I don’t wish to delve into the niqab issue further whether it is wajib or not wajib because it needs a lengthy explanation and discussion.
Cuma ada beberapa hujah kamu yang ingin abang betulkan secara yang ringkas. Sayang if someone like you got your facts wrong.
Ok hujah kamu yang pertama adalah ada mazhab yang benarkan. Maybe Mazhab Hanafi.Ok di sini, abang kemukakan pendapat setiap mazhab briefly.
Mazhab Hanafi: Boleh melihat muka, dua tapak tangan dan juga kaki. Ini ada disebut dalam kitab Al-Ikhtiar karangan Imam Hanafi sendiri. Muka harus didedahkan.
Mazhab Syafie: Imam Syafie sendiri tidak bagi pendapat beliau dalam mana-mana kitab beliau. Tetapi ulama-ulama mazhabnya ada menyentuh tentang hal ini.Imam As-Syirazi dalam kitab Al-Muhazzab kata muka bukan aurat. Begitu juga dengan Imam Nawawi. Jadi ulama-ulama mazhab syafii yang lain menerima pakai pendapat kedua imam ini.
Mazhab Maliki: Ad-Dardir dalam kitab As-Syarhus Soghir ataupun dikenali sebagai Aqrabul Masaalik Ila Mazhab Malik kata muka bukan aurat. Pendapat ini disokong oleh As-Sowi dalam Hasyiahnya. Tapi ada seorang ulama’ bernama Ibnu Marzuq dalam kitab As-Syarhul Warglabiyah kata kalau wanita itu cantik, kena tutup. Kalau tak cantik, tak payah tutup. Tapi apa pendefinisian cantik tu kan? Payah nak kita tahu. Lain orang lain pendapat.
Mazhab Hambali: Ibnu Qudamah Al-Hambali dalam kitab Al-Mughni kata tiada mazhab yang mengatakan perlunya untuk menutup muka.
Hmm…jadi mazhab mana yang kata wajib, ye?
Kedua, hujah kamu adalah ikut surah Al-Azhab. Kamu siap mintak abang suruh rujuk tafsir lagi kalau nak. Hmm jangan risau..abang bukan sahaja akan berikan kamu tafsirnya, tetapi abang bagi sekali penghujahan terhadap tafsir ayat tersebut.
Kamu tak beritahu ayat yang mana, tapi abang rasa kamu maksudkan ayat surah Al-Ahzab yang ke 59.
Di sini berlaku pencanggahan penafsiran yang dilakukan oleh Ibnu Abbas antara ayat ini dengan surah an-nur ayat 31. Kamu pandai bahasa arab bukan? Cuba kamu beritahu abang apa maksud perkataan Al-Khumur (jamak bagi khimar) dan Juyub (Jamak bagi Jaib).
Ikut kata Ibnu Hazmin dalam kitab Al-Muhalla, ayat ni jelas mana Allah menyuruh memakai tudung di kepala dan menutup leher dan dada. Tidak disebut muka.
Ibnu Abbas memberikan dua penafsiran berbeza untuk dua ayat di atas. Dan lagi pelik sebab ada di kalangan ulama tafsir yang meriwayatkan kedua-dua pendapat tersebut. Mereka memilih untuk mentarjihkan pada surah Al-Ahzab pendapat yang mereka dhaifkan pada surah An-Nur.
Ketiga, kamu kata ini syariat nabi dan kita perlu ikuti sahaja.
Kalau kamu rujuk kitab adhwaaul bayaan, dinyatakan memang takda sebarang dalil al-Quran, sunnah atau ijmak yang mengatakan tentang pengwajiban penutup muka ini.
Malah abang boleh keluarkan kepada kamu lebih kurang 7 hadith yang menunjukkan bahawa pemakaian niqab ini adalah bukan suatu perkara yang biasa di zaman nabi. Malah ada satu hadith yang agak famous di mana Nabi melarang memakai niqab dan sarung tangan sewaktu ihram haji. Kalau betul itu aurat, takkan nabi suruh bukak? Ada banyak lagi. Perawi hadith, Imam Ahmad pun kata niqab tidak wajib.
Yang mengatakan niqab ini wajib cumalah ijtihad beberapa ulama. Antara yang latest dan terkenal ialah Ustaz Abul A’la Al-Maududi di dalam kitabnya yang masyhur “Al-Hijab”. Ramai pemakai niqab yang memakai niqab kerana ilmu dan bukan taklid mengikut pendapat beliau. Dan ada satu buku lagi tajuk “kepada setiap pemudi yang beriman kepada Allah” karangan Dr. Said Ramadhan Al-Buti. Ulama terkemuka, Syeikh Abdul Aziz bin Baz pun menyokong pendapat ini. Namun selain mereka, jumhur ulama mengatakan bahawa niqab tidak wajib. Antaranya yang famous ialah Dr.Yusuf Al-Qaradawi.
Hmm rasaya cukup sekadar itulah, kalau ikutkan ini baru 10% dari hujahnya. Tapi abang just nak betulkan your facts and nothing else. Don’t get me wrong. I really respect for everyone yang berniqab. Apatah lagi teenagers especially you dalam dunia sekarang macam ni willing untuk pakai niqab. I do hope that my wife and my daughters pun akan pakai niqab.Keep it up. I’m supporting you. however i do sense some arrogance creeping up on your side...elakkan ye..there are always people out there who are better than us..
Wallahualam. I maybe wrong, but Allah is always right.
Okay, hujah isteri nabi ye. Glad that you brought it up.
Rujuk kepada Surah Al-Ahzab:32 maksudnya “wahai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain”
Dalam hal ini, Dr. Yusuf Qaradawi mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan kalau kita qiaskan ayat ni yang khas untuk ummahatul mukminin dengan wanita-wanita lain.
Okay, abang ajar kamu sedikit mengenai kaedah ilmu fikah ye untuk menjawab persoalan kamu tentang pemakaian cap waktu ihram dan mengapa muslimah di Arab Saudi menutup muka dan menutup muka adalah bagi mengelakkan fitnah pada dunia masa kini.
Kaedah 1; Asal sesuatu ibadah adalah haram/makruh kecuali kalau ada dalil yang menyuruh.
Kaedah 2: Asal semua perkara lain/muamalah adalah harus kecuali kalau ada dalil yang mengharamkannya.
Jadi kita nak katakan pemakaian cap itu adalah ibadah ke? Kalau ibadah, adakah dalil? Kalau ianya disifatkan sebagai muamalah, then it is ok.
Pertama, jika menutup muka di Arab Saudi dan wanita lain bagi mengelak fitnah, it is okay, sebab tidak ada dalil yang mengharamkannya. Namun begitu kita perlu berhati-hati sebab ramai yang terlibat dengan bidaah juga menggunakan hujah ini.Ini seolah-seolah kita menidakkan pengetahuan Allah dan Rasulnya dalam mengajar kita dalam bab-bab ibadah. Namun jikalau bab muamalah,ianya dibolehkan. Dalam hal ini Dr. Yusuf Qaradawi mengatakan bahawa “Sekalipun Zaman Rasulullah dan Khulafa ArRasyidin merupakan zaman yang cukup ideal akan tetapi tidak bermakna ia bebas dari ekcacatan. Kerana walau apapun jua keadaannya, mereka itutetap manusia biasa yang mesti ada pada mereka titik kelemahan serta kesilapan. Tidak hairanlah terdapat mereka yang melakukan zina sehingga dikenakan hudud dan ada yang melalukakan perkara yang lebih keji dari itu, Ada juga golongan yang suka mengusik dan mengannggu kaum wanita dengan akhlaknya yang menyeleweng”.
Kedua, dalil-dalil syarak adalah bersifat kekal. Ianya bukanlah dalil ataupun hujah yang hanya digunakan untuk satu dua zaman sahaja. Kalau ianya bersifat sementara, ianya bukan dari nabi Muhammad.
Ketiga, sekiranya kita hendak menggunakan hujah akal bagi mewajibkan pemakaian niqab, ini menyebabkan kita akan membatalkan hokum yang telah thabit.
Walau bagaimanapun, abang tidak setuju kalau ada orang kata bahawa niqab ini bidaah…ianya tidak wajib tetapi ianya bukan bidaah…abang bersedia untuk berhujah dengan orang yang mengatakannya bidaah..
Kebanyakan wanita di Arab Saudi memakai niqab kerana seperti yang abang katakana sebelum ini, mereka menerima pendapat seorang ulama’ yang popular di Negara Saudi yakni Syeikh Abdul Aziz bin Baz. Terdapat juga ulama’ di Negara teluk yang lain dan juga di India dan Pakisatan yang menyokong pendapat beliau.
Secara ringkasnya..abang akan bagi 10 dalil berbentuk point pihak yang mengatakan muka itu bukan aurat.Isinya tak yah eh..
1)Tafsiran Sahabat tentang Surah An-Nur ayat 31.Mereka menafsirkan perhiasan yang biasa nampak daripadanya adalah muka dan tapak tangan.
2) Suruhan melabuhkan Jilbab menutupi leher dan bukannya muka. Mereka guna hujah bahasa untuk AnNur ayat 31 juga.
3) Lelaki digesa menundukkan pandangan ikut surah An-Nur ayat 30. Kalau dah tutup muka nak suruh tunduk pandangan lagi buat apa?
4) Firman Allah dalam Al-Ahzab ayat 52.Nabi tidak dibenarkan mengahwini perempuan lain walaupun kecantikan mereka menraik hati Nabi. Macam mana kecantikan mereka menarik hati kalau Nabi tak nampak muka mereka?
5)Ada hadith sahih, “apabila kamu melihat seorang wanita lantas kamu mengaguminya”
Dalam hadith-hadith ini diceritakan tentang sahabat-sahabat yang terpikat setelah melihat wanita-wanita di waktu itu..jelas menunjukkan bahawa pemakaian niqab bukan kebiasaan pada zaman nabi. Malah Imam Ahmad pun ada meriwayatkan satu kisah dari Abu Kabsyah Al-Anmari bahawa Rasulullah juga pernah terpikat dengan kecantikan seorang wanita yang lalu di hadapannya..Bagaimana Nabi dapat membezakan ini semua jika tidak kerana melihat muka?
6)Hadith: “lalu Rasulullah meniliknya dari atas ke bawah. Satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Sahl bin Saad bahawa ada wanita yang datang dan melamar Nabi, kemudian nabi melihatnya atas ke bawah berulang kali.. Kalaulah nabi tak nampak mukanya, kenapa perlu dilihat lama atas bawah berulang kali kemudian tidak menerimanya?
Tidak pula diriwayatkan selepas meminang itu, wanita tersebut kembali menutup muka.
7) Hadith mengenai perempuan dari KabilahKhath’m dan ALFadhl bin Abbas. Al-Fadhl nampak seorang wanita dari kabilah tersebut yang cantik, tetapi nabi memalingkan muka AL-Fadhl tetapi tidak pula menegur wanita itu supaya menutupnya.
8) Ada banyak hadith lain yang menceritakan tentang pipi wanita dilihat dsbnya.
9) Para Sahabt pelik dengan pemakaian niqab. Ada hadith yang menunjukkan para Sahabat pelik dengan wanita yang datang berjumpa nabi tetapi memakai niqab dan mereka mempersoalkan. Kalau benda tu lumrah dan ianya aurat, takkan sahabat berbuat demikian.
10) Keperluan muamalat memerlukan penunjukkan muka.
1 comment:
Bagus posting ni. Kirim salam kat abang ye.
Post a Comment