Friday, May 27, 2011

If I Given A Choose...

I Choose The Purity..
If I Given A Choose..
I Choose The Dignity...
If I Given A Choose..
I Choose The Jannati...

Allah Bless Me..
Allah Help Me..
Allah U know Me...

If I have A Choose...

Lisa_2011

Thursday, May 26, 2011

Takut pada Allah...

Bismillahirrohmanirrohim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Gementar hati ..takut2 Allah tak terima amalan ...
Allah lorongkan ana dijalan yang lurus..kuatkan keazaman untuk menegakkan kalimahMu..
Jadikan ana abdi yang taat...ana memohon..ana berikrar..tiap tika..
Ana lemah Allah , bukan bermakna ana mengalah.Cuma tika ini..ana mohon pertolongan Mu..
agar dengan 'ilmu ini..
Jadikan ana seorang yang semakin tunduk padaMu..
Mohon berkat dan SyurgaMu
Lindungiku dari Murka dan azab nerakaMu

Ameen..

Ya Allah ,ana memohon berkerja kerana ketika ini ana memerlukannya untuk kehidupan ana mengejar cahaya...demi kemudahan pengajian ana.Mohon Allah.Ana tidak suka menagih pada manusia..sedangkan yang ana rasa rapat juga tidak dapat membantu Allah ,ana sendiri rasa ana mampu berusaha..restui ana ...

Wednesday, April 27, 2011

CINTA..CINTA...CINTA...ayatcinta.wordpress.com/

Alhamdulillah...

br habis satu paper...start exam 15hb

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Hehe..best baca post ni..

Bila ujian menghimpitku...

Bismillahirrohmanirrohim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Ya, Allah! Kau kuatkan hatiku ini agar tetap tsabit dan tidak lemah. Sesungguhnya hambaMu ini tidak kuat . Ya Allah..memang benar kehidupan ini untuk dinikmati dan diterokai.Memang perlu aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan seadanya. Namun ujian Mu benar2 mengocak jiwa lemah ku ini. Namun kupasrahkan jua dan tetap yakin berdoa di setiap apa yang berlaku ,mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang aku sendiri tidak dapat membuka rahsia Mu.Biarlah hijab ini hanya Allah tuhan semesta Alam sahaja yang mengetahui dan membongkarnya. Moga aku menjadi lebih dewasa dan more open minded...

Ya Allah, hari ini pensyarah lisa,tuan haji nordin menegur dan menyuntik kata2 semangat pada lisa.Lisa dah berikrar agar semester ini lisa dapat mengulangi kejayaan semester lepas. huhu Alhamdulillah bersyukur ada juga yang sudi bertanya khabar .Semoga tuan haji diberi kesihatan dan kebaikan dengan kebaikan yang banyak.

Hm.. lessen L lisa dah renew 2kali. tamat 6/6/2011. nak kena RM160.Format netbook Rm30.yuran kolej rm530+rm530...

so Cuti 3 bulan ni nak kerja..Ya Allah..permudahkan lisa dapat kerja.

Aku Cintai Allah...

Aku Cintai Rasul..

Don’t compare ur life to others.You hv no idea what their journey is all about”


LASKAR CINTA ~ZHARIF

Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu,Jika kau hilangkan agamamu itu maka hilanglah cintaku padamu.

Ya Tuhan! Hamba pohon cintaMu dan cinta rasulMu serta cinta orang-orang yang mencintaimu!
Ya Rahman! Kirimkanlah padaku seseorang yang boleh menjadi penawar hatiku dan dapat menerimaku apa adanya. Serta temukanlah aku dengan petunjuk2 Mu yang akan membawaku kepada penyelesaian untuk setiap persoalan yang membelenggu diriku ini.Ameen.

Friday, February 25, 2011

Tip...

Assalamu’alaikum..

Bismillahirrohmanirrohim..

Anakku...salam sejahtera padamu.Alhamdulillah syukur ummi kerana Allah beri nikmat Islam pada ummi.Ummi juga semakin dekat dengan rumah Allah.Moga surau yang usang ini merendahkan dan menundukkan ummi pada Pencipta.Mata ummi leka melihat surau ni.moga menjadi saksi pengabdian ummi.Sudah beberapa kali ummi ingin mengambil kata hikmah di papan kenyataan surau ni.Tapi baru hari ni..hari Jumaat(selawat buat junjungan Nabi Muhammad shallahu’alaihiwassalam) ummi berkesempatan bawa netbook ummi ni untuk taip kata nasihat ni.Buat diri ummi juga untuk tatapan umum.Moga ianya mendapat manfaat .Biarpun ringkas namun jika diamalkan moga dapat manfaat bersama.

Tip Ikhlas

1. Terima takdir dengan hati terbuka.

2. Ikhlas membuat segala pekerjaan menjadi sempurna.

3. Ikhlaskan diri jika perbuatan baik kamu dicemuh.

4. Tetap ikhlas walaupun orang tidak memuji kamu.

5. Cintailah kedua ibu bapa kamu dengan ikhlas.

6. Jangan kecewa jika kebaikanmu tidak berbalas.

7. Jaga keikhlasanmu dengan merahsiakan segala kebaikan.

8. Allahmeninggi darjat orang yang menjaga keihlasannya.

Tip istiqamah

1. Istiqamah itu meneguhkan pendirian

2. Tidak perlu menyesal akan kesilapan lalu.

3. Kesilapan lalu hanya untuk dijadikan pelajaran.

4. Majulah kedepan,banyak cita2 yang perlu dicapai.

5. Istiqamah itu kurniaan dari Allah.

6. Bersyukurlah, jika kita kekal istiqamah di jalan kebaikan.

7. Berbuat baik dengan orang di sekeliling kamu.

8. Jangan cepat tergoda dengan kesenangan sementara.

Tip sabar.

1. Jadikan solat dan sabar sebagai penolongmu.

2. Lapangkan dada bila apa yang dihajati tidak kesampaian.

3. Jadikan teguran negative rakanmu sebagai pembakar semangat.

4. Sabar jika ada yang dengki dengan kamu.

5. Sabar jikaibu bapa menegur kamu.

6. Jika keputusan peperiksaankamu lemah kerana malas belajar, perbaikilah diri.

7. Jikaibu bapa selalu marah kerana kamu susah di didik,muhasabahlah diri.

8. Jangan suka merajuk nanti wajah kamu cepat tua.

Tip syukur.

1. Cari kelebihan yang ada pada kamu.

2. Jadikan kelebihan kamu sebagai harta yang berharga.

3. Jangan sedih dengan apa yang belum atau tidak kamu miliki.

4. Terimalah diri kamu seadanya.

5. Tidak ada manusia yang sempurna, kecuali nabi Muhammad shalaalahu ‘alaihiwassalam.

6. Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan

7. Apa yang Allah anugerahkan kepada kamu, belum tentu dimiliki orang lain.

8. Allah akan melipatgandakan kurniaannya pada orang yang bersyukur.

Tip amanah

1. Jika berjanji, ditepati.

2. Jika diberi kepercayaan , tidak dikhianati.

3. Jika berbicara, tidak berdusta.

4. Jikamemimmpin , bertanggungjawablah.

5. Jika berhutang, cepat dijelaskan.

6. Ingatkan Allah selalu, kamu pasti menjadi orang amanah.

7. Jika dipesan sesuatu, segera disampaikan.

8. Tenang dan fikirkan kamu pasti menjadi orang yang amanah.

Tip ihsan dan itsar.

1. Ihsan (murah hati) itu berbuat sesuatu dengan penuh kesempurnaan.

2. Ingatlah Allah, tujuan kita buat segala kebaikan.

3. Ingatlah, dengan berbuat ihsan kita akan memperoleh keuntugan kelak.

4. Keihsanan kamu dapat menyenangkan orang lain.

5. Ithar (bertimbang rasa) itu mendahulukan orang lain.

6. Orang lain lebih memerlukan dari kita.

7. Berbuat ithar tidak ada ruginya.

8. Dengan ithar, akan mengeratkan silaturahim...

Simple,harap ramai dapat amalkan..

Waallahu 'alam.

Sunday, February 20, 2011

Pelayaran ini..

Bismillahirrohmanirrohim.....

Assalamu’alaikum...

Anakku..ummi berbicara lagi dari telepati naluri kecil ummi khas buat mu di sana.Moga suatu hari nanti kita bisa berbicara secara terus sambil ummi mengusap2 dan mencium pipimu yang gebu..

Alhamdulillah...walaupun kita tak bersua lagi,tapi terima kasih Allah kerana memberi perasaan ini..

Ana bersyukur..anugerah Allah yang tidak ternilai.perasaan ini juga sudah cukup memadai buat ummi.....

Anakku...kamu tahu sayang..ummi menanti kamu sejak umur ummi 22 tahun..sekarang ummi sudah 29 tahun.Ummi tetap setia menanti kamu walaupun agak lama penantian ummi,tapi ummi tetap tidak pernah jemu.Moga Allah pertemukan ummi dengan rijal yang teguh pendirian agamanya.Ummi tahu ummi bukan sebaik dan sebagus isteri nabi-nabi tetapi anakku sayang..ummi sedia menjadi begitu jika ada yang sudi membimbing ummi.

Anakku...urusan dunia ni begitu banyak sehingga kadang2 ummi macam tak tahu nak pilih yang mana satu yang perlu ummi segerakan.Lagi2 ummi dilantik jadi s/u sekarang,banyak sangat meeting dan kerja yang perlu disiapkan on time. Sayang...bestnyer jika ummi hanya berkerja menjadi seorang suri rumah.Hanya bermesra dan menyurahkan kasih sayang pada ahli keluarga dan menumpukan perhatian pada ibadat dan hafazan ummi.Ya ummi tengah berusaha meghafaz surah al-baqarah lagi.Itu cita2 ummi sebelum ummi mati.Moga Al-quran itu nanti yang bakal menyinari ummi dalam alam yang satu lagi nanti.Moga hati ummi penuh dengan cahaya dan hidayah dari ayat suci al-quran ini.Ameen.

Anakku...berbicara dengan mu ummi tidak pernah jemu walaupun ummi tahu mungkin kita mustahil untuk bertemu.selagi status ummi ini masih tidak berteman.Namun ummi tak pernah jemu menyeru dan memohon pada Illahi moga di kesudahan dan penghujung umur ummi.ummi bisa bertemu dengan kamu.Bisa pegang kamu,bisa sentuh kamu juga dapat mencium pipi kamu yang gebu itu.Terus terang ummi kata,ummi merindui kamu..Ummi sangat pelik...mungkinkah ramai yang seperti ummi ini di muka bumi Allah ini sayang?.....

Dalam kesibukan ,ummi cuba juga membuka kitab2 lama ummi disepanjang pengajian ummi di merata2 tempat.Tujuan ummi hanya supaya ummi bertambah tunduk dan patuh pada perintah Allah.Moga ummi ini jadi “kuli” yang taat dalam pengabdikan diri pada Allah.Ummi tahu jika ummi sudah tak dipandang Allah dalam keadaan sekarang miskin, tidak berharta,kedudukan pun tiada,tanpa kasih sayang Allah..ummi tak tahu la macammana pengakhiran ummi nanti..hanya ‘ilmu sahaja harapnya yang dapat raih simpati Allah pada ummi.’ilmu yang benar.Moga dan harap sangat dapat mengaji kitab2 lama pengajian agama semula.Dalam pengembaraan ini,ummi perlu Allah..Allah saja yang ummi ada..dan janganlah Allah tak sayang ummi.Ummi perlukan Allah.selama ini....ummi hidup kerana Allah...ummi harap mati ummi juga hanya teringat dan rindukan Allah..

Dalam Surah at-Taubah ayat 24 Allah berfirman yang maksudnya

“Katakanlah jika ibubapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri dan kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasulnya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”.Ummi harap segala perbuatan dan perlakuan ummi diredhai Allah.Moga ummi faqih menilai mana kaca dan mana permata.mana salah dan mana benar.

Sayang...

Doakan kami di sini,di pelayaran ini.Ummi lemah sayang.Doakan untuk nekda kamu juga supaya sabar dalam pelayaran ini.ujian manusia berbeza-beza.Ujian ummi sekarang urusan dunia yang tak putus2 sampai tak menang tangan dibuatnya.Harap Allah permudahkan urusan ini.Ya Allah tiada tempat pergantungan selainMu.Rahmati lisa dalam limpahan kasih sayangMu.

Salam kasih sayang buat mu anakku...tak ternilai harga sebuah kasih sayang ini.Walaupun kita di alam yang berbeza ..Ummi menyayangi kamu...

Sunday, February 13, 2011

Jalan Golongan Yang Selamat

“Jalan Golongan yang selamat” karangan Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu Penerbit Darul Haq,Jakarta..Manhaj(Jalan) golongan yang selamat antaranya:-

1)Golongan yang setia berpegang teguh kepada manhaj rasuluallah dalam hidupnya, dan manhaj para sahabat sesudahnya.

“Aku tinggalkan padamu dua perkara ,kalian tidak akan tersesat apabila (berpegang teguh) kepada keduanya,yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Tidak akan bercerai-berai sehingga keduanya menghantarku ke telaga (Surga)” (Disahihkan al-Albani dalam kitab Shahihul Jami’)

2)Golongan yang akan kembali merujuk kepada firman Allah dan sabda RasulNya tatkala terjadi perselisihan dan pertentangan di antara mereka.

“Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya (An-Nisa’:59)

“Maka demi Tuhanmu,mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan ,dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”(An-Nisa:65)

3)Golongan yang tidak mendahulukan perkataan seseorang atas firman Allah dan sabda RasulNya,sebagai realisasi dari firman Allah.

“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya dan bertakwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”(Al-Hujurat:1)

Ibnu Abbas radiallahu’anhuma berkata, “Aku mengira mereka akan binasa.Aku mengatakan , Nabi sallallahu’alaihiwasallam bersabda, sedang mereka mengatakan ,’Abu Bakar dan Umar berkata “ (HR Ahmad dan Ibnu Barr)

4)Golongan yang sentiasa menjaga kemurnian tauhid.

Mengesakan Allah dengan beribadah,berdoa dan memohon pertolongan, baik dalam masa sulit mahupun lapang,menyembelih korban,bernazar,tawakkal,memutuskan segala perkara dengan hokum yang diturunkan oleh Allah dan berbagai bentuk ibadah lain yang semuanya menjadi dasar bagi tegaknya Daulah Islamiyah yang benar.Menjauhi dan membasmi berbagai bentuk syirik dengan segala simbol-simbolnya yang banyak ditemui di Negara-negara Islam, sebab hal itu merupakan konsekuensi tauhid. Dan sungguh,suatu golongan tidak mungkin mencapai kemenangan jika ia meremehkan masalah tauhid,tidak memberantas syirik dengan segala bentuknya. Hal ini merupakan teladan dari para rasul dan Rasul kita Muhammad salallahu’alaihiwasalam.

5)Golongan yang senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam ibadah,perilaku dan segenap hidupnya.

Sabda Nabi salallahu’alaihiwasalam : “Sesungguhnya Islam pada permulaannya asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besarlah bagi orang-orang yang asing (HR.Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan, : “Dan keuntungan besarlah bagi orang-orang yang asing, yaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak”(Al-Albani berkata, “Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Amr ad-Dani dengan sanad shahih”)

6) Golongan yang tidak fanatik kecuali kepada Firman Allah dan Sabda Rasulnya yang ma’shum, yang berbicara tidak berdasarkan hawa nafsu.

Sabda Nabi salallahu’alaihiwasalam : “Setiap manusia (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat”(Hadits hasan riwayat Imam Ahmad).

Imam Malik berkata,”Tak seorang pun sesudah Nabi salallahu’alaihiwasalam melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan (ditolak) kecuali Nabi salallahu’alaihiwasalam (yang ucapannya selalu diambil dan diterima).”

7)Golongan yang adalah para ahli hadits

Sabda Nabi salallahu’alaihiwasalam : “Senantiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah”(HR. Muslim)

8)Golongan yang menghormati para imam mujtahidin,tidak fanatik terhadap salah seorang di antara mereka.

Golongan yang selamat mengambil fiqih (pemahaman hukum-hukum Islam) dari Al-Quran,hadits-hadits yang shahih dan pendapat-pendapat imam mujtahidin yang sejalan dengan hadits shahih. Hal ini sesuai dengan wasiat mereka,yang menganjurkan agar para pengikutnya mengambil hadits shahih , dan meninggalkan setiap pendapat yang bertentangan dengannya.

9) Golongan yang menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Mereka yang melarang segala jalan bid’ah yang menghancurkan dan memecah belahkan umat,berbuat bid’ah dalam hal agama dan menjauhi sunnah Rasul dan para sahabatnya.

10)Golongan yang mengajak seluruh umat Islam agar berpegang teguh kepada sunnah rasul dan sahabatnya.

Agar mereka mendapatkan pertolongan dan masuk Syurga atas anugerah Allah dan syafaat Rasuluallah salallahu’alaihiwasalam dengan izin Allah

11)Golongan yang mengingkari peraturan dan perundangan-perundangan yang dibuat oleh manusia jika bertentangan dengan ajaran Islam.

FirmanNya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Ar-Ra’d:11)

12)Golongan yang mengajak seluruh umat Islam berjihad di jalan Allah.

Jihad adalah wajib bagi setiap muslim sesuai dengan kekuatan dan kemampuannya. Jihad dapat dilakukan dengan :

Pertama, jihad dengan lisan dan tulisan yaitu mengajak umat Islam dan umat lainnya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam yang shahih, tauhid yang murni dan bersih dari syirik yang nyata banyak terdapat di Negara-negara Islam. Rasuluallah salallahu’alaihiwasalam telah memberitakan tentang hal yang akan menimpa umat Islam ini. Beliau bersabda : “Hari kiamat belum akan tiba, sehingga kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan sehingga kelompok-kelompok dari umatku menyembah berhala-berhala” (Hadits shahih riwayat abu Daud, hadits yang semakna ada dalam riwayat Muslim)

Kedua, jihad dengan harta,yaitu menginfakkan harta untuk penyebaran dan peluasan ajaran Islam,mencetak buku-buku dakwah yang mengajak ke jalan yang benar(sejahtera ke atas mereka2 ini, yang pernah berbakti pada ana,moga Allah balas kebaikan antum dengan kebaikan yang banyakn dan bertambah banyak.syukran jazilan).Memberi santunan kepada umat Islam yang masih lemah imannya agar tetap memeluk Islam, membeli senjata dan peralatan perang,memberikan bekalan kepada para mujahidin, baik berupa makanan, pakaian atau keperluan lain yang diperlukan.

Ketiga, jihad dengan jiwa iaitu ikut di medan peperangan untuk kemenangan Islam, dan agat kalimat Allah ( La ilaha illallah) tetap jaya .

Sabda Nabi salallahu’alaihiwasalam : “Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta,jiwa dan lisanmu(HR. Abu Daud,hadits shahih)

Hukum jihad : Fardu ‘ain misalnya orang yahudi merampas tanah umat Islam di Palestina dan membuat kerosakan dan membunuh.

Fardu kifayah : Jika sebahagian telah ada melakukannya maka sebahagian yang lain kewajibannya menjadi gugur.