Wednesday, January 25, 2006

PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan para PENGGUNA ISLAM MALAYSIA dan RAKYAT MALAYSIA yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli Ubat Gigi COLGATE.
Kita renung antara fakta-fakta berikut:-

COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL;

Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;

COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka hingga ke hari ini;

Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand);

Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan tetapi kenapa tidak ada peruntukan kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Kos untuk mendapatkan sijil halal kurang
RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam;

Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa produk-produknya HALAL.

Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? Bush?

Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli;

Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam.

Wednesday, January 18, 2006

PUTERIKU SAYANG

Aduhai Puteriku Sayang
Lembutmu tak bererti Kau mudah di jual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan tapi Kau SAYAPKIRI pada suami yang sejati

SAYAPKIRI
Abu Hurairah radhiallah ‘anhu reported:
Messenger of Allah saw said: “Take my advice with regard to women,
Act kindly towards women,
For they were created from a rib,and the most crooked part of a rib is its uppermost.
If you attempt to straighten it,
You will break it, and if you leave it alone it will remain crooked,
So act kindly toward women.
[Al-Bukhari and Muslim]

Di sebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi
Berpegang pada janji MENGABDIKAN DIRI
Aduhai puteriku sayang

MENGABDIKAN DIRI
Chapter 51:56
Surah al-Dhariyat ayat 56
“Wamaakholaktuljin_na wal in_sa illa liya’buduun”
“Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku”
“I created the jinn and human kind only that they might workship Me”

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampaskannya
Melainkan Kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai Puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai Syurga itulah tempatnya

ana al-fakir wa dhoif iLaALLAH..

Monday, January 16, 2006

Kaum Lut as dan Bandar Yang Dilingkupkan

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam — Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. (Surah Al-Qamar: 33-36)
Nabi Lut a.s. hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s.. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kaum Nabi Lut as. Membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu liwat. Apabila Lut mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut dan juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang sungguh dahsyat.
Bandar tempat tinggal Nabi Lut a.s. disebut oleh Perjanjian Lama sebagai bandar Sodom. Bandar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dimusnahkan seperti yang tersebut di dalam Al-Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.
Sebelum kita mengkaji kesan-kesan kemusnahan tersebut, man kita sama-sama melihat mengapa kaum Nabi Lut as. telah dibalas sedemikian rupa. Al-Quran telah menerangkan bagaimana Nabi Lut memberi ingatan kepada kaumnya dan jawapan mereka terhadapnya;
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Tatkala saudara mereka — Nabi Lut, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. “Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekelian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dan kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dan badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!” Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!” Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dan orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji.” (Surah AsSyuara: 160-168)
Seruan Nabi Lut a.s. telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Beginda telah menerima kebencian daripada kaumnya hanya kerana baginda menunjukkan ke jalan yang benar. Mereka berusaha untuk menyisihkan baginda dan pengikut-pengikutnya. Di dalam ayat-ayat yang lain, kejadian ini diterangkan seperti berikut;
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pemah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dan kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dan bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” (Surah Al-A’raf: 80-82)
Nabi Lut a.s. meneruskan seruannya ke arah kebenaran yang abadi dan mengingatkan mereka secara khusus, namun, kaumnya tidak sedikitpun mengendahkan seruan tersebut dan terus-menerus menolak Nabi Lut serta amarannya.
Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu?” Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dan orang-orang yang benar.” (Surah Al-Ankabut: 28-29).
Setelah menerimajawapan seperti di atas dan kaumnya, Nabi Lut a.s. memohon pertolongan dan Allah SWT;
(Lut berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dan (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”. (Surah As-Syuara: 169)
Sebagai memakbulkan doa Nabi Lut a.s., Allah SWT telah menghantar dua malaikat yang menyerupai manusia. Sebelum bertemu dengan Nabi Lut, kedua-dua malaikat tersebut telah menziarahi Nabi Ibrahim a.s. terlebih dahulu. Kedua-dua utusan Allah SWT itu membawa berita gembira buat Nabi Ibrahim kerana isterinya akan melahirkan seorang anak. Mereka juga menerangkan tujuan mereka dihantar oleh Allah SWT. Kaum Nabi Lut yang biadab akan dimusnahkan.
Nabi Ibrahim bertanya: “(Selain dan itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka); Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dan tanah yang dibakar). Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, Untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya).” (Surah Ad-Dhariyat: 31-34)
Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, — Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan), bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan). (Surah Al-Hijr: 59-60)
Selepas meninggalkan Nabi Ibrahim a.s., kedua-dua malaikat utusan Allah SWT itu pergi bertemu Nabi Lut a.s.. Baginda agak cemas pada mulanya kerana belum pernah bertemu kedua-dua utusan ini tetapi selepas mereka berbual seketika, perasaan cemas itu pun hilang. Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “ini, adalah hari yang amat mencemaskan”? (Surah Hud: 77)
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”. Mereka menjawab: “(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya. “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya. (Surah Al-Hijr: 62-66)
Sementara itu, kaumnya telah mendapat berita bahawa Nabi Lut dikunjungi oleh tetamu. Tanpa segan silu, mereka telah datang untuk bertemu dengan tetamu-tetamu Nabi Lut seperti mana perangai mereka yang sudah-sudah. Mereka mengelilingi rumah Nabi Lut. Baginda berasa bimbang akan tetamu-tetamunya lantas berucap kepada mereka;
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. “Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghinakan daku.” (Surah Al-Hijr: 68-69)
Kaumnya menjawab;
Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dan orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?” (Surah Al-Hijr: 70)
Mengenangkan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya dan tetamu-tetamunya, Nabi Lut lantas berkata;
“Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).” (Surah Hud: 80)
“Tetamu-tetamunya” rnengingatkan Nabi Lut bahawa mereka adalah utusan Allah SWT dan berkata;
“Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” (SurahHud: 81)
Apabila kebiadaban penduduk-penduduk bandar itu sampai ke kemuncaknya, Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Lut melalui kedua-dua rnalaikat-Nya. Pada sebelah paginya, kaum Nabi Lut as. telah dimusnahkan oleh satu malapetaka yang pernah diingatkan Nabi Lut kepada mereka.
Dan demi sesungguhnya mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): “Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!” Dan demi sesungguhnya! Mereka tetah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). (Surah Al-Qamar: 37-3 8)
Ayat-ayat tersebut menerangkan kemusnahan kaum itu seperti berikut;
Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dan tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak dijalan yang tetap (dilalui orang). (Surah A1-Hijr: 73-76)
Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dan tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dan orang-orang yang zalim itu. (Surah Hud: 82-83)
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah As- Syuara: 172-175)
Apabila kaumnya dihapuskan, hanya Nabi Lut dan mereka yang beriman sahaja yang terselamat. Bilangan mereka hanyalah seramai satu “isirumah”. Isteri Nabi Lut a.s. juga tidak beriman dan telah bersama-sama dengan kemusnahan.
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dan kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dan bandar kamu mi, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dan orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah Al-A’raf: 80-84)
Justeru itu, Nabi Lut a.s. telab diselamatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan keluarganya kecuali isterinya. Perjanjian Lama mengatakan bahawa baginda dan Nabi Ibrahim a.s. telah berhijrah. Bagi orang-orang yang zalim, mereka semuanya telah dibinasakan dan bandar tempat tinggal mereka hancur ke bumi.
“Tanda-tanda yang Jelas” di dalam Tasik Nabi Lut
Ayat ke 82 Surah Hud menerangkan dengan jelasnya malapetaka yang berlaku keatas kaum Nabi Lut a.s.
Kenyataan “diterbalikkan” membayangkan bahawa wilayah itu telah dihancurkan sama sekali oleh satu gempa bumi yang hebat. Sejurus itu, Tasik Nabi Lut, tempat berlakunya bencana tersebut menjadi bukti “nyata” berlakunya peristiwa itu. Kami memetik daripada ahli arkeologi Jerman, Werner Keller seperti berikut;
“Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar.
Sebenarnya, tasik Nabi Lut atau juga dikenali sebagai Laut Mati terletak betul-betul di atas wilayah gempa bumi yang aktif atau juga dikenali sebagai zon gempa bumi.
Dasar Laut Mati terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Lembah ini terletak dalam keadaan ketegangan antara Tasik Taberiye di utara dan pertengahan Lembah Arabah di bahagian selatan. Kejadian ini diterangkan sebagai “Kami hujani mereka dengan batu dan tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” di akhir ayat itu. Semua kebarangkalian menunjukkan letupan gunung berapi berlaku di setiap tebing Tasik Nabi Lut yang mengakibatkan baru-batan meletup dan menjadi seperti “dipanggang”. (Kejadian ini juga diterangkan di dalam ayat ke 173 Surah As-Syuara; “Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan ini”).
Bersangkutan dengan perkara ini, Werner Keller telah menulis;
Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi di dalam bumi yang selama itu tidak aktif di sepanjang rekahan tersebut. Di bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.
Timbunan lava dan basalt menjadi bukti yang paling nyata bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di tempat ini. Kenyataan di dalam Al-Quran “Kami hujani mereka dengan batu dan tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” kemungkinan besar merujuk kepada letupan gunung berapi, dan Allah Maha Mengetahui. Kenyataan “Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami terbalikkan)”, yang terdapat di dalam ayat yang sama merujuk kepada gempa bumi yang menyebabkan gunung berapi meletup di atas permukaan bumi dengan kesan yang sungguh hebat menyebabkan rekahan dan menerbangkan abu, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui kebenarannya.
“Bukti nyata” yang dihidangkan oleh Tasik Nabi Lut adalah sangat menarik sekali.
Secara umumnya, kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran berlaku di Timur Tengah, di Semenanjung Arab dan Mesir. Di tengah-tengah wilayah ini terletaknya Tasik Nabi Lut. Tasik tersebut dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekelilingnya menarik minat secara geogafi. Tasik itu berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediteranean. Memandangkan tempat yang paling dalam di tasik itu ialah 400 meter, maka dasarnya ialah 800 meter dan permukaan Mediteranean. Ia adalah titik tempat yang paling dalam di dunia ini. Di tempat-tempat lain yang lebih rendah dan paras laut, yang paling dalam pun hanya 100 meter. Salah satu ciri penting Tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme boleh hidup termasuk ikan dan lumut, sebab itulah di dalam penulisan-penulisan Barat, Tasik Nabi Lut dikenali sebagai “Laut Mati”.
Mengikut anggaran, kejadian yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s. seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran berlaku di sekitar 1800 SM. Berasaskan kajian-kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik Jerman, Werner Keller telab mencatatkan bahawa bandar-bandar Sodom dan Gomorrah memang sebenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut. Pada satu masa dahulu tempat ini diduduki dengan meluasnya. Sifat struktur Tasik Nabi Lut yang paling menarik perhatian ialah kesan yang menunjukkan bagaimana satu malapetaka telah berlaku seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Di pantai Laut Mati di sebelah timur, sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan menonjol keluar ke arah air. Al-Lisan bermaksud “lidah” dalam bahasa Arab. Semenanjung ini tidak dapat dilihat dari daratan kerana ia jatuh di bawah permukaan air pada sudut yang luas, membahagikan lautan kepada dua bahagian. Di bahagian kanan, tanahnya amat curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula, airnya sentiasa cetek. Kajian bunyi yang dilontarkan ke bawah hanya merekodkan kedalaman sebanyak lima puluh hingga enam puluh kaki. Kawasan cetek ini yang melingkari semenanjung Al-Lisan hingga ke bahagian paling selatan adalah wilayah Lembah Siddim.
Werner Keller telah juga mencatatkan bahawa kawasan yang cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut. Di sinilah terletaknya pada satu masa dahulu bandar-bandar Sodom dan Gomorrah; tempat tinggal kaum Nabi Lut a.s..
Satu ketika dahulu tempat ini boleh dilintasi dengan hanya berjalan kaki. Namun hari ini, Lembah Siddim di mana terletaknya bandar-bandar Sodom dan Gomorrah dilitupi oleh permukaan rata bahagian cetek Laut Mati. Keruntuhan hebat asas bumi akibat malapetaka itu yang berlaku pada permulaan millenium kedua SM menyebabkan air masin dan bahagian utara memasuki rekahan yang baru terjadi itu sehingga penuh.
Kesan-kesan dari Tasik Nabi Lut dapat dilihat dengan jelas. Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut ke arah selatan, dan sekiranya matahari menyinari ke arah yang tepat, beliau dapat melihat sesuatu yang menakjubkan. Di satu kawasan yang agak jauh dari pantai, kelihatan dengan jelas di dasar air, garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah oleh Laut Mati yang mengandungi kandungan garam yang amat tinggi. Batang-batang pokok dan akar-akarnya yang dapat dilihat di dalam gemerlapan air yang kehijauan adalah peninggalan silam. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan subumya adalah kawasan yang paling cantik di wilayah tersebut.
Aspek mekanikal malapetaka yang menimpa kaum Nabi Lut telah didedahkan oleh para penyelidik kaji bumi. Mereka melaporkan bahawa gempa bumi yang menghancurkan kaum Nabi Lut a.s. berlaku akibat rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran), sepanjang 190 kilometer dan membentuk dasar sungai Sheri’at. Sungai ini jatuh sebanyak 180 meter. Fakta ini dan diperkuatkan dengan fakta Tasik Nabi Lut 400 meter di bawah paras laut merupakan dua bukti penting yang menjelaskan satu kejadian geologi yang hebat telah berlaku di sini.
Struktur menarik sungai Sheri’at dan Tasik Nabi Lut hanya meliputi sebahagian kecil rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan tersebut hanya diketahui baru-baru ini.
Rekahan itu berlaku bermula daripada pinggiran Gunung Taurus dan memanjang ke arah selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan hingga melampaui gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti segar gunung berapi dapat diperhatikan. Lava dan basalt hitam masih wujud di Pergunungan Galilee di Israel, wilayah dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan-kawasan sekelilingnya.
Semua kesan ini dan bukti-bukti geografi menunjukkan bahawa satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut. Werner Keller menulis;
Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar. Penenggelaman itu tehah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama ini tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan tersebut. Di bahagian afas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kehihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan hapisan basalt bertimbun timbun di atas permukaan batu kapur.
Pihak National Geographic telah membuat komen berikut pada Disember 1957; Gunung Sodom yang tidak subur menonjol keluar daripada Laut Mati. Tiada siapa pun yang pemah menemui bandar-bandar Sodom dan Gomorrah yang tehah binasa. Namun, pada sarjana mempercayai bahawa kedua-dua bandar ini terhetak di Lembah Siddim berhadapan dengan tebing-tebing ini. Kemungkinan besar, kejadian banjir yang berlaku di Laut Mati tehah menenggelamkan bandar-bandar ini sehepas berhakunya satu gempa bumi.
Bandar Pompeii Dimusnahkan dengan cara yang Sama
Al-Quran memberitahu kita bahawa tiada perubahan pada hukum-hukum Allah;
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sesungguh-sungguh sumpahnya: demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang hebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran, — Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu. (Surah Al-Faathir: 42-43)
Ya, “tiada perubahan pada hukum-hukum Allah”. Siapa sahaja yang menentang Hukum-hukum-Nya dan menentang-Nya akan menerima balasan-Nya. Pompeii ialah simbol keruntuhan Empayar Rom yang pernah terlibat dengan kegiatan seks yang melampaui batas. Kemusnahan masyarakatnya sama dengan apa yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s.
Kehancuran masyarakat di Pompeii adalah disebabkan oleh letupan gunung berapi Vesuvius. Gunung berapi Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya bandar Naples. Gunung ini sepi sepanjang dua millenium yang lepas. Ia dikenali sebagai “Gunung Amaran”. Ia dinamakan demikian bukanlah dengan cara yang tidak sengaja. Kemusnahan yang melanda Sodom dan Gomorrah sama seperti apa yang berlaku ke atas Pompeii.
Di sebelah kanan Gunung Vesuvius terletaknya bandar Naples dan di sebelah timur, bandar Pompeii. Lava dan abu dan muntahan gunung berapi yang hebat yang berlaku dua millenium yang lepas telah memerangkap penduduk di bandar tersebut. Memandangkan malapetaka itu berlaku secara tiba-tiba, semua penghuni bandar itu terperangkap ketika sedang menjalankan urusan seharian mereka dan kekal begitu sehingga hari ini, seperti mana keadaannya dua millenium yang lepas. Seolah-olah masa telah dibekukan.
Kehilangan Pompeii dan permukaan bumi ini akibat malapetaka yang hebat itu bukanlah tanpa sebarang sebab. Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa bandar itu telah menjadi pusat untuk memuaskan hawa nafsu dan perbuatan yang melampaui batas kemanusiaan. Bandar ini juga menjadi sarang pelacuran sehingga tidak dapat ditentukan jumlah rumah-rumah pelacuran yang ada. Alat-alat kelamin lelaki dengan saiznya yang sebenar bergantungan di pintu-pintu rumah pelacuran tersebut. Masyarakat mereka mengikuti tradisi yang berasal daripada kepercayaan Mithra yang mengatakan bahawa alat-alat kelamin dan perlakuan persetubuhan tidak sepatutnya terlindung tetapi rnestilah dilakukan di tempat yang terbuka.
Tetapi, lava dan Vesuvius telah menyapu bersih keseluruhan Bandar itu dan memadamkannya dari peta dalam hanya satu ketika. Yang menariknya, tidak ada satu jiwa pun yang terselamat. Seolah-olah mereka semua tidak sedar bahawa satu bencana alam yang hebat berlaku. Mereka seperti telah dipukau. Satu keluarga yang sedang menikmati juadah telah menjadi batu dengan sekelip mata. Banyak pasangan yang sedang melakukan aktiviti seksual ditemui menjadi batu. Bersama-sama mereka turut ditemui pasangan-pasangan yang sejenis dan pasangan-pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Wajah sebahagian daripada mereka yang menjadi batu kekal seperti keadaan asalnya. Daripada air muka mereka, jelas kelihatan kesakitan yang ditanggung.
Di sinilah terletaknya aspek bencana yang paling sukar difahami. Bagaimanakah boleh terjadi ribuan manusia hanya membiarkan saat-saat kematian tanpa terdengar atau terlihat sesuatu?
Kejadian ini menunjukkan kepupusan Pompeii adalah sama dengan kejadian-kejadian yang disebut di dalam Al-Quran yang menunjukkan “kehancuran tiba-tiba” apabila menerangkan kejadian-kejadian seperti ini. Sebagai contoh, “penghuni-penghuni bandar” yang dijelaskan di dalam Surah Yaasin semuanya mati secara tiba-tiba. Keadaan ini diterangkan seperti berikut di dalam ayat ke 29 surah tersebut;
Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati. Ayat ke 31 Surah Al-Qamar sekali lagi menyebut “kehancuran tiba-tiba” apabila menggariskan kemusnahan yang berlaku ke atas kaum Thamud;
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur.
Seperti kejadian-kejadian yang diterangkan di dalam ayat-ayat Allah di atas, masayarakat Pompeii juga mengalami kehancuran yang tiba-tiba.
Di sebalik semua ini, Pompeii tidak mengalami banyak perubahan. Di daerah Naples, kegiatan-kegiatan untuk melepaskan hawa nafsu masih berterusan seperti mana keadaannya di Pompeii. Kepulauan Capri kini menjadi pusat bagi homoseksual dan berbogel. Di dalam usaha galakan pelancongan, Kepulauan Capri diiklankan sebagai “syurga homoseksual”. Kini, bukan sahaja di Capri atau di Itali, tetapi di serata dunia, kemerosotan moral sedang berlaku di kalangan penduduk yang tidak sedikit pun mengambil pengajaran daripada pengalaman-pengalaman kaum yang terdahulu.

Eid Adha


Gambar ni masa hari raya adha

10/1/2006

ni rumah ana...

rumah kita pondok buruk kecik je..

jemputlah datang ke rumah.

dari kiri.

Ng Khai Siong , Aina Farhana Leong , ana _lisa,Muzakir Al-Bukhari,Muhammad Soleh,Juliza,Rabi'atul Nur 'Ain

Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai talileher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkanundang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal tartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. Kematian Kamal Atartuk Yang MenyeksakanDi saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Olehkerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehinggaseluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan,mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam danakhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuanbeliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidakmenerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagitak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat." Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Wassalam...

Thursday, January 05, 2006

About Me?

Dear Lisa

Hi,I really like you
when i'm with you,
You always have a smile
on your face..
so it makes me happy,too..
i won't forget you forever.
Thank you for your bag.
I'm sure it remains me
of you a lot..
see u again..

Emi,Japan.
23/12/2005.

Abu darr radiallahu a'nhu reported: Messenger of Allah said,
"Do not disdain a good deed (no matter how small it may seem)
even if it is your meeting with your (Muslim) brother with a cheerful face"
[Muslim]

Sabda rasuluallah salallahu a’laihiwasalam
“ Kalau kamu nak saling cinta mencintai salinglah tukar hadiah”
HadithSahih
Riwayat al-Bukhari dalam adabul mufrad,dari abu Hurairah

-------------------------------------------

Tq sebab bagi i sokongan
tapi u memang kepala otak maths!
Belajar laju walau hari pertama
i yakin next class u boleh bersyarah dalam bahasa Arab!

xifu
------------------------------------------

ok.Tq Syabas ur r very conscientious muslimah

xifu
-----------------------------------------

Assalam..Terima kasih pada kak lisa n family..

aina
-----------------------------------------

Thanks datanglah bilik 3202 Blok teratai3.Terima kasih kak lisa.Kak lisa kakak yang sangat baik.Thanks juga faham faizah.di kala faizah perlukan cahaya
kak lisa sentiasa hadir memberikannya..

Faizah
----------------------------------------

Wa'alaikumsalam.Tq akak rasa sebak dengar lisa mengaji.Merdu.teruskan perjuangan.

Kak Lela
----------------------------------------

Ayu tetiba rindu kat kak lisa mungkin dok ulangkaji bahasa Arab so teringat akak.Bila nak jumpa lagi ni?..Hu..hu..

Fathim
---------------------------------------

Mesti sahabat2 pelik kan?kenapa post ana kali ni ana tuliskan semula kata2 yang pernah ana dapat.Ana dapati manusia boleh berjaya apabila ia dapat dirangsang dengan kata2 pujian.Dengan kata2 yang indah dan berbentuk perangsang seseorang dapat mengubah keseluruhan cara hidup dia untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.Apa yang orang lain katakan pada kita itu merupakan tanggapan mereka terhadap kita.Jadi menjadi satu tanggungjawab kita untuk kekalkan kepercayaan orang pada kita.Bagi lisa ucapan terima kasih,penghargaan membantu 30% selain usaha dan persekitaran untuk berjaya. I'm very appreciate that.syukran.Sebenarnya malaysian people "bad" dalam kata2 perangsang ni.eg.Jarang kita puji pasangan kita..selalunya kita tak zahirkan kasih sayang kita...hm..cuba fikir macam mana dia nak tahu if kita tak lafazkan kata2sayang kat dia..
macam amal ma'ruf nahi mungkar..selemah22 iman kita tak meredhoi perbuatan maksiat tu..tapi..kita jerit2 je kat dalam hati...macam mana org tu nak tahu kesalahan dia kan?so..kena lafazkan..dgn berhikmah...

Ana tertarik dengan ceta sahabat ana ni,class dia dulu pernah ada satu slot kritik ahli-ahli dalam kelas.menarik coz masing2 akan cuba defend diri dan akhirnya sedikit sebanyak dapat buka minda pasal keperibadian masing2.xde lah kita ni syok sendiri ...he..he..normal la no body perfect but we try to be perfect.coz kesempurnaan hak mutlak milik ALLAH.

"Believing is seeing!"

ana al-fakir wa dhoif ilaAllah..

Wednesday, January 04, 2006

Hadith

Assalamua'laikumwbt

Tiap2 perkataan anak Adam adalah bencana atasnya tidak baginya (tiada manfaat baginya) kecuali menyuruh dengan kebaikan dan menegah dengan kejahatan dan ingat kepada ALLAH azzawajalla.

Hadith ni diriwayatkan oleh Tirmizi,Ibn Majah,Hakim dan Baihaqi
Ianya HASAN sebagaimana yang dikatakan Tirmizi kerana ada perawi yang salih.makna sesuai dengan

surah an-nisa':114

"Tidaklah ada kebaikan pada kebanyakan dari bisik2 mereka itu kecuali orang yang menyuruh dengan shadaqah@ perbuatan yang patut @ mendamaikan di antara manusia.Dan barangsiapa yang berbuat demikian itu,kerana menginginkan keredhaan Allah,maka sesungguhnya Dia akan memberikannya kelak pahala yang besar"

"There is no good in most of their secret talks,But (secrecy is allowed),if one thinks of a deed of charity or of justice,or of bringing men together to (the person) who does.This for the good pleasure of Allah,we shall soon give him a reward of the highest (value)"

Dari Tafsir al-Azhar.Jilid 2.Prof Dr Hamka
Untuk mencelakakan Yahudi Zaid bin Sumair,Thu'mah dan kawan2nya telah mengadakan pertemuan yang dirahsiakan,secara berbisik2.Maka diperingatkan bahawa berbisik itu banyak yang tidak baik akibatnya.
Ini kerana dengan berbisik
1.org munafik boleh termasuk menfitnah org
2.menyampaikan khabar bohong
3.rosakkan keamanan

3 perkara je yg dibenarkan untuk berbisik
1.mengeluarkan sedekah
2.perbuatan yg patut(ma'ruf)
3.mendamaikan manusia