Tuesday, September 06, 2005

Langkawi

2/9/2005
Hari ni hari jumaat.Seperti hari2 biasa,ana pegi ke kuliyah.Cuma bezanya petang ni ana kena bersiap kumpul pukul 5.15pm di bus stop mawar,depan fakulti engineering.Buat apa?ana terpilih pegi lawatan 3 hari 2 malam gi langkawi.tak plan nak pegi pun,terpilih sebab ganti orang.Itulah kalau Allah kata hari ni sekian2 budak ni mesti kat sini,walau macam mana nak elakkan pun ada je sebab yg dia akan ke sana.xdelah..he..he...sebenarnya ana boleh bertegas untuk tak pegi,rezeki,jodoh,ajal je yg ditentukan oleh Allah yg lain tu kita yg decide... tapi tu semua masih tertakluk atas kuasa Allah ..nak dijadikan cerita ..ana decide nak pegilah ke langkawi.Sebenarnya ana dah tolak,tah macam mana rezeki kot..atas kuasa Allah alhamdulillah pegi juga.Moga ana dapat sesuatu yg bermanfaat untuk di kongsi bersama.

Hm..gopoh gapah ana,lepas class je 12.30pm terus pegi keluar duit,ambil gambar.baca Qur’an cket.last2 tengok jam pukul 4.45pm..alamak tak siap lagi..banyak kali ana istighfar..ampunkanlah ana..tak manage time betoi2.lepas ambil gambar lepak bilik members borak2 jap tengok gambar walimah.he..he terleka la pulak.Tu la pasal!dah lewat !kena kumpul kul 5.00pm.sebaiklah bus stop depan kolej je.

06.20
Sepanjang perjalanan takde buat apa2 melainkan melayan perasaan masing2.Ana pula memilih untuk menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.Kami semua akan ke uitm arau perlis dulu untuk bermalam di sana.Subhanaallah cantik betul alam ni!.rasa kerdil sesangat!Warna hijau dan kuning bagi ketenangan ler.waktu2 macam nilah tiba2 banyak imbasan2 masa silam datang.tak sangka rupanya ana menitiskan airmata.hm..ana ni sensitive rupanya.imbasan2 ni memang mengganggu ana bila kesunyian.tapi takpelah…forget it.di iringi pula muzik yg memang jiwang habis apa lagi…Ana cuba ler menikmati lagu2 kat Era ni.hm..memang best!..ana ni darah seni ler,suka betoi muzik..tak kisahlah muzik apa..Cuma dek kerana banyaknya ahli muzik kehidupannya berkesudahan tidak baik.ana memilih untuk menjadi penyanyi tetap di bilik air dan bilik rumah..he..he.suara tu aurat dan ana akan kekalkan menjaganya insyaALLAH.Ya Allah bagilah diriku ini sabar.janganlah biarkan ketentuan hidupku ditentukan oleh diriku yang bersifat lemah,bentengi diriku dengan sifat malu padaMu,malu untuk melakukan maksiat,dan sentiasa dalam pemerhatian mu.lorongilah aku dengan cahaya rabbani Mu yg tidak pernah malap.Ya Allah lindungi daku dari kejahatan diriku.dan kejahatan orang lain yang bersifat dengki padaku..ameen.(Waktu maghrib baca Surah2 pilihan dan sepanjang perjalanan berzikir(Al-rad:28))

08.43
Sg Perak

12.30
Sampai kat Uitm Arau Perlis.

3/9/2005

08.00
Breakfast

08.30
Bertolak ke jeti.Sepanjang perjalanan,ana hanya memandang ke luar,sekali sekala berbual .. sawah padi yg hijau kekuningan jelas boleh kita lihat.Mesra betoi jiwa ana dgn alam.Mungkin sebab manusia bergantung hidup dgn mendapat bekalan oksigen daripada tumbuhan.Jadi ada perhubungan 2 hala kat sini.U need me and I need you..

10.30
Bertolak dari jeti ke langkawi dengan menaiki feri.Dalam feri,ana tengok ler satu vcd ni.Kisah pasal seorang ibu yang tertinggal anaknya di tempat percutian. Dlm kapal terbang baru dia sedar yg anaknya tertinggal.Boleh pula macam tu…Mereka sekeluarga dan beberapa keluarga lain terpaksa tergesa2 kejar flight kerana tiba2 waktu penerbangan di tukar.Ibu ni tergesa2 bersiap hingga terlupa yg anaknya dikurung dalam bilik berlainan kerana denda berkelakuan tidak sopan pada majlis makan malam.So ia tentang cerita macam mana ibu ni pergi berpatah balik mencari anaknya yg tertinggal…komen ana.bila kita berada dalam keadaan tergesa2(sifat syaitan) banyak tindakan bodoh yg kita ambil.minda tak dapat bertindak dengan bijak.Keputusan yg kita ambil pun keseluruhannya tidak tepat.Pengorbanan ibu tak terbalas.Terbukti seorang ibu itu bersifat penyayang-I learn something here.

11.47
Sampai ke tempat penginapan di Green Hill Beach Resort

12.00
aktiviti bebas.

03.00
Bertolak dari resort.Destinasi kami semua hari ni pegi ke Tasik dayang Bunting,Pulau Singa(Eagle Feeding)dan Pulau Beras Basah.

04.22
Tiba kat Tasik dayang Bunting.
Langkawi ni kaya dengan sejarah dan kisah dogeng yang menarik.Sebelum sampai ke tasik ,kami dibawa menaiki bot laju ke bukit di mana bukit ni membentuk seorang wanita bunting terbaring.Anda boleh nampak kepala,perut dan kakinya dengan jelas.Ana tak tahu ler ceta ni sahih ke tidak.tapi kononnya wanita ni bunting anak luar nikah.Wanita ni disumpah oleh ibunya.Anak yg keluar berupa buaya putih yang masih berada di pulau tersebut.Menurut seorang sister ni,dasar bukit dayang Bunting ni masih tak dapat diketahui kedalamannya…pelik kan?

Pastu kami pegi ke tasik dayang bunting.Subhanallah..ni je mampu ana lafazkan.cantik betoi!.Kami di sambut oleh monyet2 yang jinak2 ler sesangat.Mesti monyet2 ni dah biasa dgn pelancong2 yg dating.Ops yang datang kat sini!Bukan apa tempat macam ni selalu jadi destinasi bulan madu atau lawatan pelancong luar dan dalam negara.Ana syorkan bagi sesiapa yang nak dapat ketenangan jiwa dan mendekatkan diri lagi pada pencipta boleh ler datang ke langkawi..memang best!Buat seketika minda ana ni hijau je..dengan pokok2 kat sekeliling.Sampai kat satu tempat ni bergambar sakan ler,apa lagi.Ada yang sewa bot,berkayuh mengelilingi tasik,makan junkfood,lepak2 n else.
Tertarik dengan satu couple ni..dua kali ana nampak dorang.Mungkin sama jadual dgn kami untuk lawatan cuma berlainan package.. pasangan ni dah tua..ana rasa dalam linkungan umur 38 or 40.Yang bestnye dorang ni pakai baju sama ler..he..he..sentuhan warna brown sesuai dgn usia mereka. Jalan sama2..ala ana xleh ler tgk couple macam ni..mesti bahagia.Dari raut wajah mereka terukir senyuman menawan dan ketenangan..masing2 cuba menikmati keindahan alam.
Tu couple yg tak bawa fitnah..tapi...jeng22 tetiba ..2 kali juga ana jumpa couple ni..sekali lagi kat cable car kat gunung mat cincang.Couple yg ni ana rasa jadi pemerhatian coz ada unsur2 yg boleh bawa kepada mengumpat ada kat dorang.Sorang lelaki dah tua,pasangan dia macam anak muda, anak dia ke?.Alamak dressing wanita ni..teruknya macam tak cukup kain.ada ke seorang ayah dan anak akan bercuti berdua2 an kat pulau macam ni.Macam tak sesuai je.Memang tak sesuai pun..seorang anak dan ayah perlu ada adab..percakapan,akhlak ,pakaian.Walaupun mereka tak berpelukan dan beriringan tangan tapi ada unsur mencurigakan.Ana nak bersangka baik pun macam tak jadi.Nak cakap isteri muda.Kalau pakaian yang dipakai oleh wanita itu menutup aurat boleh ler ana accept..tu isteri muda dia.Tapi pakaian nye menjolok mata.Macam tu ke perwatakan seorang isteri?Dalam situasi macam ni,ana tak tahu nak buat apa,nak tegur macam mana ye?..orang nye dah tua nanti cakap ana tak beradab ler pulak.Kekuatan nak menegur xde masa tu.tapi keselesaan dan ketenteraman ana agak terganggu tika dan ketika itu.Ya Allah jauhkan ana dari sifat2 cela diriku,dan kejahatan orang lain terhadapku...

Pulau Singa(Eagle Feeding)
Kat sini memang banyak burung helang, pemandu pelancong tu buat demo.Tabur je kulit ayam burung tu sekor2 gi ambil.

Pulau Beras Basah
Pasir kat cini memang halus..macam beras yang ditumbuk basah.Ada kisah Beras basah ni.Masa Mahsuri sumpah yang langkawi akan gersang macam padang jarak padang terkukur,satu2 peristiwa berlaku.Bermula dengan peperangan,bila perang berlaku api marak menyebabkan stok bekalan beras terbakar.Lautan bergelora,pendek kata memang bergelora lah langkawi pada ketika itu.Selama 7 keturunan.

4/9/2005

Hari ni kami akan pegi melawat ke Kilang Perusahaan Gamat,Makam Mahsuri,Beras terbakar,cable car dan membeli belah di pekan Kuah.Kat kilang gamat ada ler ana bawa buah tgn untuk ummi dan adik2 usrah.Kat Makam Mahsuri, kami hadiahkan al-fatihah pada jenazah.Moga2 di cucuri rahmat dgn kasih sayang Allah.Ada satu persoalan yg di utarakan oleh sahabat ana mengenai Mahsuri ni. Dia kata Mahsuri ni kalo tgk dari tayangan tu tak pakai tudung,dia kata kenapa doa dia di makbulkan?.Bukan ke orang yg teraniaya di makbulkan doanya.Mahsuri ni difitnah menduakan suaminya.Mahsuri berasal dari golongan orang yg baik2
Darah putih terpancut bila Mahsuri di bunuh dengan menggunakan keris pusaka ayahnye..Sebelum kematiannya,Mahsuri bersumpah Langkawi akan gersang,mundur selama 7 keturunan.Doa Mahsuri di makbulkan Allah.Kat pekan Kuah ana membeli sekadarnya.Ada juga ana tengok sahabat lain sampai bawa troli,ambil pesanan dari keluarga.Dorang kata kat cini harga murah sebab bebas cukai.Ana setuju ..ada certain barang mmg murah..
Malam ada karaoke.ni yg ana malas bila ikut program macm ni,hiburan memang kesukaan semua orang.Ana tak nafikan ana juga suka muzik,tapi ana lebih selesa bila Allah bagi perasaan malu pada ana,kalau tak kerana nikmat malu ni ana dah ikut dah berkaraoke ngan dorang.salah satu cara manusia mula hilang pemerhatian Allah.Allah tarik sifat malu dalam dirinya.Hm..ana dengar jelah mula2..last2 ana beredar kat tempat tu masuk bilik lepas makan malam.Tido lebih baik.Teringat macam mana Allah pelihara nabi Muhammad dari melihat kemungkaran.Allah tidorkan baginda sehingga majlis(x ingat majlis apa) tu selesai.Sebenarnya ana yg kena ubah benda ni.Macam mana ye.kalau ikut cara yg fanatik,ana bakar je tempat macam ni.Coz dorang ni nyanyi ikut sedap hati dorang je macam disko,lagu dangdut,org putih...bla..bla..kalo mati ler masa tu ..mesti mati katak.menyesal pula ikut trip ni.Mesti ada hikmah nye,baru lah ana terdedah dgn realiti kehidupan sekarang.Mampukah anak2 ana bakal tempuhi arus ni nanti.Tapi semua yg ada tu org2 yg ana cayang..mcm mana ye...nak tegur tanpa melukakan hati sesiapa.Lelaki dengar suara wanita.ana memang tak selesa betoi!!..lagi satu suasana tu,gelak dan hilai tawa..dari pembacaan ana ,hilai dan tawa tu sifat iblis.Bila syaitan menguasai kita banyak perkara yg tidak bijak kita akan lakukan.Kemungkaran...Balik tu ana habiskan pembacaan Qur'an ana dan solat taubat.ana tahu apa yg berlaku pada malam tu akan di sandangkan ke atas ana dan orang2 yg tahu.Beban dakwah memang terbahu dan terpikul di bahu ana.Ana nak jadi golongan yg sedikit...tapi garis jalan untuk golongan yang sedikit ni amat sukar..sekali..mampu ke ana?ana berdoa agar Allah beri kekuatan dan kesabaran.

5/9/2005
Under Water World.Ana tak masuk tempat ni,kena bayar Rm25.so tak tahu apa ada kat dalam..yg tahu dorg tgk ikan.lepas tu bertolak ke jeti naik feri.Lagi sekali kami diturunkan kat Padang Besar tempat membeli belah.Asyik membeli ajelah kerjanye..

Ada beberapa perkara yg ana dapat kat sini,bila pemerintah tak laksanakan syariat Islam, kita hanya bergantung pada kekuatan individu tu je sendiri.Dia nak buat atau pun tidak.Macam kita belajar kat oversea.Pub depan mata!,iman dan ilmu je yg membuatkan kita tidak lakukan kemungkaran,tak masuk,tak minum arak,tak berzina.Bagi yang tahu dia akan buat ..bagi yg leka dan alpa??? cam mana tu...
Peristiwa kat pekan Kuah memang bagi pelajaran kat ana,Pemandu pelancong tu drop kitorang 02.30pm dan akan ambil pada pukul 06.00pm.Memang semua nafsi2.Kalau pihak penganjur tu org yg alert pasal solat,dia akan bg peringatan sebelum semua peserta turun.Semua kena buat jamak takdim solat zohor dan asar..coz nanti takut tak sempat...tapi takde...masing2 ..rata2 bila kumpul nak balik dalam pukul 06.00pm..tak solat lagi dorg.ana tanya dah solat ke?semua kata nak buat jamak takhir..bus tak sampai lagi..nak pegi solat masing2 malas sebab jauh dan bus dah nak sampai.Boleh pulak macam tu? Memang lah kalau nak pegi kat Plaza Langkawi tu jauh (tmpt solat ada kt sini)..tapi dorang ni blh releks lagi..cari lah alternatif lain..ana tgk ada ler beberapa org yg risau..tp tak nak buat action..last2 ana pegi tanya kedai sebelah ana.Ana tengok ada pekerja melayu..ana tanya macam mana adik solat?..dia kata ada kat atas..Ana pun suruh ler sapa yg tak solat lagi pegi kat atas minta tumpang solat..Naik atas bilik tu kunci,dia kata solat untuk staff je..ada ke patut.ok takpe ana pegi tempat lain..sebaik jumpa satu kedai ni ,dia bg solat.sekali bus dtg ler pula.ana kata takpe pegi je solat ana akan minta tlg driver tu tunggu skejap.ada yg malas nak solat fed up mcm tu je..tak nak susah2 ..nak qadha kat bilik...hish ana malas nak gaduh ..ada beberapa org je yg nak solat.Ya Allah ..macam mana ni..kenapa la dorang ni ringankan urusan solat?Solat tu tiang agama!!!!mana ada qhada22 ni. tidak ...boleh je solat kat citu gilir2 ..memang tak sempat kalo balik.Ya Allah ampunkanlah ana,ana rasa berdosa sebab kerana kelalaian ana ada beberapa org yg tak solat.

Balik ana merenung balik apa hikmah ana dapat sepanjang perjalanan lawatan ni...
Ada kebaikan dan keburukan..
Ada ke ana ni masih dalam lembayung kasih sayang Allah???

Ana bercakap untuk dakwah,bergerak untuk dakwah,berjalan kerana dakwah
Ana adalah untuk dakwah,kerana dakwah dan bersama dengan dakwah.

Ana pejuang Islam..

No comments: