"


Ustaz seorang pelajar jadi pendekatan dia > ringkas dan mudah berbanding 3 ustaz yang lain yang membentangkan pasal salafi(guna al-Qur'an +hadith),kalaf,ash'ariyyah..agak berat .Melalui kata ustaz hasrizal la lisa dapat idea untuk bentangkan topic ni...

rupanya isu terkini,ada beberapa pihak telah membongkar kisah al-imam al-ghazalie ,tentang keburukan baginda if ana xsilap(maaf ana xdapat detailkan).bermula dari akhbar berita harian kemudian keluar dalam majalah al-islam.ustaz has memberi pandangan sebaik2nya sekarang ni kita kena membersihkan nama baik para ulama' kerana beliau takut nanti masyarakat umum yang malas untuk ambil tahu akan membuat ijtihad sendiri untuk tidak merujuk para ulama' dalam semua urusan seharian lagi kerana perkara2 sebegini. sebaik2 nya dalam keadaan yang tenat macam ni kita semua orang islam patut brkerja sama untuk membentuk masyarakat islamic bukan saling mencari kesilapan .

samalah juga dalam kes karya ustaz cinta anta dan anti ni.Artikel ni baik sebagai satu pendedahan dan supaya kita sama2 memperbaiki kesilapan kita dan berhati2 agar sentiasa berada dalam track yang betul.Penting pun artikel sebegini,manusia kan pelupa dan kena sentiasa diingatikan selalu,ditegur.Di masa yang sama carilah jalan penyelesaian bagi masalah
tersebut.sedangkan 50 peserta dari satu kem...yang pesertanya nak cakap memang xde harapan(kerana ada yg nampak je isteri dia solat sepak isteri dia,ada yg tak solat..tindik hidung,dagu)...49 peserta lepas kem trsbt menunjukkan perubahan yang +ve.apatah lagi
yang basic agama nyer telah kukuh...insyaALLAH..hanya diberi peringatan sikit je..telah dapatbetulkan kesilapan mereka.

al-yaum ahad.semalam sekali lagi seorang ustaz berjaya membuatkan lisa menangis...
menangis kerana sekarang ni betapa manusia menjual agama ,ilmu dengan duit..ana rasa agak sedih dan terkilan kerana rata2 manusia sekarang mengambil kesempatan dgn meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk sesuatu program...
ana sedih coz kerana nafsu ,manusia sanggup menjual agama.Boleh ambil manfaat dari ilmu yg di ajar tapi janganlah terlalu tinggi sehingga membebankan pihak lain.Bukan kan > baik permudahkan urusan org lain kerana ALLAh akn permudahkan urusan kita i.ALLAh.

Lisa bila dapat menguasai arab ni..lisa akan ajar free je kat org miskin..coz lisa datang dari tanah..satu hari nanti lisa akan ditanam dgn tanah...sapa lah kita manusia ni berbanding dgn ALLAH yg > luas ilmunya..Ilmu yg kamu tuntut itu juga datangnya dari ALLAh..akan di tanya nanti...oleh ALLAH..
macam mana nak jawab dgn ALLAH...dan betul ke niat kita ni ikhlas semata2 kerana ALLAh..
NAsihat ni untuk diri ana yg sentiasa bersalut dengan dosa

hari esok tak pasti lagi lisa ada di sini..
kampung asal kita kat syurga..
kampung yang abadi di akhirat sana...
ambil bekal cket je kat cini..

ana al fakir wa dhoif ilAllah

Wednesday, January 25, 2006

PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan para PENGGUNA ISLAM MALAYSIA dan RAKYAT MALAYSIA yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli Ubat Gigi COLGATE.
Kita renung antara fakta-fakta berikut:-

COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL;

Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;

COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka hingga ke hari ini;

Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand);

Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan tetapi kenapa tidak ada peruntukan kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Kos untuk mendapatkan sijil halal kurang
RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam;

Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa produk-produknya HALAL.

Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? Bush?

Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli;

Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam.

Wednesday, January 18, 2006

PUTERIKU SAYANG

Aduhai Puteriku Sayang
Lembutmu tak bererti Kau mudah di jual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan tapi Kau SAYAPKIRI pada suami yang sejati

SAYAPKIRI
Abu Hurairah radhiallah ‘anhu reported:
Messenger of Allah saw said: “Take my advice with regard to women,
Act kindly towards women,
For they were created from a rib,and the most crooked part of a rib is its uppermost.
If you attempt to straighten it,
You will break it, and if you leave it alone it will remain crooked,
So act kindly toward women.
[Al-Bukhari and Muslim]

Di sebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi
Berpegang pada janji MENGABDIKAN DIRI
Aduhai puteriku sayang

MENGABDIKAN DIRI
Chapter 51:56
Surah al-Dhariyat ayat 56
“Wamaakholaktuljin_na wal in_sa illa liya’buduun”
“Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku”
“I created the jinn and human kind only that they might workship Me”

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampaskannya
Melainkan Kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai Puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai Syurga itulah tempatnya

ana al-fakir wa dhoif iLaALLAH..

Monday, January 16, 2006

Kaum Lut as dan Bandar Yang Dilingkupkan

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam — Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. (Surah Al-Qamar: 33-36)
Nabi Lut a.s. hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s.. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kaum Nabi Lut as. Membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu liwat. Apabila Lut mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut dan juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang sungguh dahsyat.
Bandar tempat tinggal Nabi Lut a.s. disebut oleh Perjanjian Lama sebagai bandar Sodom. Bandar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dimusnahkan seperti yang tersebut di dalam Al-Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.
Sebelum kita mengkaji kesan-kesan kemusnahan tersebut, man kita sama-sama melihat mengapa kaum Nabi Lut as. telah dibalas sedemikian rupa. Al-Quran telah menerangkan bagaimana Nabi Lut memberi ingatan kepada kaumnya dan jawapan mereka terhadapnya;
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Tatkala saudara mereka — Nabi Lut, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. “Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekelian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dan kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dan badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!” Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!” Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dan orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji.” (Surah AsSyuara: 160-168)
Seruan Nabi Lut a.s. telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Beginda telah menerima kebencian daripada kaumnya hanya kerana baginda menunjukkan ke jalan yang benar. Mereka berusaha untuk menyisihkan baginda dan pengikut-pengikutnya. Di dalam ayat-ayat yang lain, kejadian ini diterangkan seperti berikut;
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pemah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dan kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dan bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” (Surah Al-A’raf: 80-82)
Nabi Lut a.s. meneruskan seruannya ke arah kebenaran yang abadi dan mengingatkan mereka secara khusus, namun, kaumnya tidak sedikitpun mengendahkan seruan tersebut dan terus-menerus menolak Nabi Lut serta amarannya.
Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu?” Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dan orang-orang yang benar.” (Surah Al-Ankabut: 28-29).
Setelah menerimajawapan seperti di atas dan kaumnya, Nabi Lut a.s. memohon pertolongan dan Allah SWT;
(Lut berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dan (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”. (Surah As-Syuara: 169)
Sebagai memakbulkan doa Nabi Lut a.s., Allah SWT telah menghantar dua malaikat yang menyerupai manusia. Sebelum bertemu dengan Nabi Lut, kedua-dua malaikat tersebut telah menziarahi Nabi Ibrahim a.s. terlebih dahulu. Kedua-dua utusan Allah SWT itu membawa berita gembira buat Nabi Ibrahim kerana isterinya akan melahirkan seorang anak. Mereka juga menerangkan tujuan mereka dihantar oleh Allah SWT. Kaum Nabi Lut yang biadab akan dimusnahkan.
Nabi Ibrahim bertanya: “(Selain dan itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka); Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dan tanah yang dibakar). Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, Untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya).” (Surah Ad-Dhariyat: 31-34)
Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, — Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan), bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan). (Surah Al-Hijr: 59-60)
Selepas meninggalkan Nabi Ibrahim a.s., kedua-dua malaikat utusan Allah SWT itu pergi bertemu Nabi Lut a.s.. Baginda agak cemas pada mulanya kerana belum pernah bertemu kedua-dua utusan ini tetapi selepas mereka berbual seketika, perasaan cemas itu pun hilang. Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “ini, adalah hari yang amat mencemaskan”? (Surah Hud: 77)
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”. Mereka menjawab: “(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya. “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya. (Surah Al-Hijr: 62-66)
Sementara itu, kaumnya telah mendapat berita bahawa Nabi Lut dikunjungi oleh tetamu. Tanpa segan silu, mereka telah datang untuk bertemu dengan tetamu-tetamu Nabi Lut seperti mana perangai mereka yang sudah-sudah. Mereka mengelilingi rumah Nabi Lut. Baginda berasa bimbang akan tetamu-tetamunya lantas berucap kepada mereka;
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. “Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghinakan daku.” (Surah Al-Hijr: 68-69)
Kaumnya menjawab;
Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dan orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?” (Surah Al-Hijr: 70)
Mengenangkan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya dan tetamu-tetamunya, Nabi Lut lantas berkata;
“Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).” (Surah Hud: 80)
“Tetamu-tetamunya” rnengingatkan Nabi Lut bahawa mereka adalah utusan Allah SWT dan berkata;
“Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” (SurahHud: 81)
Apabila kebiadaban penduduk-penduduk bandar itu sampai ke kemuncaknya, Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Lut melalui kedua-dua rnalaikat-Nya. Pada sebelah paginya, kaum Nabi Lut as. telah dimusnahkan oleh satu malapetaka yang pernah diingatkan Nabi Lut kepada mereka.
Dan demi sesungguhnya mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): “Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!” Dan demi sesungguhnya! Mereka tetah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). (Surah Al-Qamar: 37-3 8)
Ayat-ayat tersebut menerangkan kemusnahan kaum itu seperti berikut;
Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dan tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak dijalan yang tetap (dilalui orang). (Surah A1-Hijr: 73-76)
Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dan tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dan orang-orang yang zalim itu. (Surah Hud: 82-83)
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah As- Syuara: 172-175)
Apabila kaumnya dihapuskan, hanya Nabi Lut dan mereka yang beriman sahaja yang terselamat. Bilangan mereka hanyalah seramai satu “isirumah”. Isteri Nabi Lut a.s. juga tidak beriman dan telah bersama-sama dengan kemusnahan.
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dan kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dan bandar kamu mi, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dan orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah Al-A’raf: 80-84)
Justeru itu, Nabi Lut a.s. telab diselamatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan keluarganya kecuali isterinya. Perjanjian Lama mengatakan bahawa baginda dan Nabi Ibrahim a.s. telah berhijrah. Bagi orang-orang yang zalim, mereka semuanya telah dibinasakan dan bandar tempat tinggal mereka hancur ke bumi.
“Tanda-tanda yang Jelas” di dalam Tasik Nabi Lut
Ayat ke 82 Surah Hud menerangkan dengan jelasnya malapetaka yang berlaku keatas kaum Nabi Lut a.s.
Kenyataan “diterbalikkan” membayangkan bahawa wilayah itu telah dihancurkan sama sekali oleh satu gempa bumi yang hebat. Sejurus itu, Tasik Nabi Lut, tempat berlakunya bencana tersebut menjadi bukti “nyata” berlakunya peristiwa itu. Kami memetik daripada ahli arkeologi Jerman, Werner Keller seperti berikut;
“Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar.
Sebenarnya, tasik Nabi Lut atau juga dikenali sebagai Laut Mati terletak betul-betul di atas wilayah gempa bumi yang aktif atau juga dikenali sebagai zon gempa bumi.
Dasar Laut Mati terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Lembah ini terletak dalam keadaan ketegangan antara Tasik Taberiye di utara dan pertengahan Lembah Arabah di bahagian selatan. Kejadian ini diterangkan sebagai “Kami hujani mereka dengan batu dan tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” di akhir ayat itu. Semua kebarangkalian menunjukkan letupan gunung berapi berlaku di setiap tebing Tasik Nabi Lut yang mengakibatkan baru-batan meletup dan menjadi seperti “dipanggang”. (Kejadian ini juga diterangkan di dalam ayat ke 173 Surah As-Syuara; “Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan ini”).
Bersangkutan dengan perkara ini, Werner Keller telah menulis;
Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi di dalam bumi yang selama itu tidak aktif di sepanjang rekahan tersebut. Di bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.
Timbunan lava dan basalt menjadi bukti yang paling nyata bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di tempat ini. Kenyataan di dalam Al-Quran “Kami hujani mereka dengan batu dan tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” kemungkinan besar merujuk kepada letupan gunung berapi, dan Allah Maha Mengetahui. Kenyataan “Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami terbalikkan)”, yang terdapat di dalam ayat yang sama merujuk kepada gempa bumi yang menyebabkan gunung berapi meletup di atas permukaan bumi dengan kesan yang sungguh hebat menyebabkan rekahan dan menerbangkan abu, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui kebenarannya.
“Bukti nyata” yang dihidangkan oleh Tasik Nabi Lut adalah sangat menarik sekali.
Secara umumnya, kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran berlaku di Timur Tengah, di Semenanjung Arab dan Mesir. Di tengah-tengah wilayah ini terletaknya Tasik Nabi Lut. Tasik tersebut dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekelilingnya menarik minat secara geogafi. Tasik itu berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediteranean. Memandangkan tempat yang paling dalam di tasik itu ialah 400 meter, maka dasarnya ialah 800 meter dan permukaan Mediteranean. Ia adalah titik tempat yang paling dalam di dunia ini. Di tempat-tempat lain yang lebih rendah dan paras laut, yang paling dalam pun hanya 100 meter. Salah satu ciri penting Tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme boleh hidup termasuk ikan dan lumut, sebab itulah di dalam penulisan-penulisan Barat, Tasik Nabi Lut dikenali sebagai “Laut Mati”.
Mengikut anggaran, kejadian yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s. seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran berlaku di sekitar 1800 SM. Berasaskan kajian-kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik Jerman, Werner Keller telab mencatatkan bahawa bandar-bandar Sodom dan Gomorrah memang sebenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut. Pada satu masa dahulu tempat ini diduduki dengan meluasnya. Sifat struktur Tasik Nabi Lut yang paling menarik perhatian ialah kesan yang menunjukkan bagaimana satu malapetaka telah berlaku seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Di pantai Laut Mati di sebelah timur, sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan menonjol keluar ke arah air. Al-Lisan bermaksud “lidah” dalam bahasa Arab. Semenanjung ini tidak dapat dilihat dari daratan kerana ia jatuh di bawah permukaan air pada sudut yang luas, membahagikan lautan kepada dua bahagian. Di bahagian kanan, tanahnya amat curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula, airnya sentiasa cetek. Kajian bunyi yang dilontarkan ke bawah hanya merekodkan kedalaman sebanyak lima puluh hingga enam puluh kaki. Kawasan cetek ini yang melingkari semenanjung Al-Lisan hingga ke bahagian paling selatan adalah wilayah Lembah Siddim.
Werner Keller telah juga mencatatkan bahawa kawasan yang cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut. Di sinilah terletaknya pada satu masa dahulu bandar-bandar Sodom dan Gomorrah; tempat tinggal kaum Nabi Lut a.s..
Satu ketika dahulu tempat ini boleh dilintasi dengan hanya berjalan kaki. Namun hari ini, Lembah Siddim di mana terletaknya bandar-bandar Sodom dan Gomorrah dilitupi oleh permukaan rata bahagian cetek Laut Mati. Keruntuhan hebat asas bumi akibat malapetaka itu yang berlaku pada permulaan millenium kedua SM menyebabkan air masin dan bahagian utara memasuki rekahan yang baru terjadi itu sehingga penuh.
Kesan-kesan dari Tasik Nabi Lut dapat dilihat dengan jelas. Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut ke arah selatan, dan sekiranya matahari menyinari ke arah yang tepat, beliau dapat melihat sesuatu yang menakjubkan. Di satu kawasan yang agak jauh dari pantai, kelihatan dengan jelas di dasar air, garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah oleh Laut Mati yang mengandungi kandungan garam yang amat tinggi. Batang-batang pokok dan akar-akarnya yang dapat dilihat di dalam gemerlapan air yang kehijauan adalah peninggalan silam. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan subumya adalah kawasan yang paling cantik di wilayah tersebut.
Aspek mekanikal malapetaka yang menimpa kaum Nabi Lut telah didedahkan oleh para penyelidik kaji bumi. Mereka melaporkan bahawa gempa bumi yang menghancurkan kaum Nabi Lut a.s. berlaku akibat rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran), sepanjang 190 kilometer dan membentuk dasar sungai Sheri’at. Sungai ini jatuh sebanyak 180 meter. Fakta ini dan diperkuatkan dengan fakta Tasik Nabi Lut 400 meter di bawah paras laut merupakan dua bukti penting yang menjelaskan satu kejadian geologi yang hebat telah berlaku di sini.
Struktur menarik sungai Sheri’at dan Tasik Nabi Lut hanya meliputi sebahagian kecil rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan tersebut hanya diketahui baru-baru ini.
Rekahan itu berlaku bermula daripada pinggiran Gunung Taurus dan memanjang ke arah selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan hingga melampaui gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti segar gunung berapi dapat diperhatikan. Lava dan basalt hitam masih wujud di Pergunungan Galilee di Israel, wilayah dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan-kawasan sekelilingnya.
Semua kesan ini dan bukti-bukti geografi menunjukkan bahawa satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut. Werner Keller menulis;
Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar. Penenggelaman itu tehah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama ini tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan tersebut. Di bahagian afas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kehihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan hapisan basalt bertimbun timbun di atas permukaan batu kapur.
Pihak National Geographic telah membuat komen berikut pada Disember 1957; Gunung Sodom yang tidak subur menonjol keluar daripada Laut Mati. Tiada siapa pun yang pemah menemui bandar-bandar Sodom dan Gomorrah yang tehah binasa. Namun, pada sarjana mempercayai bahawa kedua-dua bandar ini terhetak di Lembah Siddim berhadapan dengan tebing-tebing ini. Kemungkinan besar, kejadian banjir yang berlaku di Laut Mati tehah menenggelamkan bandar-bandar ini sehepas berhakunya satu gempa bumi.
Bandar Pompeii Dimusnahkan dengan cara yang Sama
Al-Quran memberitahu kita bahawa tiada perubahan pada hukum-hukum Allah;
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sesungguh-sungguh sumpahnya: demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang hebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran, — Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu. (Surah Al-Faathir: 42-43)
Ya, “tiada perubahan pada hukum-hukum Allah”. Siapa sahaja yang menentang Hukum-hukum-Nya dan menentang-Nya akan menerima balasan-Nya. Pompeii ialah simbol keruntuhan Empayar Rom yang pernah terlibat dengan kegiatan seks yang melampaui batas. Kemusnahan masyarakatnya sama dengan apa yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s.
Kehancuran masyarakat di Pompeii adalah disebabkan oleh letupan gunung berapi Vesuvius. Gunung berapi Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya bandar Naples. Gunung ini sepi sepanjang dua millenium yang lepas. Ia dikenali sebagai “Gunung Amaran”. Ia dinamakan demikian bukanlah dengan cara yang tidak sengaja. Kemusnahan yang melanda Sodom dan Gomorrah sama seperti apa yang berlaku ke atas Pompeii.
Di sebelah kanan Gunung Vesuvius terletaknya bandar Naples dan di sebelah timur, bandar Pompeii. Lava dan abu dan muntahan gunung berapi yang hebat yang berlaku dua millenium yang lepas telah memerangkap penduduk di bandar tersebut. Memandangkan malapetaka itu berlaku secara tiba-tiba, semua penghuni bandar itu terperangkap ketika sedang menjalankan urusan seharian mereka dan kekal begitu sehingga hari ini, seperti mana keadaannya dua millenium yang lepas. Seolah-olah masa telah dibekukan.
Kehilangan Pompeii dan permukaan bumi ini akibat malapetaka yang hebat itu bukanlah tanpa sebarang sebab. Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa bandar itu telah menjadi pusat untuk memuaskan hawa nafsu dan perbuatan yang melampaui batas kemanusiaan. Bandar ini juga menjadi sarang pelacuran sehingga tidak dapat ditentukan jumlah rumah-rumah pelacuran yang ada. Alat-alat kelamin lelaki dengan saiznya yang sebenar bergantungan di pintu-pintu rumah pelacuran tersebut. Masyarakat mereka mengikuti tradisi yang berasal daripada kepercayaan Mithra yang mengatakan bahawa alat-alat kelamin dan perlakuan persetubuhan tidak sepatutnya terlindung tetapi rnestilah dilakukan di tempat yang terbuka.
Tetapi, lava dan Vesuvius telah menyapu bersih keseluruhan Bandar itu dan memadamkannya dari peta dalam hanya satu ketika. Yang menariknya, tidak ada satu jiwa pun yang terselamat. Seolah-olah mereka semua tidak sedar bahawa satu bencana alam yang hebat berlaku. Mereka seperti telah dipukau. Satu keluarga yang sedang menikmati juadah telah menjadi batu dengan sekelip mata. Banyak pasangan yang sedang melakukan aktiviti seksual ditemui menjadi batu. Bersama-sama mereka turut ditemui pasangan-pasangan yang sejenis dan pasangan-pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Wajah sebahagian daripada mereka yang menjadi batu kekal seperti keadaan asalnya. Daripada air muka mereka, jelas kelihatan kesakitan yang ditanggung.
Di sinilah terletaknya aspek bencana yang paling sukar difahami. Bagaimanakah boleh terjadi ribuan manusia hanya membiarkan saat-saat kematian tanpa terdengar atau terlihat sesuatu?
Kejadian ini menunjukkan kepupusan Pompeii adalah sama dengan kejadian-kejadian yang disebut di dalam Al-Quran yang menunjukkan “kehancuran tiba-tiba” apabila menerangkan kejadian-kejadian seperti ini. Sebagai contoh, “penghuni-penghuni bandar” yang dijelaskan di dalam Surah Yaasin semuanya mati secara tiba-tiba. Keadaan ini diterangkan seperti berikut di dalam ayat ke 29 surah tersebut;
Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati. Ayat ke 31 Surah Al-Qamar sekali lagi menyebut “kehancuran tiba-tiba” apabila menggariskan kemusnahan yang berlaku ke atas kaum Thamud;
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur.
Seperti kejadian-kejadian yang diterangkan di dalam ayat-ayat Allah di atas, masayarakat Pompeii juga mengalami kehancuran yang tiba-tiba.
Di sebalik semua ini, Pompeii tidak mengalami banyak perubahan. Di daerah Naples, kegiatan-kegiatan untuk melepaskan hawa nafsu masih berterusan seperti mana keadaannya di Pompeii. Kepulauan Capri kini menjadi pusat bagi homoseksual dan berbogel. Di dalam usaha galakan pelancongan, Kepulauan Capri diiklankan sebagai “syurga homoseksual”. Kini, bukan sahaja di Capri atau di Itali, tetapi di serata dunia, kemerosotan moral sedang berlaku di kalangan penduduk yang tidak sedikit pun mengambil pengajaran daripada pengalaman-pengalaman kaum yang terdahulu.