Assalamu’alaikum..
Bismillahirrohmanirrohim..
Anakku...salam sejahtera padamu.Alhamdulillah syukur ummi kerana Allah beri nikmat Islam pada ummi.Ummi juga semakin dekat dengan rumah Allah.Moga surau yang usang ini merendahkan dan menundukkan ummi pada Pencipta.Mata ummi leka melihat surau ni.moga menjadi saksi pengabdian ummi.Sudah beberapa kali ummi ingin mengambil kata hikmah di papan kenyataan surau ni.Tapi baru hari ni..hari Jumaat(selawat buat junjungan Nabi Muhammad shallahu’alaihiwassalam) ummi berkesempatan bawa netbook ummi ni untuk taip kata nasihat ni.Buat diri ummi juga untuk tatapan umum.Moga ianya mendapat manfaat .Biarpun ringkas namun jika diamalkan moga dapat manfaat bersama.
Tip Ikhlas
1. Terima takdir dengan hati terbuka.
2. Ikhlas membuat segala pekerjaan menjadi sempurna.
3. Ikhlaskan diri jika perbuatan baik kamu dicemuh.
4. Tetap ikhlas walaupun orang tidak memuji kamu.
5. Cintailah kedua ibu bapa kamu dengan ikhlas.
6. Jangan kecewa jika kebaikanmu tidak berbalas.
7. Jaga keikhlasanmu dengan merahsiakan segala kebaikan.
8. Allahmeninggi darjat orang yang menjaga keihlasannya.
Tip istiqamah
1. Istiqamah itu meneguhkan pendirian
2. Tidak perlu menyesal akan kesilapan lalu.
3. Kesilapan lalu hanya untuk dijadikan pelajaran.
4. Majulah kedepan,banyak cita2 yang perlu dicapai.
5. Istiqamah itu kurniaan dari Allah.
6. Bersyukurlah, jika kita kekal istiqamah di jalan kebaikan.
7. Berbuat baik dengan orang di sekeliling kamu.
8. Jangan cepat tergoda dengan kesenangan sementara.
Tip sabar.
1. Jadikan solat dan sabar sebagai penolongmu.
2. Lapangkan dada bila apa yang dihajati tidak kesampaian.
3. Jadikan teguran negative rakanmu sebagai pembakar semangat.
4. Sabar jika ada yang dengki dengan kamu.
5. Sabar jikaibu bapa menegur kamu.
6. Jika keputusan peperiksaankamu lemah kerana malas belajar, perbaikilah diri.
7. Jikaibu bapa selalu marah kerana kamu susah di didik,muhasabahlah diri.
8. Jangan suka merajuk nanti wajah kamu cepat tua.
Tip syukur.
1. Cari kelebihan yang ada pada kamu.
2. Jadikan kelebihan kamu sebagai harta yang berharga.
3. Jangan sedih dengan apa yang belum atau tidak kamu miliki.
4. Terimalah diri kamu seadanya.
5. Tidak ada manusia yang sempurna, kecuali nabi Muhammad shalaalahu ‘alaihiwassalam.
6. Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan
7. Apa yang Allah anugerahkan kepada kamu, belum tentu dimiliki orang lain.
8. Allah akan melipatgandakan kurniaannya pada orang yang bersyukur.
Tip amanah
1. Jika berjanji, ditepati.
2. Jika diberi kepercayaan , tidak dikhianati.
3. Jika berbicara, tidak berdusta.
4. Jikamemimmpin , bertanggungjawablah.
5. Jika berhutang, cepat dijelaskan.
6. Ingatkan Allah selalu, kamu pasti menjadi orang amanah.
7. Jika dipesan sesuatu, segera disampaikan.
8. Tenang dan fikirkan kamu pasti menjadi orang yang amanah.
Tip ihsan dan itsar.
1. Ihsan (murah hati) itu berbuat sesuatu dengan penuh kesempurnaan.
2. Ingatlah Allah, tujuan kita buat segala kebaikan.
3. Ingatlah, dengan berbuat ihsan kita akan memperoleh keuntugan kelak.
4. Keihsanan kamu dapat menyenangkan orang lain.
5. Ithar (bertimbang rasa) itu mendahulukan orang lain.
6. Orang lain lebih memerlukan dari kita.
7. Berbuat ithar tidak ada ruginya.
8. Dengan ithar, akan mengeratkan silaturahim...
Simple,harap ramai dapat amalkan..
Waallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment