Tuesday, November 22, 2005

My bezday

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya telah bertambah usia lisa..
Moga Allah berkati dan melimpahkan rahmat kepada hambanya yg soleh.
Sebuah lembaran baru dan pastinya masing2 punyai impian dan cita2 yang hendak digapai.
Bagi lisa,nikmat Islam dan Iman lah yang perlu di pertahankan oleh seorang yang beragama Islam.Sebarang bentuk penolakan terhadap iman dan Islam sebaik2nya dihapuskan dan sentiasa lah mencari mekanisme yg boleh meningkat kan iman kita dari sehari ke sehari...

Sebagai seorang manusia kita memang tidak dapat lari dari berbuat dosa,tidak akan sempurna ..cuma kita perlu berusaha untuk mencapai tahap yang terbaik dari sebelum diri kita hari ini.Mustahil seorang penagih dadah akan menjadi ustaz pada keesokan harinya..,cuma mungkin kita perlu bagi gelaran tersebut padanya bila masa dia dapat mengubah dirinya dengan tidak menagih dadah lagi.
Kelemahan dan kesilapan masa silam sebenarnya merupakan guru yang terbaik buat kita dan niatkan setiap penghijrahan yang kita lakukan kerana Allah dan rasul..

Lisa sebenarnya tidak suka melihat masa silam kerana banyak sungguh kesilapan yang telah dilakukan.tapi di sebalik semua lakaran hidup tu,terlukis satu pengalaman yang begitu mematangkan akal fikiran.Setiap hari manusia akan berhadapan dengan ujian Allah..dan sudah pastinya ujian untuk para pendakwah amat panjang dan sukar.Moga kita semua mendapat bimbingan dari Allah.dan sabar ye...

Kata2 perangsang untuk diri.
Diri ini...hanyalah seorang pengembara di bumi ALLAH..
tiada apa yg menjadi milikku segalanya...
semuanya pinjaman dari Mu.
Dari Mu aku datang..
kepadaMu jua aku akan kembali...
sesungguhnya aku inginkan keredhaan Mu dalam setiap apa yg aku lakukan& setiap apa yg bakal aku tempuhi,
hanya kepadaMu aku berserah..
Moga akan di berikan ketabahan dan kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuhi liku2 kehadapan di dunia yg fana dan yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yg kekal abadi..

Ikrar
Ana sayapkiri suami...
ana nak mati syahid...
ana nak bertemu dengan al-mustaffa...
ya rabbul 'Izzati tempatkanku di jannatu naim..
firdausi...
bersama para pencintaMu..
Ya Allah Ya Muhaiminun...
Ya Syaafi..Ya Khaafi...
Tuhan Yg Agong...
ku serahkan jiwa ini pd Mu ..
terimalah pengabdian ini....
(selalunya lisa akan ulang ikrar ni supaya tsabit lisa di jalan dakwah.Pengulangan berulang2 kali ini perlu di samping bersama bai'ah solehah)

Bingkisan penghargaan
Alhamdulillah..
terima kasih pada guru2....
terima kasih pada ummu dan abi..
terima kasih pada sebuah persahabatan..
terima kasih pd sahabat2 ana
terima kasih ...pada semua ...


*ikut calendar masihi lisa dah 23 tahun
*ikut calendar hijrah lisa dah 24 tahun/safar

1 comment:

ibnu_umar said...

Selamat Hari Lahir..
Moga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini..