Monday, February 07, 2011

Urusan yang lebih daruriyyat

Bismillahirrohmanirrohim....

Anakku..sayang..ummi menulis lagi khas buat tatapanmu nanti dikemudian hari. kerja ummi banyak sangat sayang.Doakan ummi kuat yer untuk menghadapi ujian dan tugasan ummi ini.

Sayangku..setia ummi tetap untukmu.Pengharapan ummi agar kamu akan hadir dalam hidup ummi tetap utuh.sabarla sayang jika hadirnya kamu di muka bumi untuk menyinarkan cahaya dalam ummah anakku.hadirlah sayang.Namun jika sebaliknya,ummi berdoa agar anakku berlama la di alam sana lagi.Ummi mahu kamu anakku benar2 bersedia dengan perjanjian kamu dengan Allah sebagai khalifah. Tugas manusia sayang penuh dengan tanggungjawab ,ummi juga sedang berusaha dan masih belajar.ummi perlu banyak dan istiqamah menuntut ilmu..

Sayang...doakan ummi Berjaya membayar hutang ummi yer..anakku..serta dapat berbakti pada orang tua ummi.Ummi mahu mati syahid ...namun tuntutan “hutang” dan “berbakti dengan ibu bapa”merupakan priority(daruriyyat) syahid buat ummi masa kini. jika ibu tidak pandai membezakan daruriyat,hajiyat dan tahsiniyyat anakku mungkin ummi akan akan gagal dalam kehidupan ummi ini.

Dengar yer sayang..sabda Nabi:

“Bagi orang yang mati syahid akan diampuni dosa-dosanya kecuali hutang (Sahih:diriwayatoleh Muslim (6/34) dan Ahmad (2/20), dinukil dari Muhammad Nashiruddin al-Albani,Islam Mengetas Kemiskinan,Tujuan Kritis,Analisis Tentang Hadith Ekonomi,pustaka Azzam,2002,ms 75)

Dari Muhammad binAbdullah bin Tahsy,ia berkata, Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam sedang duduk ketika jenazah (para syuhada’) diletakkan ( di liang lahad).Lalu, baginda mengangkat kepalanya ke langit kemudian menundukkan pandangan dan meletakkan tangannya di atas dahinya seraya mengatakan :’Subhanallah,subhanallah!Betapa telah diturunkan hukum yang memberatkan!’

Abdullah berkata, Kami lalu mengetahui dan terdiam.Sampai esok harinya aku bertanya pada Rasulullah dan mengatakan:”Apakah pemberatan yang telah diturunkan?”

Baginda bersabda”Tentang hutang. Demi Tuhan yang jiwaku berada ditanganNya, kalau seandainya seseorang terbunuh di jalan Allah,kemudian hidup lagi dan terbunuh lagi,kemudian hidup lagi dan terbunuh lagi,kemudian hidup lagi dan terbunuh lagi sedangkan ada tanggungan hutang padanya maka dia tidak akan masuk syurga sampai dia melunasi hutangnya(Hasan:Hadith riwayat an-Nasaa’i (VII/314-315),at-Thabarani dalam al-Ausath (IV/128),al Hakim dan disahihkannya serta disepakati oleh adz-Zdahabi(II/25).Ianya dinilai hasan oleh al-Albani.

Anakku,ummi perlu berbakti pada ibu ummi sayang.Sayang tak guna ummi mengejar syahid sekiranya urusan orang tua ummi masih tergantung.Namun ummi juga hanya boleh bantu sekadar RM100 sebulan untuk membayarkan bil telefon serta streamyz yang ummi mohon dahulu.Walaupun zakat hanya membantu keluarga dengan barangan makanan asasi seperti beras,gula,minyak dan ect yang berjumlah RM70 tapi tak cukup sayang..Ummi juga pening macam mana ibu ummi menguruskan kewangan di rumah yang hanya dibantu RM200 oleh seorang kakak yang kerja nurse(dah berumahtangga) dan seorang kakak yang berkerja dan belum berumahtangga untuk menguruskan kewangan dan belanja rumah..Pening ummi ..sayangku..doakan juga nenek kamu ya anakku semoga dipermudahkan urusan.Umurnya sudah lanjut .Sudah menjangkau 58 tahun sayang.Namun masih menguruskan 2 adik ummi.Soleh dan Zahid.Sungguh susah kehidupan nenek kamu tanpa bantuan suami disisi....

Moga dengan segala kesukaran ini menjadikan ummi seorang yang taat..dan berbakti pada orang tua...Sia-sia sahaja kehidupan ummi jika urusan orang tua ummi abaikan...Doakan ummi success dalam pembelajaran ummi ini..dan Berjaya sebagai seorang “khalifah”

“Dan kami wajibkan manusia(berbuat) kebaikan kepada kedua orang ibu bapanya............Hanya kepada Kulah kembalimu,lalu aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”( 29,al-ankabut:8).

“And we have enjoined on man to be good and dutiful to his parents(29:8)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam 2 tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu,hanya kepadaKulah kembalimu.31,Luqman:14

“And We have enjoined on man (to be dutiful and good) to his parents.His mother bore him in weakness and hardship upon weakness and hardship, and his weaning is in two years-give thanks to Me and to your parents” (31:14)

Anakku..

Moga satu hari nanti kamu hadir...

Yang merinduimu....ummi lisa

No comments: