Saturday, February 05, 2011

Anakku

Bismillahirrohmanirrohim.......

Anakku...ummi minta maaf ummi masih tidak dapat mencari abi lagi...dua,tiga hari ini ummi kesedihan yang amat sangat.Mana tak nyer ummi melihat foto-foto sahabat sahabat ummi yang bahagia di sisi abi-abi mereka..

Maafkan ummi anakku...ummi usap perut ummi..sambil berdoa dan sambil memujuk hati ummi..
semuanya adalah ujian Allah buat ummi agar ummi sentiasa hampir dan dekat pada Nya..
"takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi".

Anakku,,walaupun kamu masih belum hadir, masih juga tidak wujud walau sekelumut pun dalam rahim ummi..namun ummi sudah mula berdoa...di malam hari ..di saat sunyi ummi menangis sambil berdoa pada Illahi..moga -moga ummi juga diberikan nikmat dan rezeki untuk berumahtangga seperti sahabat-sahabat ummi yang lain..ummi tumpang gembira bila membaca dan mengetahui perkembangan mereka..semuanya sudah memiliki anak-anak yang comel dan insyaAllah beriman dan dilindungi Allah memandangkan ayah mereka ummi kenal sebagai seorang yang beragama dan beramal soleh serta tidak pernah jemu menulis untuk berbakti pada masyarakat dalam pencerahan dan penjelasan ilmiah.alhamdulillah...syukur juga kerana mereka ini memang sangat pemurah serta banyak bersedekah dan membuat infak.Ummi ingat lagi ,ummi boleh dapat buku seorang penulis ni dgn harga RM5 sahaja sedangkan buku itu tertera harga RM12 dan jika harganya RM20 ke atas,ummi boleh dapat dgn harganya RM10 je...best betul ummi,maklum la masa tu tengah student..sekarang pun masih student..bila dapat buku memang ummi suka sangat..Moga Allah tambah keberkatan kepada mereka yang tetap istiqamah dalam penulisan.Ameen..

Ummi tengah-tengah cuti ni,rajin ummi mencari-cari balik sahabat-sahabat ummi dan dalam ummi cari2 ummi jumpa blog murrabi ummi dulu kak Anfaal.Kesemua anaknya sudah besar-besar anakku..hm..anaknya yang sorang ni sampai tertidur2 masa menghafal al-quran.terbayang wajah sorang-sorang dalam minda ummi dan alhamdulillah..keperibadian mereka yang indah dan persahabatan yang ikhlas mendorong ummi untuk sama-sama berjuang berusaha untuk menjadi insan yang dikasihani dan dirahmati Allahswt..

Annakku...ummi harap ummi masih tidak terlewat untuk menyambung cita2 ummi semula untuk menjadi para huffaz yang dikasihani Allah.Hari ini ummi berusaha menghafal ayat al-Baqarah 1-10.Bila ummi rehat ummi akan mengulang ayat ini beberapa kali.Harapan ummi anakku,agar ummi diberi kekuatan untuk menghafal 5 ayat seterusnyapada esok hari menjadikan 15 ayat kesemuanya.Semoga usaha kecil ummi ini dapat keberkatan dan semoga ummi dapat istiqamah dan bersabar dengan jadual belajar dan jadual hafazan ummi yang baru ummi rancang pada hari ini..Semuanya atas usaha ummi sendiri agar satu hari nanti ummi bakal mendapat cahaya mata yang mempunyai keazaman yang kuat pada agama seperti umminya..

Alhamdullillah cuti pada kali ini membawa rahmat dan mendekatkan ummi lagi pada akhirat..Hari ini ummi membaca journal 'merangka belanjawan dari perspektif Islam' penulisan Shabnam Mokhtar.Kesimpulan yang ummi dapat, ummi perlu tahu keperluan yang berbeza2 mengikut keperluan .yang mana satu al-daruriyat :perkara mutlak yang diperlukan untuk kehidupan manusia(survival),al hajiyyat:perkara yang apabila ianya tiada maka kehidupan manusia akan menjadi susah(avoid hardship) dan al-tahsiniyyat:perkara pelengkap yg menjadi hiasan tambahan didlmkehidupan(provide comfort)..tingkat utama nya untuk memelihara agama,jiwa,keturunan, akal dan harta benda(Maqasid al-shariah)

Ummi bagi contoh ya anakku,bagi senang faham.. bab nikah perkara daruriyah kerana ia akan meneruskan keturunan dan memelihara diri dari maksiat.Mengada kenduri adalah perkara hajiyat manakala pakaian pengantin yang indah merupakan perkara tahsiniyat..Disini ramai pasangan dan ibubapa tersalah memberi keutamaan.Tahsiniyat terlebih diberi keutamaan daripada daruriyat.jadi ramai yg menangguh pernikahan(daruriyat)kerana mengumpul wang dan hantaran dan pakaian pengantin (tahsiniyat).

Anakku...
ummi terdorong kembali untuk melihat budget ummi seharian .bagaimana ummi berbelanja dan bagaimana ummi perlu merancang kewangan ummi untuk membayar PTPTN serta terbaru tajaan MARA yang ummi perolehi setiap bulan untuk pengajian ummi kini..
Doakan ummi ya anakku..

Anakku..
Ummi keseorangan sayang.temani ummi ya...ummi bergantung pada Allah dan kini ummi mengharapkan seseorang yang akan hadir untuk membimbing ummi.Ummi lemah anakku..ummi takde tempat bergantung.Ummi seorang yang miskin.Siapalah yang mahu kan ummi(ummi tgh menangis ni).Moga airmata ummi ini dapat menghapuskan dosa dan melapangkan kesemua urusan ummi.Ummi tahu ummi perlu kuat,perjalanan setiap seorang berbeza dan ummi bersyukur.....setelah lama...ummi pergi bermujahadah,ummi kembali mendekatkan diri padaNya..Alhamdulillah..

Sayangku...andai suatu hari nanti kamu lahir dalam perut rahim ummi ini..Nasihat ummi berbaktilah pada agama anakku.Sayangilah ummi dan abi mu,sayangi juga saudara terdekatmu..ummi berharap kamu nanti seorang yang berakhlak mulia.Ummi juga sedang berusaha sayang ..mendidik diri dan hati ini untuk dekat pada Allah.Ummi harap juga kamu nanti seorang yang suka bersedekah dan memberi infak.Ummi telah di didik oleh Allah dengan kemiskinan anakku,ummi harap kamu pula akan menjadi seorang yang pemberi dan bukan seorang yang sering dan asyik menerima seperti ummi.Saling berbaik dengan semua orang dan salingla bertukar hadiah anakku,moga kamu nanti dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain..

Akhir kalam ummi....doakan ummi sayang moga ummi akan memahami agama Islam dgn lebih dalam dan sentiasa dekat dgn al-Quran sampai pengakhiran umur ummi.Sentiasa ,ingat,rindu dan kasih pada Rasuluallah..

No comments: