(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam — Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. (Surah Al-Qamar: 33-36)
Nabi Lut a.s. hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s.. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kaum Nabi Lut as. Membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu liwat. Apabila Lut mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut dan juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang sungguh dahsyat.
Bandar tempat tinggal Nabi Lut a.s. disebut oleh Perjanjian Lama sebagai bandar Sodom. Bandar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dimusnahkan seperti yang tersebut di dalam Al-Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.
Sebelum kita mengkaji kesan-kesan kemusnahan tersebut, man kita sama-sama melihat mengapa kaum Nabi Lut as. telah dibalas sedemikian rupa. Al-Quran telah menerangkan bagaimana Nabi Lut memberi ingatan kepada kaumnya dan jawapan mereka terhadapnya;
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Tatkala saudara mereka — Nabi Lut, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. “Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekelian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dan kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dan badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!” Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!” Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dan orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji.” (Surah AsSyuara: 160-168)
Seruan Nabi Lut a.s. telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Beginda telah menerima kebencian daripada kaumnya hanya kerana baginda menunjukkan ke jalan yang benar. Mereka berusaha untuk menyisihkan baginda dan pengikut-pengikutnya. Di dalam ayat-ayat yang lain, kejadian ini diterangkan seperti berikut;
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pemah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dan kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dan bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” (Surah Al-A’raf: 80-82)
Nabi Lut a.s. meneruskan seruannya ke arah kebenaran yang abadi dan mengingatkan mereka secara khusus, namun, kaumnya tidak sedikitpun mengendahkan seruan tersebut dan terus-menerus menolak Nabi Lut serta amarannya.
Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu?” Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dan orang-orang yang benar.” (Surah Al-Ankabut: 28-29).
Setelah menerimajawapan seperti di atas dan kaumnya, Nabi Lut a.s. memohon pertolongan dan Allah SWT;
(Lut berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dan (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”. (Surah As-Syuara: 169)
Sebagai memakbulkan doa Nabi Lut a.s., Allah SWT telah menghantar dua malaikat yang menyerupai manusia. Sebelum bertemu dengan Nabi Lut, kedua-dua malaikat tersebut telah menziarahi Nabi Ibrahim a.s. terlebih dahulu. Kedua-dua utusan Allah SWT itu membawa berita gembira buat Nabi Ibrahim kerana isterinya akan melahirkan seorang anak. Mereka juga menerangkan tujuan mereka dihantar oleh Allah SWT. Kaum Nabi Lut yang biadab akan dimusnahkan.
Nabi Ibrahim bertanya: “(Selain dan itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka); Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dan tanah yang dibakar). Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, Untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya).” (Surah Ad-Dhariyat: 31-34)
Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, — Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan), bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan). (Surah Al-Hijr: 59-60)
Selepas meninggalkan Nabi Ibrahim a.s., kedua-dua malaikat utusan Allah SWT itu pergi bertemu Nabi Lut a.s.. Baginda agak cemas pada mulanya kerana belum pernah bertemu kedua-dua utusan ini tetapi selepas mereka berbual seketika, perasaan cemas itu pun hilang. Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “ini, adalah hari yang amat mencemaskan”? (Surah Hud: 77)
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”. Mereka menjawab: “(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya. “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya. (Surah Al-Hijr: 62-66)
Sementara itu, kaumnya telah mendapat berita bahawa Nabi Lut dikunjungi oleh tetamu. Tanpa segan silu, mereka telah datang untuk bertemu dengan tetamu-tetamu Nabi Lut seperti mana perangai mereka yang sudah-sudah. Mereka mengelilingi rumah Nabi Lut. Baginda berasa bimbang akan tetamu-tetamunya lantas berucap kepada mereka;
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. “Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghinakan daku.” (Surah Al-Hijr: 68-69)
Kaumnya menjawab;
Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dan orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?” (Surah Al-Hijr: 70)
Mengenangkan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya dan tetamu-tetamunya, Nabi Lut lantas berkata;
“Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).” (Surah Hud: 80)
“Tetamu-tetamunya” rnengingatkan Nabi Lut bahawa mereka adalah utusan Allah SWT dan berkata;
“Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” (SurahHud: 81)
Apabila kebiadaban penduduk-penduduk bandar itu sampai ke kemuncaknya, Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Lut melalui kedua-dua rnalaikat-Nya. Pada sebelah paginya, kaum Nabi Lut as. telah dimusnahkan oleh satu malapetaka yang pernah diingatkan Nabi Lut kepada mereka.
Dan demi sesungguhnya mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): “Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!” Dan demi sesungguhnya! Mereka tetah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). (Surah Al-Qamar: 37-3 8)
Ayat-ayat tersebut menerangkan kemusnahan kaum itu seperti berikut;
Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dan tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak dijalan yang tetap (dilalui orang). (Surah A1-Hijr: 73-76)
Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dan tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dan orang-orang yang zalim itu. (Surah Hud: 82-83)
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah As- Syuara: 172-175)
Apabila kaumnya dihapuskan, hanya Nabi Lut dan mereka yang beriman sahaja yang terselamat. Bilangan mereka hanyalah seramai satu “isirumah”. Isteri Nabi Lut a.s. juga tidak beriman dan telah bersama-sama dengan kemusnahan.
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dan penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dan kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dan bandar kamu mi, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dan orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah Al-A’raf: 80-84)
Justeru itu, Nabi Lut a.s. telab diselamatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan keluarganya kecuali isterinya. Perjanjian Lama mengatakan bahawa baginda dan Nabi Ibrahim a.s. telah berhijrah. Bagi orang-orang yang zalim, mereka semuanya telah dibinasakan dan bandar tempat tinggal mereka hancur ke bumi.
“Tanda-tanda yang Jelas” di dalam Tasik Nabi Lut
Ayat ke 82 Surah Hud menerangkan dengan jelasnya malapetaka yang berlaku keatas kaum Nabi Lut a.s.
Kenyataan “diterbalikkan” membayangkan bahawa wilayah itu telah dihancurkan sama sekali oleh satu gempa bumi yang hebat. Sejurus itu, Tasik Nabi Lut, tempat berlakunya bencana tersebut menjadi bukti “nyata” berlakunya peristiwa itu. Kami memetik daripada ahli arkeologi Jerman, Werner Keller seperti berikut;
“Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar.
Sebenarnya, tasik Nabi Lut atau juga dikenali sebagai Laut Mati terletak betul-betul di atas wilayah gempa bumi yang aktif atau juga dikenali sebagai zon gempa bumi.
Dasar Laut Mati terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Lembah ini terletak dalam keadaan ketegangan antara Tasik Taberiye di utara dan pertengahan Lembah Arabah di bahagian selatan. Kejadian ini diterangkan sebagai “Kami hujani mereka dengan batu dan tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” di akhir ayat itu. Semua kebarangkalian menunjukkan letupan gunung berapi berlaku di setiap tebing Tasik Nabi Lut yang mengakibatkan baru-batan meletup dan menjadi seperti “dipanggang”. (Kejadian ini juga diterangkan di dalam ayat ke 173 Surah As-Syuara; “Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan ini”).
Bersangkutan dengan perkara ini, Werner Keller telah menulis;
Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi di dalam bumi yang selama itu tidak aktif di sepanjang rekahan tersebut. Di bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.
Timbunan lava dan basalt menjadi bukti yang paling nyata bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di tempat ini. Kenyataan di dalam Al-Quran “Kami hujani mereka dengan batu dan tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” kemungkinan besar merujuk kepada letupan gunung berapi, dan Allah Maha Mengetahui. Kenyataan “Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami terbalikkan)”, yang terdapat di dalam ayat yang sama merujuk kepada gempa bumi yang menyebabkan gunung berapi meletup di atas permukaan bumi dengan kesan yang sungguh hebat menyebabkan rekahan dan menerbangkan abu, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui kebenarannya.
“Bukti nyata” yang dihidangkan oleh Tasik Nabi Lut adalah sangat menarik sekali.
Secara umumnya, kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran berlaku di Timur Tengah, di Semenanjung Arab dan Mesir. Di tengah-tengah wilayah ini terletaknya Tasik Nabi Lut. Tasik tersebut dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekelilingnya menarik minat secara geogafi. Tasik itu berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediteranean. Memandangkan tempat yang paling dalam di tasik itu ialah 400 meter, maka dasarnya ialah 800 meter dan permukaan Mediteranean. Ia adalah titik tempat yang paling dalam di dunia ini. Di tempat-tempat lain yang lebih rendah dan paras laut, yang paling dalam pun hanya 100 meter. Salah satu ciri penting Tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme boleh hidup termasuk ikan dan lumut, sebab itulah di dalam penulisan-penulisan Barat, Tasik Nabi Lut dikenali sebagai “Laut Mati”.
Mengikut anggaran, kejadian yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s. seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran berlaku di sekitar 1800 SM. Berasaskan kajian-kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik Jerman, Werner Keller telab mencatatkan bahawa bandar-bandar Sodom dan Gomorrah memang sebenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut. Pada satu masa dahulu tempat ini diduduki dengan meluasnya. Sifat struktur Tasik Nabi Lut yang paling menarik perhatian ialah kesan yang menunjukkan bagaimana satu malapetaka telah berlaku seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Di pantai Laut Mati di sebelah timur, sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan menonjol keluar ke arah air. Al-Lisan bermaksud “lidah” dalam bahasa Arab. Semenanjung ini tidak dapat dilihat dari daratan kerana ia jatuh di bawah permukaan air pada sudut yang luas, membahagikan lautan kepada dua bahagian. Di bahagian kanan, tanahnya amat curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula, airnya sentiasa cetek. Kajian bunyi yang dilontarkan ke bawah hanya merekodkan kedalaman sebanyak lima puluh hingga enam puluh kaki. Kawasan cetek ini yang melingkari semenanjung Al-Lisan hingga ke bahagian paling selatan adalah wilayah Lembah Siddim.
Werner Keller telah juga mencatatkan bahawa kawasan yang cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut. Di sinilah terletaknya pada satu masa dahulu bandar-bandar Sodom dan Gomorrah; tempat tinggal kaum Nabi Lut a.s..
Satu ketika dahulu tempat ini boleh dilintasi dengan hanya berjalan kaki. Namun hari ini, Lembah Siddim di mana terletaknya bandar-bandar Sodom dan Gomorrah dilitupi oleh permukaan rata bahagian cetek Laut Mati. Keruntuhan hebat asas bumi akibat malapetaka itu yang berlaku pada permulaan millenium kedua SM menyebabkan air masin dan bahagian utara memasuki rekahan yang baru terjadi itu sehingga penuh.
Kesan-kesan dari Tasik Nabi Lut dapat dilihat dengan jelas. Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut ke arah selatan, dan sekiranya matahari menyinari ke arah yang tepat, beliau dapat melihat sesuatu yang menakjubkan. Di satu kawasan yang agak jauh dari pantai, kelihatan dengan jelas di dasar air, garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah oleh Laut Mati yang mengandungi kandungan garam yang amat tinggi. Batang-batang pokok dan akar-akarnya yang dapat dilihat di dalam gemerlapan air yang kehijauan adalah peninggalan silam. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan subumya adalah kawasan yang paling cantik di wilayah tersebut.
Aspek mekanikal malapetaka yang menimpa kaum Nabi Lut telah didedahkan oleh para penyelidik kaji bumi. Mereka melaporkan bahawa gempa bumi yang menghancurkan kaum Nabi Lut a.s. berlaku akibat rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran), sepanjang 190 kilometer dan membentuk dasar sungai Sheri’at. Sungai ini jatuh sebanyak 180 meter. Fakta ini dan diperkuatkan dengan fakta Tasik Nabi Lut 400 meter di bawah paras laut merupakan dua bukti penting yang menjelaskan satu kejadian geologi yang hebat telah berlaku di sini.
Struktur menarik sungai Sheri’at dan Tasik Nabi Lut hanya meliputi sebahagian kecil rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan tersebut hanya diketahui baru-baru ini.
Rekahan itu berlaku bermula daripada pinggiran Gunung Taurus dan memanjang ke arah selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan hingga melampaui gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti segar gunung berapi dapat diperhatikan. Lava dan basalt hitam masih wujud di Pergunungan Galilee di Israel, wilayah dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan-kawasan sekelilingnya.
Semua kesan ini dan bukti-bukti geografi menunjukkan bahawa satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut. Werner Keller menulis;
Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar. Penenggelaman itu tehah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama ini tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan tersebut. Di bahagian afas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kehihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan hapisan basalt bertimbun timbun di atas permukaan batu kapur.
Pihak National Geographic telah membuat komen berikut pada Disember 1957; Gunung Sodom yang tidak subur menonjol keluar daripada Laut Mati. Tiada siapa pun yang pemah menemui bandar-bandar Sodom dan Gomorrah yang tehah binasa. Namun, pada sarjana mempercayai bahawa kedua-dua bandar ini terhetak di Lembah Siddim berhadapan dengan tebing-tebing ini. Kemungkinan besar, kejadian banjir yang berlaku di Laut Mati tehah menenggelamkan bandar-bandar ini sehepas berhakunya satu gempa bumi.
Bandar Pompeii Dimusnahkan dengan cara yang Sama
Al-Quran memberitahu kita bahawa tiada perubahan pada hukum-hukum Allah;
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sesungguh-sungguh sumpahnya: demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang hebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran, — Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu. (Surah Al-Faathir: 42-43)
Ya, “tiada perubahan pada hukum-hukum Allah”. Siapa sahaja yang menentang Hukum-hukum-Nya dan menentang-Nya akan menerima balasan-Nya. Pompeii ialah simbol keruntuhan Empayar Rom yang pernah terlibat dengan kegiatan seks yang melampaui batas. Kemusnahan masyarakatnya sama dengan apa yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s.
Kehancuran masyarakat di Pompeii adalah disebabkan oleh letupan gunung berapi Vesuvius. Gunung berapi Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya bandar Naples. Gunung ini sepi sepanjang dua millenium yang lepas. Ia dikenali sebagai “Gunung Amaran”. Ia dinamakan demikian bukanlah dengan cara yang tidak sengaja. Kemusnahan yang melanda Sodom dan Gomorrah sama seperti apa yang berlaku ke atas Pompeii.
Di sebelah kanan Gunung Vesuvius terletaknya bandar Naples dan di sebelah timur, bandar Pompeii. Lava dan abu dan muntahan gunung berapi yang hebat yang berlaku dua millenium yang lepas telah memerangkap penduduk di bandar tersebut. Memandangkan malapetaka itu berlaku secara tiba-tiba, semua penghuni bandar itu terperangkap ketika sedang menjalankan urusan seharian mereka dan kekal begitu sehingga hari ini, seperti mana keadaannya dua millenium yang lepas. Seolah-olah masa telah dibekukan.
Kehilangan Pompeii dan permukaan bumi ini akibat malapetaka yang hebat itu bukanlah tanpa sebarang sebab. Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa bandar itu telah menjadi pusat untuk memuaskan hawa nafsu dan perbuatan yang melampaui batas kemanusiaan. Bandar ini juga menjadi sarang pelacuran sehingga tidak dapat ditentukan jumlah rumah-rumah pelacuran yang ada. Alat-alat kelamin lelaki dengan saiznya yang sebenar bergantungan di pintu-pintu rumah pelacuran tersebut. Masyarakat mereka mengikuti tradisi yang berasal daripada kepercayaan Mithra yang mengatakan bahawa alat-alat kelamin dan perlakuan persetubuhan tidak sepatutnya terlindung tetapi rnestilah dilakukan di tempat yang terbuka.
Tetapi, lava dan Vesuvius telah menyapu bersih keseluruhan Bandar itu dan memadamkannya dari peta dalam hanya satu ketika. Yang menariknya, tidak ada satu jiwa pun yang terselamat. Seolah-olah mereka semua tidak sedar bahawa satu bencana alam yang hebat berlaku. Mereka seperti telah dipukau. Satu keluarga yang sedang menikmati juadah telah menjadi batu dengan sekelip mata. Banyak pasangan yang sedang melakukan aktiviti seksual ditemui menjadi batu. Bersama-sama mereka turut ditemui pasangan-pasangan yang sejenis dan pasangan-pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Wajah sebahagian daripada mereka yang menjadi batu kekal seperti keadaan asalnya. Daripada air muka mereka, jelas kelihatan kesakitan yang ditanggung.
Di sinilah terletaknya aspek bencana yang paling sukar difahami. Bagaimanakah boleh terjadi ribuan manusia hanya membiarkan saat-saat kematian tanpa terdengar atau terlihat sesuatu?
Kejadian ini menunjukkan kepupusan Pompeii adalah sama dengan kejadian-kejadian yang disebut di dalam Al-Quran yang menunjukkan “kehancuran tiba-tiba” apabila menerangkan kejadian-kejadian seperti ini. Sebagai contoh, “penghuni-penghuni bandar” yang dijelaskan di dalam Surah Yaasin semuanya mati secara tiba-tiba. Keadaan ini diterangkan seperti berikut di dalam ayat ke 29 surah tersebut;
Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati. Ayat ke 31 Surah Al-Qamar sekali lagi menyebut “kehancuran tiba-tiba” apabila menggariskan kemusnahan yang berlaku ke atas kaum Thamud;
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur.
Seperti kejadian-kejadian yang diterangkan di dalam ayat-ayat Allah di atas, masayarakat Pompeii juga mengalami kehancuran yang tiba-tiba.
Di sebalik semua ini, Pompeii tidak mengalami banyak perubahan. Di daerah Naples, kegiatan-kegiatan untuk melepaskan hawa nafsu masih berterusan seperti mana keadaannya di Pompeii. Kepulauan Capri kini menjadi pusat bagi homoseksual dan berbogel. Di dalam usaha galakan pelancongan, Kepulauan Capri diiklankan sebagai “syurga homoseksual”. Kini, bukan sahaja di Capri atau di Itali, tetapi di serata dunia, kemerosotan moral sedang berlaku di kalangan penduduk yang tidak sedikit pun mengambil pengajaran daripada pengalaman-pengalaman kaum yang terdahulu.
No comments:
Post a Comment